Uncategorized

“Terima Kasih Followers Tersayang,” -Datuk Seri Siti Nurhaliza Terharu Follower Instagram Mencecah 5.5 juta

Share

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu saat menyaksikan jumlah ‘follower’ di laman Instagramnya mencecah angka 5.5 juta orang.

Susulan itu, dia sempat memuat naik entri penghargaan buat para peminatnya, semalam.

“Terima kasih followers tersayang..semoga perkongsian cerita saya disini memberi kebaikan & inspirasi.

 

“Baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan. Terima kasih untuk 5.5 juta pengikut Instagram saya. Alhamdulillah,” tulisnya.

Wow! sesuai dengan ‘title’ yang dipegangnya iaitu sebagai penyanyi nombor satu negara, Siti sememangnya mempunyai pengikut setianya yang tersendiri.

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mengucapkan tahniah buat penyanyi lagu Cindai itu. Malah ada juga yang mengaitkan dengan tuah anaknya iaitu, Siti Aafiyah.

MH difahamkan bahawa Siti merupakan salah seorang selebriti yang mempunyai bilangan pengikut Instagram paling ramai di Malaysia, antara rakan artis lain adalah Neelofa, Rozita Che Wan, Fattah Amin, Fazura, Awal Ashaari, Elfira Loy dan ramai lagi.

Foto/Instagram: CTDK

IKLAN