Ads

Tak Sampai 24 Jam, Follower IG Aafiyah Khalid dah Cecah 91 Ribu

Sekarang ini MH lihat sudah jadi 1 trend untuk anak-anak selebriti mempunyai akaun Instagram mereka sendiri.

Lihat sahaja lah Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan juga Yusuf Iskandar, masing-masing mempunyai follower mencecah ratusan ribu.

Saat kelahiran puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid, tentu sekali ramai netizen yang tertanya-tanya sama ada penyanyi nombor satu negara itu akan membuka akaun IG anaknya itu.

Tak Sampai 24 Jam, Follower IG Aafiyah Khalid dah Cecah 91 Ribu

Ads

Seiring dengan majlis Akikah dan Tahnik serta pengumuman nama Siti Aafiyah semalam, anak Datuk Khalid Mohamad Jiwa iaitu Asyraf ada ‘tag’ @aafiyahkhalid sekali gus mengesahkan bahawa Siti sudah pun membuka akaun IG buat anaknya.

Tak Sampai 24 Jam, Follower IG Aafiyah Khalid dah Cecah 91 Ribu

Namun, apa yang menarik perhatian MH adalah jumlah follower IG tersebut yang kini mencecah 91 ribu follower dalam masa tak sampai 24 jam!

Ads

Tak Sampai 24 Jam, Follower IG Aafiyah Khalid dah Cecah 91 Ribu

Hebat betul penangan anak Siti Nurhaliza ya! Baru dilahirkan pada 19 Mac lalu namun Rata-rata netizen sudah mengambil berat akan perkembangannya.

Ads

Namun begitu, Siti dalam temu bualnya bersama media menginginkan Aafiyah menjalani kehidupan yang normal.

Pada MH, sebagai seorang ibu, Siti berhak untuk menjaga privasi anaknya. Netizen pun kenalah faham kenapa Siti berbuat demikian ya. Apa-apapun, memang comel Aafiyah malam tadi.

sumber: IG

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

John Cena Rasmi Bersara, Tamatkan Kerjaya Lebih Dua Dekad Dalam WWE

Legenda gusti profesional dunia, John Cena, secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada arena gusti selepas menamatkan perlawanan terakhir dalam kerjayanya pada 13 Disember 2025. Perlawanan tersebut...
error: Hello. Cannot.