Categories: Uncategorized

“Tak Suka Sebab Dia Burukkan Mak Mertua Dia,”- Netizen Kasi Respon, Jadi Ini Jawapan Balas Sinis Fazley Yaakob

Share

Chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob telah menerima kecaman daripada seorang individu di laman media sosial Twitter.

Individu tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada chef selebriti berkenaan.

Semuanya gara-gara bintang itu asyik bercakap tidak baik perihal ibu mertuanya.

“Sorry tak suka Fazley sbb dia buruk2kan MIL dia.Tak kosah la kalau nak kata MIL kau tu jahat mana pun. Kitorg kutuk takpe.”tulis individu tersebut.

Lantas, kata-kata individu tersebut telah dibalas oleh Fazley.

“Baiklah.. salam ramadan!”tulis Fazley.

Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai isu melibatkan ibu mertuanya dan ia turut tersebar.

Sekali gus, ia menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.

Foto : Twitter Fazley Yaakob

IKLAN