Pelakon, Syatilla Melvin yang kini sedang mengandung anak ketiga mendedahkan dirinya ketika ini mengalami alahan yang agak pelik dan berbeza dengan kehamilannya sebelum ini.
Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, selain mengalami alahan seperti ‘mabuk’, dia juga dikhabarkan berasa mual dan loya saat melihat rumahnya sendiri.
“Kali ni mengandung Tilla mabuk dan melugai! Tilla melugai dengan benda yang Tilla terlalu suka buat!
“Nak tahu apa? Tilla tak boleh tengok rumah Tilla sendiri. Ya allah rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun dia gemar melakukan aktiviti mendekorasi rumah, namun, kali ini dia langsung tidak boleh melihat perkakasan-perkakasan di dalam rumahnya itu.
Ads
“Barang-barang rumah yang Tilla deco semua tak boleh pandang. Matilah macam ni ya Allah. @shaheizy_sam takkan kena tidoq hotel sampai beranak?” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhiburkan membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan agar Syatilla dan kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Ada kawan saya masa mengandung asyik mengidam nak makan nasi dekat rumah orang. Dia kata sedap sangat. Kalau dekat rumah dia tak boleh makan.
Ads
“Samalah. Sekarang duduk rumah mak je ni. Balik rumah sendiri tengok pintu pagar pun loya nak muntah dah.
“Macam-macam kan time pregnant. Alahan nak bawa sampai sembilan bulan. Faham sangat bab alahan macam-macam peel.
“Haha kalau pregnant memang pelik-pelik. Nasib kita dulu sekadar tak lalu makan je.
“Ya Allah. Book hotel terus 3 bulan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Ads
Sekadar informasi, Jumaat lalu, Syatilla dan Sam berkongsi tentang berita kehamilan anak ketiganya kepada umum.
Menurut Syatilla yang juga seorang usahawan itu, kehamilan kali ini merupakan kandungan keenamnya selepas pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.
Untuk rekod, Syatilla dan Sam telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.
Sumber: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Haqiem Rusli seakan-akan memberi bayangan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Memetik laporan Kosmo Online, Haqiem memaklumkan segala persiapan untuk bergelar raja sehari difahamkan telah berjalan lancar dan dia kini hanya menantikan tarikh dan kebenaran daripada pihak jabatan agama.
“Ya saya sudah pun menjalani kursus kahwin, sudah menjalani ujian saringan HIV (human immunodeficiency virus) dan melengkapkan segala borang yang diperlukan.
“Hanya tunggu masa hendak ke pejabat agama sahaja,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Mimpi ini turut merancang untuk mengadakan sebuah majlis berskala kecil bersempena pernikahannya itu namun, segalanya bergantung kepada keadaan semasa.
“Saya memang merancang untuk membuat majlis resepsi secara kecil-kecilan. Tapi tidak tahu lagi sama ada dibenarkan atau tidak. Harap-harap kes turun (jangkitan Covid-19),” ujarnya.
Dikesempatan itu juga, pemenang anugerah Bintang Paling Popular 2020 itu turut mendedahkan dirinya telah pun menulis dan mencipta sebuah lagu m istimewa yang ditujukan khas buat bakal isterinya nanti.
“Saya ada menggubah sebuah lagu baharu untuk bakal isteri berjudul Hitam Saksi Putih.
“Secara metaforanya, lagu ini ditulis mengenai diri saya sendiri yang melakukan banyak kesalahan (hitam) dan telah ‘diputihkan’ oleh bakal isteri,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Haqiem difahamkan masih lagi belum mendedahkan mengenai gerangan gadis yang bakal dinikahinya itu kepada umum.
Tegas Haqiem, dia hanya akan berbuat demikian menjelang hari pernikahannya nanti.
Terdahulu, Haqiem telah pun mengejutkan banyak pihak selepas mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hatinya pada akhir tahun ini.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu sesi Instagram live yang berlangsung pada Mei lalu.
Sumber: Instagram Haqiem Rusli & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, berkongsi nama anak pertamanya menerusi Instagram pada Isnin.
Sambil memuat naik foto permata hatinya yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu, Issey turut mendedahkan makna di sebalik nama yang dipilih.
“Faaeq Fathian Bin Fazlisham. Faaeq ialah tertinggi, ulama, terkemuka Fathian ialah kemenangan.
“Moga awak jadi anak yang tinggi akhlak dan imannya. Tambah tambah pulak kamu lahir pada tarikh ‘kemenangan’ kita, 31 Ogos 2021,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya turut sama tumpang gembira selain mendoakan agar Faaeq membesar sebagai anak yang soleh.
Untuk rekod, Issey mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi ialah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.
Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.
Foto: Instagram Issey, Aimi Jamel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi berita gembira apabila memaklumkan mengenai berita kehamilannya di Instagram pada Khamis.
Meluahkan rasa syukur dengan rezeki hamil buat kali keenam, Syatilla turut memohon orang ramai mendoakan agar kandungannya kali ini bertahan sehingga 9 bulan.
Dia bagaimanapun sempat berseloroh memberitahu dia baru sahaja rancang untuk memasang alat perancang keluarga IUCD (satu kaedah dalam cegah kehamilan) atau sebaliknya.
“Kali ke 6, syukur alhamdulillah. Baru plan nak pakai iud tau tak! Rezeki Allah nak bagi. Hari-hari duk mintak Allah murah rezeki, murah sungguh2 Allah bagi.
“Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Suaminya, aktor Shaheizy Sam turut berkongsi rasa gembira yang sama menerusi satu entri di Instagram miliknya.
Serentak dengan pengumuman yang dilakukan mereka, rakan artis dan peminat saling tumpang gembira seterusnya menitipkan doa serta ucapan yang baik-baik buat pasangan selebriti ini.
Syatilla yang juga peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa sebelum ini pernah beberapa kali mengalami keguguran, namun reda dengan ketentuan Illahi.
Untuk rekod, mereka berdua berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini mencecah usia setahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...