Pelakon dan ikon fesyen media sosial, Wak Doyok mengumumkan untuk melakukan jualan secara lelong serendah RM1 ekoran penutupan butik feysen hub pakaian yang menghimpunkan jenama selebriti terkenal, Starvilion.
Perkara tersebut dikongsikan Wak menerusi satu entri di Instagram pada Selesa, selepas tiga tahun jenama berkenaan beroperasi.
Pada masa sama, Wak turut sedekahkan kira-kira 5,000 pasang baju Melayu kepada frontliner.
Selain mendapat tawaran harga istimewa, golongan tersebut juga berpeluang mendapatkan baju Melayu secara percuma dengan datang ke butik pakaian berkenaan dengan membawa kad ID masing-masing.
“Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di @starvilion. Susah bila keadaan terus menduga macam ni.
“Wak nak bagi perintah tutup company pun sedih, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka try sekali lagi, jualan yang terakhir dari @starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu2 sokong @starvilion selama ini.
“Koleksi yang kami ada semua memang elok & cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua please share dan support post ni, please dan thankyou,” tulisnya.
Bintang Abang Long Fadil 2 ini turut memberitahu jualan akan dilakukan bermula hari ini hingga esok.
“24hb Jun – 5hb Julai ni, @starvilion akan clear kan semua stock yang ada, lelong serendah RM1! Wak pun akan sedekahkan 5 ribu pasang Baju Melayu Wak Doyok secara PERCUMA di butik @starvilion dan di website www.starvilion.com.
“Kepada Frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma.
“Jualan terakhir Starvilion, Bismilah. Kita tutup dulu, nanti inshaAllah kita akan bangkit semula dengan direction yang baru. InshaAllah. Doa doa kan Wak dan team @starvilion.
“By the way, tag 11 kawan awak kat comment ni, Wak nak bagi Baju Melayu 11 pasang free untuk followers Wak yang sanggup share post ni, viralkan. Wak akan umumkan pemenang random setiap hari mulai 24hb Jun sehingga 5hb Julai,” tulisnya lagi sambil memberikan perincian cara pembelian.
Perkara sama turut dikongsikan wak menerusi satu hantaran di IG TV.
Dalam perkembangan lain, difahamkan butik pakaiannya itu akan ditutup sementara waktu sebelum memulakan kembali beroperasi yang dijangka akan dilakukan menerusi konsep berbeza dari sebelumnya.
Wak turut meminta ramai untuk sama-sama menyokong dengan membeli kesemua pakaian yang ditawarkan demi survival kira-kira 70 para pekerjanya yang bakal hilang pekerjaan.
Foto: Instagram Wak Doyok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengakui tidak begitu gemar membeli-belah, penyanyi Azharina Azhar mengakui dia sedari kecil sudah dia dimanjakan ibu dan bapa yang tidak pernah lokek berbelanja untuk anak-anak.
Malah penyanyi Elegi Sepi itu masih teringat saat-saat apabila bapanya pernah mengarahkan sebuah pusat membeli belah menutup operasi kepada orang ramai selama satu jam semata-mata untuk memberi laluan kepadanya membeli-belah.
“Sewaktu sekolah rendah, ibu berikan saya beg Prada sebagai beg sekolah. Beg itu merupakan beg bundle yang dibawa dari luar negara. Kami adik beradik sangat bertuah kerana dimanjakan kedua orang tua.
“Saya sewaktu di sekolah menengah pula, bapa meminta sebuah pusat membeli belah di Miri, Sarawak untuk menutup operasi selama satu jam khas untuk saya dan adik shopping.
“Kami diberi kebebasan untuk mengambil apa sahaja barangan di dalamnya. Itulah memori indah yang diciptakan bapa untuk kami,” kongsinya jujur kepada MH.
Ulas penyanyi berusia 35 tahun itu lagi dia jarang berkunjung ke pusat membeli-belah di negara ini, sebaliknya lebih senang berbelanja di luar negara jika mengizinkan.
“Selalunya saya akan membeli belah tiga hingga lima tahun sekali dan akan terbang ke luar negara dan itu ‘merbahaya’. Saya bukan manusia yang gemar bershopping dan percayalah, orang jarang akan berjumpa saya di tempat sedemikian selain beli barang keperluan.
“Saya tidak akan pergi membeli jika hanya mahu membeli sehelai seluar. Untuk jeans dan baju misalnya, saya tidak pernah mencuba dan akan terus membeli selepas melihat saiz. Satu kedai, selalunya saya perlukan hanya 15 minit untuk tujuan itu.
“Sementara di rumah, saya peruntukkan sebuah bilik untuk menyimpan barangan hasil belian, malah setengah daripadanya telah dihantar ke Sabah. Saya mementingkan kualiti kerana sedari kecil, ibu dan bapa selalu berpesan, jika membeli, lihat kualiti kerana ia tahan lama,” tambahnya.
Untuk rekod, Azharina mula berkecimpung dalam dunia hiburan selepas merangkul gelaran Juara Bintang RTM pada tahun 2001 dan bintang ini pernah muncul juara dalam program Gegar Vaganza musim ketiga pada tahun 2016.
Foto : Instagram Azharina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memberikan reaksi berhubung kes penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk awal pagi 1 Jun lalu.
Perkara tersebut dikongsikan bintang terkenal itu menerusi salah satu postingnya di IG Stories.
Difahamkan, Siti pernah melakukan riviu makanan yang diusahawan balu kepada Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed iaitu Zahlawati Zahlan, Ramadan lalu.
“Turut bersedih dengan kejadian yang menimpa keluarga @watiekitchen. Salah seorang usahawan makanan yang sempat saya buat review makanan semasa bulan Ramadan lalu.
“Mari sama-sama kira membantu,” tulis Siti yang mengajak peminat supaya membantu Zahlawati dengan memberikan sumbangan ikhlas.
Terdahulu, dalam kejadian pada jam 1.30 pagi itu, Mohamed Zaili dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.
Mangsa berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza/Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...