Penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau nama komersialnya, Mawi ada berkongsi cerita setelah hampir 16 tahun melibatkan diri dalam karier seni.
Menurut Mawi, sebagai seorang penyanyi dan penghibur, tidak akan dapat menghidari daripada melakukan kesilapan ketika membuat persembahan.
Maklum penyanyi berusia 39 tahun ini lagi, masalah teknikal atau ‘terkucil’ dalam nyanyian adalah satu perkara biasa yang dilalui.
Ads
“Sesekali terkehel, terkucil, tercungap, tersumbang & terlupa lirik itu biasa bagi penyanyi. Yang penting macam mana kita handle show kita. Tak semua show kita sempurna..kadang-kadang pun sesak daaaa,
“Ok dah… tak perlu nak besar-besarkan cerita.. relax sudah…kih kih..!
“Hidup kita pun selalu terbabas inikan pula menyanyi.. hihi Tak caya cuba tanya penyanyi kesayangan korang.
Ads
“Tak tahu lah kalau penyanyi kesayangan korang ‘perfect’ selalu #PenyanyiJeFaham,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang postman yang didakwa telah melastik seekor anjing sewaktu sedang menghantar barangan pos di sebuah kawasan kejiranan di Kluang, Johor.
Tindakan tersebut difahamkan telah menyebabkan individu berkenaan digantung kerja selepas video yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (cctv) milik tuan rumah telah tersebar di media sosial.
Insiden tersebut nyata meraih perhatian ramai pihak termasuk Shahrol Shiro.
Perihatin akan permasalahan tersebut, Shahrol kemudiannya mengambil inisiatif untuk mempertemukan Dollah bersama pemilik anjing tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang melanda kedua-dua belah pihak.
Jelas Shahrol, dia berasa sangat bersyukur kerana kunjungannya itu telah disambut baik oleh tuan rumah yang juga merupakan pemilik anjing tersebut.
“Alhamdulillah. Di dari Jumaat yang mulia ini segalanya dipermudahkan dan telah selesai isu Dollah posmen bersama pemilik anjing.
“En Siva dan Pn Magesh sudi menerima kunjungan kami dan melayan kami dengan penuh kemesraan.
“Apabila duduk semeja titik persamaan telah dijumpai dan titik perbezaan telah kita hindari,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Shahrol menerusi sebuah video berdurasi hampir tiga minit yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, sesi pertemuan tersebut telah diadakan bertujuan bagi mengekalkan keharmonian sesama manusia terutamanya bagi penduduk di kawasan Kluang.
“Tahniah atas sikap profesional orang Kluang. Semoga keharmonian masyarakat di Kluang dapat kita kekalkan. Terima kasih En Siva dan Pn Magesh, Dollah dan isteri serta semua yang terlibat mewujudkan suasana damai ini.
“Dimana semua manusia hidup dalam aman damai, itu adalah sebenarnya sebuah kehidupan yang dihuni oleh MANUSIA,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyambut baik usaha tersebut selain turut berharap agar insiden seperti ini dapat dijadikan pengajaran pada masa akan datang.
Sumber: Instagram Sharol Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang turut aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Datin Ira Ghani menzahirkan rasa terharu selepas menerima maklum balas baik dari rakan niaga serta selebriti ketika menyambut ulang tahun jenamanya, Aura Seri yang ke-20 tahun bulan lalu.
Kini dikenali sebagai Aura Seri by DIG, penjenamaan semula produknya memberikan azam baru buat pengasasnya itu meski mengakui ada yang seolah-olah pesimis terhadap usahanya itu.
“Saya pernah kongsikan hasrat untuk lakukan ‘comeback’ kepada beberapa rakan artis. Cuma saya bimbang agak-agaknya ada tak yang akan sokong keputusan ini. Jujurnya saya tak sangka, ramai artis yang sokong.
“Antaranya Datuk Rosyam Nor, Datuk Ramli MS, Datuk Awie, Zizan Razak, Liza Abdullah dan ramai lagi. Saya terharu sebabnya bila mereka lihat saya muat naik video ucapan artis di media sosial, ada rakan artis lain yang ‘pm tepi’ tanya mengenai perkara tersebut. Mereka turut tawarkan diri untuk turut sama berikan ucapan tahniah.
“Jenama Aura Seri suatu ketika dulu memang menyokong industri, malahan sehingga kini hubungan itu berjalan dengan sangat baik. Setiap majlis pasti akan diselitkan dengan kehadiran selebriti.
“Tetapi ada juga yang seakan-akan beri respon yang kurang baik. Tidak menyokong tu maksud saya mungkin bila ketika kita ni tengah meletup-letup, semua orang akan datang macam semut, menghurung.
“Tetapi apabila kita mendiam perkara sebaliknyalah yang jadi. Akan tetapi saya tidak berkecil hati kerana jenama ini pun sudah kukuh dan ada pembelinya sendiri. Malah bila penjenaman semula ini, kami lihat ada progres yang positif, alhamdulillah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ira, 44, yang kali pertama berlakon menerusi drama Menantu Ting Tong di samping Ruhainies dan Ben Amir lebih lima tahun lalu itu baru sahaja melancarkan program Santai With DIG di bawah saluran YouTube sendiri, DIG TV Channel.
Sudah pun bersiaran sebanyak episod sejak tiga episod, Santai With DIG dijangka mempunyai 13 episod kesemuanya dan akan ditayangkan setiap Jumaat jam 8.30 malam.
“Tagline yang kami gunakan ialah Syok, Santai dan Sempoi. Konten yang diketengahkan tidak langsung melibatkan produk atau yang seumpama dengannya. Ia lebih kepada perkongsian serta motivasi yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang. Sesiapa sahaja boleh tengok dan ambil input.
“Sebelum ini saya pernah jadi hos di RTM selama dua tahun menerusi rancangan Feminin. Jadi mengapa tidak sekarang yang mana semua orang sudah boleh wujudkan saluran sendiri di YouTube. Saya ambil peluang itu.
“Bukanlah saya nak syok sendiri, tetapi saya sudah terbiasa berikan ceramah motivasi, buat seminar dan sebagainya. Lalu timbul idea untuk angkat ia dalam versi digital pula.
“Santai With DIG ini menjadi medium untuk kami berkongsi tentang apa yang kami ada kepada penonton. Konsepnya cukup santai dan bersahaja.
“Mungkin orang dekat luar tengok saya ala-ala macam sopan baik, tapi jangan tak tahu rupanya saya seorang yang santai dan easy going. Kiranya saya cabar dirilah juga.
“Sebab itu, saya beratus kali tanya suami mengenai perkara ini. Betulkah apa yang saya buat ni, yelah saya tak mahu orang lihat saya pada sisi sama saja. Saya pun faham, biasanya untuk program di YouTube ini kalau konsepnya lebih santai mudah untuk tarik perhatian penonton,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ira turut berhasrat untuk menjemput beberapa selebriti popular sebagai panel jemputan di dalam episod yang akan datang. Dia ditemui dalam majlis minum petang Aura Seri by DiG di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Produk terkininya, aromaterapi Aura Seri by DiG juga sudah pun dilancarkan dan dijual pada harga RM99 di Semenanjung Malaysia, boleh didapati dari stokis sah produk berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.