Uncategorized

“Terima Kasih Kerana Membunuh Industri Filem,” – Reaksi Sinis Umie Aida Bila Ramai Buat ‘Party’ Filem Dukun di FB!

Share

Semalam, Datin Seri Umie Aida ada meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang memuat naik filem sensasi, Dukun ke media sosial, khasnya Facebook meski filem tersebut masih rancak ditayangkan.

Menerusi sebuah posting di Instagram (IG), adik kepada sutradara Erma Fatima itu mempersoalkan tindakan pihak tersebut kerana menyebarkan versi penuh filem berkenaan sehingga menjadi tular sejak beberapa hari lalu.

“Sejak 2,3 hari ni ramai buat “party” film #dukun kat FB !! apakah keseronokan yg anda dpt , dgn buat tayangan film dukun sedangkan dukun masih dipawagam ?saya tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau itu satu kepuasan cara anda menonton sebuah film.. maka teruskan.

 

“Teruskannn.. sebarkan lagi.. sebar sebyk mungkin !!! Share sebyk mungkin.. jual cd sebyk mungkin.. buat duit dari hasil titik peluh org lain. Enjoy rough cut & no ending ! Terima kasih kerana membunuh industry film !! Dah malas nak komen pasal benda ni lagi ! Lantak korang la.. byeee,” tulisnya kesal. 


Terdahulu, filem terawal diarahkan Dain Said itu sebelum ini pernah tular di media sosial sebelum ditayangkan di pawagam. Bagaimanapun, versi yang bocor itu bukanlah nakshah penuh filem berkenaan.

Selain Datin Seri Umie Aida, filem yang diperkatakan ramai itu turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Hasnol Rahmat, Bront Palarae dan Adlin Aman Ramlie dan Elyana.

Untuk rekod, filem berkenaan menerima maklum balas baik daripada penonton apabila berjaya mencatat kutipan lebih RM6.2 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Beberapa hari lalu, pelakon versatil itu turut meluahkan luahan hampir sama apabila versi Dukun yang dicetak rompak di jual secara meluas.

Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida

IKLAN