Nampaknya setelah berteka-teki dengan status rumahtangga Isma, kakak kepada penyanyi Tomok dan bekas pelajar Akademi Fantasia ini tampil menjawab segala pertanyaan.

Isma yang telah ditemuramah oleh Sinar Harian memberitahu pada mula hanya ingin merahsiakan semua ini sehingga kes mahkamah diselesaikan.

‘Tak Sangka Cerita Ini Dapat Dihidu’ – Isma Jawab Isu Rumah Tangga Bergolak

Namun tidak menyangka semua ini dapat dihidu dan mengakui rumah tangganya memang sedang bergolak.

“Kalau boleh saya tak mahu bercerita mengenai hal rumah tangga tapi nampaknya tak sangka cerita ini dapat dihidu juga.

 

“Saya sebolehnya nak tunggu sehingga semua proses selesai kemudian barulah saya akan beritahu jika ditanya.

 

“Jadi saya akui yang memang rumah tangga saya sedang bergolak. Itu sahaja yang saya boleh beritahu buat masa ini. Tunggu masa yang sesuai,” kata Isma.

Terdahulu Isma telah menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila memuat naik beberapa gambar dengan menggunakan kepsyen yang sedih.

IKLAN

Lebih menguatkan spekulasi apabila Isma ada berkongsi gambar berpakaian lengkap beserta dengan tudung seperti menghadiri satu tempat yang memerlukan dirinya menjaga batas pemakaian.

Di tambah pula dengan kepsyen “Untuk mengelakkan terus bersama dengan orang yang salah. Maka Allah mematahkan hatimu… permudahkan urusan hambamu hari ini dan seterusnya. Alhamdulillah tq Allah”

‘Tak Sangka Cerita Ini Dapat Dihidu’ – Isma Jawab Isu Rumah Tangga Bergolak

IKLAN

‘Tak Sangka Cerita Ini Dapat Dihidu’ – Isma Jawab Isu Rumah Tangga Bergolak

 

IKLAN

Melihat ada sesuatu yang pelik, kami cuba untuk dapatkan Isma namun sehingga kini dia seperti cuba mengelak untuk menjawab segala pertanyaan.

Apapun MH doakan semoga keputusan yang diambil oleh kedua pasangan ini yang terbaik dan semoga selaga urusan dipermudahkan.

 

SUMBER: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI