
Pelakon dan pengacara, Neera Azizi tidak menyangka tindakannya memuat naik video gender reveal di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah, baru-baru ini, mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen.
Menurut Neera, tujuan asal perkongsian tersebut hanyalah sebagai tanda kesyukuran apabila dia dan suami bakal dikurniakan cahaya mata sulung.
View this post on Instagram
“Hadir dengan rendah diri, saya ingin memberikan penjelasan berkenaan isu ‘gender reveal’ yang berlegar baru-baru ini.
“Pada awalnya tujuan video tersebut dibuat hanya semata-mata sebagai tanda syukur atas kurniaan anugerah Allah dan tidak ada niat lebih daripada itu,” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan Neera yang juga penyampai radio itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Terima Teguran & Akui Kekhilafan
Dalam masa sama, Neera turut memaklumkan dia dan suami menerima segala teguran yang diberikan dengan hati terbuka, selain mengakui kekhilafan yang berlaku.

“Dan ini tidak bermakna kami ingin menegakkan kesalahan yang dibuat. Tanpa sedar kaedah kami dilihat kurang beradab.
“Terima kasih atas teguran yang diberikan, apa-apa pun kami terima dengan hati yang terbuka atas teguran dan kami anggap sahaja satu nasihat yang baik,” kongsinya lagi.
Malah, Neera dan suami turut tampil memohon maaf serta menegaskan perkara tersebut tidak melibatkan mana-mana pihak lain.

“InsyaAllah kekhilafan ini tidak akan berulang lagi. Dan di sini juga saya nak menegaskan isu ini tidak ada berkait dengan mana mana pihak travel agency. Ini adalah kekhilafan diri sendiri.
“Akhir kata, saya juga manusia biasa yg tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan semoga Allah SWT mengampuni dosa setiap daripada kita,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, tindakan Neera dan suami memuat naik video gender reveal di Mekah dikecam segelintir pihak yang berpendapat perbuatan tersebut tidak beradab dan seharusnya memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah.
Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Hafizi Mohd Noor pada 1 Julai lalu dan dijangka menimang cahaya mata sulung perempuan pada April tahun hadapan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




