Sementara itu, Fasha menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Aktres tersebut kini bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz dan keduanya diijabkabulkan pada 30 Mac lalu.
Pasangan selebriti, Ozlynn dan suaminya, Johan sepakat memberikan dedikasi buat anak keempat mereka, Chantiq yang kini genap berusia empat tahun.
Menerusi akaun Instagram yang dikongsi suami isteri, keduanya saling menitipkan kata buat permata hati kesayangan mereka itu.
“Happy birthday Chantiq sayang… papa, mama n hanania sayang u.. papa harap chantiq jadi anak yg solehah dan berjaya dalam hidup.. dah besar nanti kalau chantiq x ingat papa pun x pe… tp chantiq mesti kene ingat solat.
“Sebab solat tu lah yg akan menjadi teman chantiq sampai akhir hayat.. papa mintak maaf kalau2 papa ader yg terlepas pandang dgn perhatian yg chantiq perlukan dr papa… sorry tau.. kadang2 papa sibuk cari duit nak besarkan chantiq.. papa sayang chantiq n anak papa yg lain2 semua k,” tulis Johan.
Lalu, coretan sama turut dikongsikan Ozlynn dengan membayangkan dirinya merupakan ibu paling bahagia apabila dikurniakan anak yang dilahirkan cukup sifat, sihat dan sempurna.
“Chantiq syg.. mama manusia paling bahagia bila tau yg u di lahirkan cukup sifat, sihat dan sempurna.. alhamdulillah subhanAllah.. Allahuakbar… setiap sujud mama ada nama kamu adik beradik.
“Moga Allah makbulkan doa mama dan papa kamu.. maafkan mama jika ada kurang dari mama.. setiap hari mama cuba perbaiki utk menjadi yg terbaik utk kalian.. keluarga yg mama kasihi.. termasoklah DIA yg telah meminjamkan kalian utk mama.. semoga kita kekal hingga ke syurga… aamiin yaa rabbal alamin,” coret Ozlynn pula.
Johan dan Ozlynn dikurniakan lima orang cahaya mata Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Awal semalam, pelakon yang juga anggota kumpulan One Nation Emcee (ONE), Sabhi Saddi ada berkongsi foto di Instagram yang merakamkan dirinya sedang melakukan rawatan fisioterapi di bahagian belakang badan.
Berdoa agar tiada perkara serius yang berlaku, perkongsian salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu nyata mengundang perhatian peminat.
Menjelaskan lanjut mengenai masalah yang dialami, bintang berusia 35 tahun ini memberitahu, dia mengalami sakit belakang dan pernah melakukan pembedahan sebelum ini.
“Kemungkinan ada bengkak di bahagian urat. Pagi sebelum konsert, saya ada jalani fisioterapi untuk melegakan otot.
“Menurut mereka, apa yang berlaku ada kaitan dengan urat kerana otot terlalu ‘stress’… ketat sangat. Jadi salah satu pilihan yang boleh dilakukan ialah regangkan otot.
“Sejak Jumaat lagi ia sudah rasa sakit. Sama sesi latihan pun saya sudah beritahu kekangan yang dialami dan mereka semua faham. Akan tetapi saya tetap mahu semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kekangan yang dihadapi salah seorang anggotanya, Mimi mewakili ONE akui memahami situasi Sabhi yang perlukan rehat terlebih dahulu sebelum memikirkan siangan konsert minggu seterusnya.
“Kami perlukan rehat selepas ini dah sudah tentu Sabhi kena rehat dan selepas ini kami akan jalankan juga tugas yang telah diamanahkan.
“Tambahan pula dia vokal utama untuk minggu kelima ini. Apa pun, untuk minggu hadapan ia terpulang juga kepada kreativiti yang akan kami lakukan, insyaAllah.
Cuma sekarang kita berikan ruang buat Sabhi untuk rehat dulu,” terang Mimi.
“Apa yang berlaku, pasti akan ada cara untuk atasinya. Setiap minggu melakukan persembahan bersama buatkan kami lebih kuat,” kata Jojo pula optimis.
Membuat persembahan meyakinkan menerusi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian asal Mula Jameela, ONE mendapat sorakan gemuruh penonton selain reaksi positif para juri profesional.
ONE menduduki ranking ketiga secara keseluruhan pada minggu kelima konsert dengan mengumpul markah sebanyak 73 peratus.
Kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ditampilkan sebagai juri jemputan.
Jangan ketinggalan untuk menonton siaran secara langsung GV6 di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh di laman sosial baru-baru ini yang tular dengan foto model wanita mengenakan pakaian pengantin beraksi di tanah perkuburan bukan Islam.
Sekali gus, ia menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terbabit yang didakwa seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Malah, perkara itu turut mendapat perhatian selebriti.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.