Uncategorized

Tauke Jambu Buat ‘Waist Challenge’ Pula, Netizen Puji Isterinya Cun Melecun!

Share

Gara-gara menyahut cabaran ‘Waist Challenge’ di media Sosial, pelawak Tauke Jambu menerima pelbagai komen dan reaksi daripada pengikutnya.

Namun tidaklah hentaman, sebaliknya ramai yang memuji kemesraan di antara serta terhibur melihat aksi bersahaja Tauke mengikut segala trend yang berlaku di media sosial.

Jika dahulu Tauke pernah mengikuti trend seperti tarian alien hijau, kali ini Tauke mencuba nasib sekali lagi dengan cabaran minum menggunakan satu tangan mengikut ukuran pinggang pasangan.

Jika korang nak tahu, cabaran ini agak popular di Korea dan rata-rata melepasi cabaran ini.

Namun di Malaysia cabaran ini kurang mendapat sambutan namun MH percaya selepas melihat Tauke melakukan cabaran ini pasti ramai yang akan cuba menyahut cabaran Tauke bukan?

Dalam pada itu, ramai juga turut memuji kecantikan isteri Tauke dan berkata Tauke beruntung miliki pasangan seperti ini.

 

IKLAN