Dalam pada itu, rata-rata peminat nyata teruja dengan pengumuman berkenaan dan ada di antara mereka sudah pun menjadi sebahagian dari ahli di platform komunikasi terbabit.
Ads
Saluran tersebut sudah boleh diakses secara percuma dengan mencari kata kunci DiaryElmu di ruangan carian.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah mendirikan rumahtangga selama 2 tahun, pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin dengan rasa penuh kesyukuran telah pun mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Dalam satu kenyataan media, buat masa ini, Fazura mengakui dirinya dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.
“Saya tidak pernah merasakan perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua.
Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.
“Alhamdulillah akhirnya, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan,” katanya.
Tidak dinafikan juga, sejak mendirikan rumahtangga bersama Fattah, bintang filem Pisau Cukur ini sering berhadapan dengan persoalan tentang kehamilan dari para media dan juga peminat.
Malah, Fazura juga pernah berjanji sekiranya dirinya hamil, peminat dan juga rakan-rakan merupakan antara yang pertama akan mengetahuinya, dan kini berita tersebut telah pun menjadi kenyataan.
Atas rezeki zuriat yang kini dikandung, Fazura marakamkanrasa bersyukur dengan kelancaran trimester pertama.
“Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah.
“Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” akuinya lagi.
Sementara itu, Pengarah Universal Music Malaysia, Kenny Ong, turut meluahkan rasa kegembiraan untuk pasangan yang sinonim dengan sapaan #FattZura itu.
“Kami sudah menganggap Fazura dan Fattah seperti keluarga kami sendiri dan berita ini pastinya sangat dinantikan. Kami mengharapkan mereka berdua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan.
“Kami juga tidak sabar untuk meraikan kelahiran cahayamata pertama mereka,” katanya.
Fazura dan Fattah dijangka akan menyambut kelahiran bayi mereka pada akhir tahun ini.
Terdahulu, keduanya turut berkongsi berita gembira itu menerusi platform media sosial masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi muzakarah dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyentuh soal andai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga bulan Ramadan.
Mufti Wilayah itu meminta pandangan dan nasihat UAI apa yang perlu dilakukan umat Islam andai ianya berpanjangan.
Intipatinya mudah, lebih baik berkurung. Jelas pendakwah dari Terengganu itu, menjalani ibadah puasa dan terpaksa berkurung merupakan bala dalam nikmat kerana banyak perkara maksiat dan tidak elok dapat dielakkan.
Sekaligus dapat menyelamatkan pahala puasa daripada menjadi sia-sia.
Tambah UAI lagi, orang yang memandang ke arah akhirat akan melihat PKP sebagai nikmat dan rasa bersyukur dapat menjalani ibadah puasa dengan berkurung. Dalam erti kata lain ‘mata selamat, pahala selamat’.
Dia turut menyentuh isu solat tarawih dan menyatakan Rasulullah SAW sendiri memulakan solat tarawih di rumah dan selepas itu baru ia dilakukan di masjid secara berjemaah. Tegasnya lagi, inilah masanya ibu bapa boleh mengajar dan memastikan anak-anak bersama menunaikan solat tarawih berjemaah di rumah.
Menyedari akan tanggungjawab meringan beban golongan memerlukan, pelakon Dayana Roza tampil memberikan sumbangan kepada warga sekitar yang berdepan kekangan kewangan sepanjang perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dia minggu lalu.
Sambil merakamkan ucapan terima kasih buat penderma, bintang itu turut mendoakan agar kita semua dilimpahi rezekiNya.
“Alhamdulillah, selesai tanggungjawab saya sebagai seorang manusia & anak jati ampang harini. Terima kasih @iqbar_hakim sebab donate untuk cover semua family harini. Semoga makin dimurahkan rezeki. Amin.. thanks @surento tolong i harini.
“Yang mana kenal D tau D bukan jenis post2 kat social media apa yg D buat. Tapi dlm keadaan sekarang ni D kena post untuk kebaikkan supaya org tau yg sebenarnya ramai sangat orang yang sangat memerlukan terutama yang ada anak kecik,” tulisnya.
Pelakon Isteri Untuk Diiktiraf ini bagaimanpun mengakui apa yang dikongsikan bukanlah untuk riak, sebaliknya niatnya hanyalah sekadar membantu.
“Doakan semua dipermudahkan, harap dapat bantu lebih ramai lg. Kalau D millionaire mesti boleh tolong semua org.
“Posting ni Bukan niat utk riak, tapi niat membantu yg memerlukan. kalau pemikiran negative, negative la jadinya, kalau kita positive, semua benda kita nampak akan kita fikir positive dulu.
“Semoga ramai lagi yang dibukakan hati untuk membantu mereka yang memerlukan. #kitajagakita,” jelasnya lagi.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...