Uncategorized

Tak Sampai Seminggu Buka Akaun Instagram, Aishwarya Rai Dah Kumpul Hampir 1.5 Juta Pengikut!

Share

Tidak dinafikan, perkembangan teknologi semasa memberi keperluan buat golongan selebriti untuk mempunyai akaun sosial sendiri untuk tujuan promosi dan interaktif bersama peminat.

Terbaru, ikon filem Bollywood, Aishwarya Rai yang baru sahaja membuka akaun Instagram rasmi kurang seminggu telah pun mengumpul jutaan pengikut.

Menggunakan akaun @aishwaryaraibachchan_arb, peminat pelakon filem Taal dan Devdas  itu kini sudah boleh mengikuti perkembangan figura cantik ini menerusi media sosial, meski sebelum ini sudah pun wujud beberapa akaun tidak rasmi yang memaparkan foto-foto dirinya.

Difahamkan, Aishu membuka akaun berkenaan ketika menghadiri Festival Filem Cannes. Turut mengiringinya pada festival tahunan berkenaan ialah ahli anak perempuan, Aaradhya Bachchan dan ibunya.

 

Dalam perkembangan lain, Aishu bakal menanti tayangan filem terbarunya, Fanne Khan yang turut dibarisi pelakon popular lain seperti Anil Kapoor dan Rajkummar Rao.

 

IKLAN