Perkara ini turut diakui netizen yang sama-sama melalui fasa mempunyai anak kecil. Kesibukan mendidik anak-anak menjadikan diri seorang yang serius dan lama kelamaan kelihatan seperti ‘makcik’.
Ads
Foto – Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Empat hari lepas, pelakon Nazim Othman atau dikenali sebagai Nazim telah memuat naik sekeping gambar bersama dengan seorang pelakon wanita, Puteri Aishah di akaun Instagram miliknya.
Melihat gambar tersebut, kelihatan Nazim dan Aishah sedang menghadiri satu kelas berenang dan ‘diving’.
“Gambar ni di amik sebelum kitorang masuk kolam. Nampak tak sis @puteriaishahofficial kekejungan di situ? Why?? Sebab dia takut air.”
“Takut dengan swimming pool , takut dengan laut. Tapi, hari ni dia dah membuktikan bahawa kalau seseorang tu ‘tak pandai berenang’ pun masih boleh amik lesen scuba dive.”
“She put aside her phobia and complete the session earlier. She did great today! Thanks to @ocean.lab.diver” tulisnya.
Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey ada memuat naik sekeping foto di Instgaramnya bari-baru ini.
Apa yang menarik minat Fad untuk memuat naik gambar tersebut adalah kerana ramai netizen mulai tag namanya dan menganggap Fad ‘kembar’ Takiya Genji, seorang pelakon aksi Jepun.
“Dah berapa hari aku perhati je yg tag ,harini aku tampil .kepada director semua klu ada watak gengster jgn cri org lain dah .cri sy je .tak skrg ni masalahnya mcm mna boleh sama ni !!!,” tulis Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie bin Mohd Nizam.
Menerusi ruangan komen pula, netizen terhibur dengan posting tersebut dan mengiyakan bahawa Fad dan Genji mempunyai persamaan, yang membezakannya adalah kedudukan tahi lalat sahaja.
Jadi, pada pendapat korang sama atau tidak?
Foto : Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zarina Zainuddin ada berkongsi beberapa potong video bersama salah seorang anak kembarnya yang menghidap autism, Muhammad Razil Azrai atau Azil.
Zarina memuat naik beberapa video menerusi Instagram merakamkan Azil yang mengamuk secara tiba-tiba. Difahamkan, Azil mahu mahu mengikuti kembarnya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal ke gimnasium.
“Sakit kena tanggung sendiri. Sakit bahu saya 3 kali kena hentak ..sabar la azil masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah esok oalau ibu dah takde..mudah mudahan azil pandai jaga diri,” tulisnya menerusi salah satu rakaman yang menyaksikan dirinya turut mengalirkan air mata.
“Dia nak ikut azal pegi gym ..dia berlari keluar kereta..saya kejar dia panggil dia masuk keta balik ngamuk nak ikut azal.
“Doktor ada bagi dia ubat tapi saya tak sanggup nak bagi dia ubat pagi2 kesian dia kesan ubat tu dia tak bermaya. Risiko anak autism bila besar tenaga dia kuat ..bila takde aktiviti dia jadi hyperaktif,” kongsi Zarina menerusi video terdahulu.
Menginjak usia 34 tahun, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal memanjatkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT sepanjang kehidupan yang dilaluinya sehingga kini.