Uncategorized

Takziah: Pemain Bass Kerispatih Ditemui Meninggal Dunia Ketika Tidur!

Share

Takziah MH ucapkan kepada ahli kumpulan Kerispatih kerana baru sahaja kehilangan seorang pemain bass, Andika ketika sedang tidur di rumahnya.

Andika ditemui tidak sedarkan diri di bilik tidurnya.

Menurut laporan media luar, Andika sebelum ini telah dikejarkan ke hospital kerana diserang stroke ringan, bagaimanapun Adika telah dibenarkan untuk pulang ke rumah Isnin semalam dan menghembuskan nafasnya yang terakhir kurang 24 jam selepas pulang ke rumah.

Menurut dakwaan beberapa sumber, Andika dipercayai terkena serangan jantung sebelum meninggal dunia. Perkara ini disedari oleh ibunya sendiri dibilik tidurnya.

Andika meninggal diusia 36tahun dan akan disemadikan di tempat sama arwah ayahnya dikebumikan sebelum ini.

 

IKLAN