Pelakon dan penyanyi, Alif Satar memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 kepada peminat dan apa yang berlaku disifatkan sebagai mengejut dan mendukacitakan.
Jelas Alif, dia telah pun melakukan beberapa ujian saringan, bagaimanapun status terkini menunjukkan dirinya didapati positif.
“Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.
“Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.
Ads
“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari,” terangnya.
Perkara tersebut diberitahu bapa kepada tiga cahaya mata ini menerusi hantaran terkini di Instagram hari ini.
Ads
Pada masa sama, Alif turut memohon atas atas hal yang berlaku seterusnya meminta ramai agar mendoakan yang terbaik.
Ads
“Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.
“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin,” tulisnya.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti yang turut terkejut menzahirkan ucapan serta mendoakan agar bintang ini segera sembuh.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rozita Izlyn terpaksa akur apabila namanya diumumkan sebagai bintang Gegar Vaganza 7 (GV7) yang tersingkir di dalam saingan minggu duet ‘Double Special’ malam tadi.
Tampil membuat persembahan menerusi lagu sendiri berjudul Mengapa Sukar Melafazkan Maaf bersama Ezad Lazim, Rozita memperoleh markah terendah sebanyak 57.40 peratus.
Rozita pada masa menjelaskan, tahap kesihatannya pada minggu ini juga tidak mengizinkan seterusnya reda perjalanannya di GV7 terhenti malam ini.
Markah setiap bintang kali ini diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan, Datuk Awie dan Aisyah.
Noraniza Idris unggul di tempat pertama dengan 79.60 peratus dan sekaligus memenangi Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi.
Dalam senarai, ini dia markah penuh kesemua bintang minggu ini;
Kini, tinggal lagi 9 bintang yang bakal meneruskan perjalanan di minggu ketujuh GV7.
Terdahulu, Cliff Umar diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi dan penyanyi popular 70an, Azman Idris yang menghidap kanser prostat tahap empat dan mempunyai masalah buah pinggang menerima sumbangan dari penaja menerusi segmen Kongsi Rezeki.
Program hiburan realiti ini dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV musim ini menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada berkongsi cerita perihal anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael di akaun Instagram.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Rashid mengakui berasa bimbang jika tidak dapat mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan sempurna selepas melahirkan anak keduanya nanti yang dijangka bakal dilahir pada Januari depan.
Malah, Mawar turut mendedahkan sikap Rafael yang kini kelihatan semakin manja di sampingnya.
“Rafael ni.. makin adik dia dah nk kluar dari perut mommy, makin dia manje ngan mommy.
“Sampai nangis x brenti, nak mommu die angkat jugak #1year9months,” tulisnya.
Terdahulu, Mawar dan suaminya, Raff Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Mark Adam ada meluahkan perasaan rindu bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran ibunya, hari ini.
Pada masa sama, Mark turut memuat naik rakaman video kenangan bersama ibu tercinta.
Difahamkan, Mark sudah lama tidak bertemu dengan ibunya yang menetap di Filipina oleh kerana pihak kerajaan masih lagi dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Malah, penyanyi berusia 39 tahun ini juga berharap dapat bertemu dengan ibunya selepas pandemik Covid-19 berakhir.
“Happy birthday syurga, setiap kali birthday awak mak ada je benda baik yang berlaku dalam hidup saya.
“Saya sangat bersyukur, semoga sihat selalu mak we miss u, stay safe, we will see u first thing after the pandemic insyaallah,” tulisnya.
Untuk rekod, Mark telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, pada tahun 2003.
Foto: Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.