Uncategorized

“Tak Tau Lebih Baik Diam,”- Dituduh Riak Beri Sumbangan Qurban, Ini Jawapan Win Mila Jirin

Share

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menjelaskan perkongsiannya mengenai jumlah sumbangan korban syarikat miliknya, Bizmilla Catering di media sosial bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berlaku riak.

Sebaliknya, perkongsiannya tersebut sudah termasuk sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.

Mila memuat naik kenyataan tersebut di Instagram susulan menerima mesej peribadi (DM) yang mendakwa dirinya sengaja berlaku riak selepas mengumumkan bilangan binatang ternakkan yang telah disumbangkan syarikatnya itu.

“Bersifat MENUNJUK NUNJUK itu buka SAYA” Pada yg DM atau komen di pos sebelum ini. Menyuruh saya supaya TIDAK MENUNJUK NUNJUK Amalan/Perbuatan yg dibuat ni jawapan untuk kalian.

“Sumbangan Qurban ini under my company @bizmilla_catering .We as a corporate company have to tell our CSR Program as our company activity. Bukan atas dasar nak MENUNJUK, RIAK, SHOW OFF ( apa sahaja ayat yang korang cakap) Sifat MENUNJUK NUNJUK itu bukan saya. Harap Maklum,” tulisnya.

Jelas Mila, menunjuk-nunjuk bukanlah sifat dirinya tetapi ini adalah tuntutan yang harus dilakukan sebagai sebuah syarikat korporat untuk memberi tahu tentang aktiviti CSR yang telah dijalankan.

“Setiap apa yang kita buat…Allah yang mengadili bukan kita MANUSIA. Tak BAIK terus jatuh hukum pada niat seseorang.. Jika tak TAU lebih baik DIAM dari berkata kata tetapi menyakitkan hati orang lain #SelamatHariRayaAidilAdha,” katanya

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 ini turut memberi tahu sebagai manusia, kita tidak berhak untuk menjatuhkan hukum terhadap niat seseorang itu.

Terdahulu, Mila ada memuat naik foto dirinya menyumbangkan lima ekor lembu di Puchong, Subang dan Kemboja sempena hari raya Aidil Adha tetapi disalah ertikan segelintir pihak beranggapan dia sengaja ingin menunjukkan kebaikkannya itu di media sosial.

Bagi MH, tidak perlulah kita untuk bersangka buruk kepada niat orang lain sebaliknya jadikanlah usaha murni seseorang itu sebagai contoh untuk kita menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

Foto: Instagram

 

IKLAN