Pelakon dan pengacara, Norman Hakim menzahirkan rasa kagum terhadap persediaan rapi yang dibuat oleh isterinya, Memey Suhaiza serta bekas isteri, Abby Abadi bila setiap kali mereka sekeluarga ingin merancang untuk pergi bercuti bersama anak-anak.
Menurut Norman, setelah hampir dua tahun mereka sekeluarga tidak mengadakan aktiviti tersebut , kini perancangan rapi telah pun dibuat dan ia dijangka bakal berlarutan sehingga hujung tahun.
Malah, Norman juga turut memuji usaha yang dilakukan oleh Abby dan Memey kerana sanggup meluangkan masa merancang setiap aktiviti dan perjalanan mereka.
“Hmmm, dekat dua tahun tak nampak memo macam ni (ni pun nasib-nasib ternampak dlm phone wifey) tiba-tiba rasa ‘cramp’ pulak otak sebab lama naw tak ‘warming up’ bab ni.
“Tak sampai 24 jam pengumuman, laju je diorang @memeysuhaiza @abby_abadi112 buat plan. Nampak macam sampai ke hujung tahun jek? Tak larat nak baca habis. Bab ni memang salute la kat kaum hawa memang efisien,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Norman juga turut dilihat sempat berseloroh menasihati anak-anaknya supaya sentiasa peka dengan setiap perancangan yang telah dibuat oleh Memey dan Abby.
“So anak-anak especially @danishhakimofficial @marissadania_ @m_danishaa please take note colour-colour pelangi yang kena standby okay supaya tak terkejut bila memo rasmi ni keluar nanti. Tak lama lagi ni.
“Korang especially kaum hawa pun memangg biasa jugak ke buat plan kejutan macam nih?,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat keakraban keluarga tersebut selain turut mendoakan agar kebahagiaan tersebut akan berkekalan sampai bila-bila.
Ads
“Wah, kita yang baca ni pula excited. Suka details plan macam ni.
“Suka plan macam ni. Best and teratur je.
“Kalau proposal macam ni, tunggu diorang present baru dengar betul-betul. Kalau gaya macam ni mesti ada first dan second draft.
“Kalau hati kita bahagia, apa-apa yang kita buat pun menjurus kepada kebahagiaan orang-orang tersayang. Nampak keikhlasan dan you alls enjoy your relationship with each other. Semoga berada di dalam lindungan Allah selalu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Ads
Sekdar informasi, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 sebelum memutuskan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Norman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Memey Suhaiza pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan keduanya, Memey dan Norman dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.
Sumber: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zalif Sidek meluahkan rasa lega susulan kebenaran aktiviti merentas negeri sejak minggu lalu, sekai gus memudahkan proses persiapan kahwinnya bersama tunang, Anis Marzuki, 24.
Menurut Zalif, 36, dia bersyukur kerana setakat ini semuanya berjalan lancar dan mereka sepakat memilih 26 Februari 2022 depan sebagai tarikh nikah.
“Syukur alhamdlulillah saya dan bakal isteri kini sedang giat buat persiapan majlis kahwin yang masih berbaki empat bulan lagi.
“Ikutkan perancangan pihak saya nak hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa dianjakkan kepada tarikh baru kerana ‘lockdown’, tak boleh nak rentas.
“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. InsyaAllah,” katanya.
Zalif pada masa sama menjelaskan, persiapan menjelang hari bahagia sudah pun melebihi 50 peratus.
“Jujurnya, tiada apa-apa maksud istimewa di sebalik tarikh tersebut. Cumanya tarikh itu dirasakan waktu paling sesuai untuk kedua keluarga kami bertemu dan saling berkenalan.
“Selain itu ada juga di antara keluarga saya yang belum berkesempatan untuk bertemu ketika bapa meninggal dunia Januari lalu. Inilah masa untuk kembali rapatkan silaturrahim.
“Persiapan pun sudah lebih 50 peratus. Bila sudah tempah dewan, tak perlu lagi nak fikirkan soal pelamin apa semua kerana semuanya sudah disediakan. Tinggal lagi nak cari baju kahwin dan cukupkan hantaran,” katanya.
Sementara itu, Zalif yang kini turut terlibat bersama ‘team’ produksi penerbitan, Dream At Work Sdn Bhd menambah, dia dan pasangan memilih untuk melangsungkan majlis secara sederhana.
“Awalnya memang ada rancang untuk anjur majlis dengan lebih meriah, tapi bila mengenangkan fasa pandemik ini, kami pilih untuk bersederhana sahaja.
“Kalau nak diikutkan pun, saya okay saja kalau perlu nikah dulu, majlis kemudian.
“Malah sebelum ini pun ada juga rakan artis yang bernikah secara atas talian atas sebab tertentu.
“Saya tak kisah cuma kami pun perlu hormati permintaan kedua belah keluarga. Tak boleh nak pentingkan diri-sendiri juga,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tindakan pengacara popular negara, Datuk Aznil Haji Nawawi memuat naik sebuah video di laman Instagram nyata telah menyentuh hati banyak pihak.
Video berdurasai hampir lebih sepuluh minit itu memapar usaha murni Aznil untuk membantu seorang wanita gelandangan yang ditemui di sekitar ibu kota.
Kasihan melihat nasib wanita tersebut, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil telah pun menyumbangkan sejumlah wang meringankan beban yang ditanggung oleh wanita berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan itu juga, wanita berkenaan dilihat mengalami kecederaan di bahagian kakinya.
Menurut Aznil, wang tersebut sebenarnya adalah hasil daripada keuntungan yang diraihnya menerusi penjualan produk Belado Paknil.
“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Pak Nil infaqkan hasil jualan BALADO PAKNIL untuk bantu orang lain.
“Tak guna Pak Nil ada semua ini kalau tak gunakan untuk tolong orang.
“Sesiapa yang beli produk Pak Nil, saya anggap itu infaq daripada anda untuk wanita tersebut. Untung yang Pak Nil dapat, Pak Nil tak makan sorang. Tadi Pak Nil dah bagi dia seratus tapi malam ni Pak Nil nak dia tidur hotel,” katanya yang hampir menitiskan air mata.
Meskipun, pemberian tersebut ditolak, namun Aznil tetap mahu wanita tersebut untuk menerima pemberiannya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut menitipkan doa semoga Aznil akan sentiasa dimurahkan rezeki selepas ini.
“Semoga Pak Nil diberikan kesihatan yang baik dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan. Amin.
“Rakam bukan niat menunjuk. Tapi untUk beri kesedaran kepada semua yang melihat, jika memberi tidak akan membuatkan kita miskin. Jadikan contoh biarpun kite bukan golongan kaya. Thank you Abang Aznil.
“Semoga murah rezeki paknil dan Allah berikan syurga untuk Pak Nil.
“Tuhan sentiasa memberi berkat kepada sesiapa yang membawa berkat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih hampir 80,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Sumber: Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah mengadakan satu majlis cukur jambul buat puteri sulungnya, Ana Nayla pada Selasa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, kelihatan majlis yang diadakan serba ringkas itu diraikan bersama ahli keluarga terdekat.
Dalam pada itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut mengharapkan ramai agar mendoakan zuriat pertamanya itu menjadi anak solehah.
“Assalamualaikum Ana Nayla Selesai majlis cukur jambul our little wuvv @ananaylaofficial. Semoga menjadi anak yang baik dan Salam Maulidur Rasul buat semua.
“Mohon semua doakan yang baik-baik buat Ana Nayla. #AydaJebat #NabilMahir #AnaNayla #CukurJambul #SalamMaulidurRasul,” tulisnya.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...