Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.
Ads
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015.
Selepas itu, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiga minggu sebelum bersalin anak kedua, pelakon Yana Samsudin memaklumkan dirinya mengalami masalah Hemoglobin rendah dan terpaksa melakukan rawatan memasukan multivitamin secara drip bagi memastikan ia kembali kepada bacaan normal.
Perkara tersebut dijelaskan Yana menerusi satu kapsyen pada hantaran di Instagram.
Tambahnya lagi, ia terjadi berkemungkinan kerana cara pengambilan suplemen yang kurang betul.
“Pada awal pregnancy iron (Zat Besi) yana terlalu tinggi.. tiba tiba dah hujung2 #3weeksBeforeDue ni Iron rendah & HB low 9.9.
“So yana ambik drip Multivitamin utk boostkan Vit D & Iron, alhamdulillah maintain semula. Drip adalah alternatif paling cepat nak naikkan terus masuk dalam badan sebab dah nak due. (Result boleh baca after 2 weeks).
“Selama ni memang makan Multi vitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan ubat cara yang salah. Ia telah menghalang Vitamin tu serap dalam darah.
“So korang kalau dalam medication atau ambil supplement, please jarakkan minuman berkafein macam Teh & Kopi atau susu lebih kurang 2jam sebelum & selepas makan ubat, moga bermanfaat,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi nasihat supaya sentiasa meluangkan masa bersama ibu tercinta walau sesibuk mana pun seseorang anak itu.
Menurut Fazley, ketika ini segala teknologi ada dihujung jari dan terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya.
“Salam Jumaat semua, kita sering di ingatkan, jagalah ibu kita sehabis baik. Walau sesibuk mana pun kita berusahalah untuk memberikan masa buat ibu kita.
“Kalau dekat kita jengok dan kucup pipinya, kalau jauh jangan sekadar whatsapp, video call agar dapat melepaskan rindu ibu kepada anak, apabila dapat menatap wajah melalui videocall.
“Salam sayang buat ibuku @rsd.umi , salam sayang buat mama anak2ku @azrene_ahmad , salam sayang juga buat ibu mertuaku,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dibuat oleh penyanyi lagu Bila April itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas peringatan tersebut.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Shah Iskandar memaklumkan khabar berita gembira mengenai isterinya, Siti Sarah Mohd Noor yang telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 10 Oktober lalu.
Berita gembira itu dikongsi oleh Shah menerusi akaun Instagram miliknya selepas 7 hari kelahiran putera sulungnya yang diberi nama Yusuf Zulkarnaen.
“Assalamualaikum semua,
Pada 10.10.2020 jam 2.02 petang, isteri saya melahirkan bayi lelaki pertama saya di Hospital Umra, Shah Alam.
“Alhamdullilah, proses sangat lancar dan pasukan di Hospital Umra menjadikan perjalanan kami menyenangkan. aya memutuskan untuk tidak menggunakan media sosial selama 7 hari akan datang untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada isteri dan bayi saya.
Pada masa yang sama, bintang drama bersiri Ryan Aralyn ni menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan buat isterinya.
“@imsarahnorris, mengucapkan Terima Kasih tidak akan pernah cukup untuk semua pengorbanan yang telah anda buat dan melahirkan bayi yang cantik. Saya sayang awak.
“Bagi keluarga mertua saya, terutamanya Mak, Abah, @zaza_zafeera dan yang paling penting @iamseriudanimn, saya menghargai semua sokongan yang anda semua telah berikan.
“Kepada keluarga saya di Singapura terutamanya Mama, Nani, @shaheennadia dan hubby Azlan, Shafiq..terima kasih atas semua hadiah dan sokongan dan saya berjanji akan membawa bayi dan @imsarahnorris apabila sempadan sudah dibuka.
“Kepada semua yang telah menyokong saya dalam karier saya, terima kasih kerana masih menonton saya di televisyen dan menjadikan kerjaya saya lebih bermakna.
“Kepada Dato Doktor Rafi dan isteri Datin Doctor Ummul, dan juga semua orang di Hospital Umra, terima kasih atas semua momen dan nasihat indah untuk bayi dan layanan baik dari kakitangan.
“Akhir sekali, dengan berat 3.66kg, terima kasih Yusuf Zulkarnaen bin Shah Iskandar kerana telah menjadikan saya dan @imsarahnorris lengkap.Anda bermaksud dunia bagi kami dan anda pasti akan disukai oleh semua orang sama ada keluarga atau rakan.,” tulisnya panjang lebar.
Pempengaruh dan usahawan, Cik B menyatakan keyakinannya untuk bersaing dengan peserta lain menjelang konsert minggu pertama Talk To My Manager (TTMM) musim kedua yang bakal berlangsung pada 19 April ini.