Pelakon dan hos, Janna Nick ada berkongsi rasa terujanya apabila menunaikan umrah di tanah suci.
Menerusi entri di Instagram yang dikemas kini, bintang berusia 25 tahun itu ada memberi tahu dirinya rasa tenang tanpa memikirkan hal duniawi.
Malah dia turut menyeru ramai untuk menjejakkan kaki ke tanah suci andai berkemampuan. Bintang itu baru sahaja selesai mengerjakan umrah dan sudah pun bekerja seperti biasa.
“Dok sana rasa tenang ja…tak payah pikiaq hal duniawi. Pi je la short vacay dekat sana…memang best ! Tak sama aih macam kita p London ka mana mana.
“Yang nak komen Tu…tok sah la nak komen benda2 negative…nak nak bab amal ibadat ni…pasai…kita tak tau pun amal ibadat kita Tu diterima ka dak…ajak la orang buat kebaikkan…bukan mematikan niat orang yang nak mendekati Sang Pencipta,” tulisnya.
Janna pada masa, Janna turut meminta ramai agar menegur sesama insan dengan menggunakan bahasa yang lebih beradab.
Ads
“Ramai yang takut nak p umrah walaupun berkemampuan…pasai apa? Pasai risau mulut orang dok kata Tu kata ni….eh, pi je la…kalau tak banyak, sikit mesti terjentik jugak hati kita yang ketegaq kematu tu.
“Apa yang tersirat Di hati, Apa yang terlintas dalam fikiran, Bukan orang tau pun. Sah la Dia lebih mengetahui. Niat kita yang sebenar ??? Pun DIA yang lebih mengetahui.
“Jadi manusia2 yang tak lari dari buat dosa ni..cukup la sekadar saling mengingati…tak payah dok tunding koyak kain orang. Kadang kadang baca komen…macam depa ni nabi maksum…tapi takpa sekadar menegur tak ada masalah..cuma guna la bahasa yang lebih beradab.
Ads
“Btw, kami dah balik Malaysia & dah start kerja pun dan kami dah sampai kan Salam hampa & doa-doa hampa..insyaAllah. Kalau nak tengok video perjalanan kami & keluarga pi sana…comment “ NAK “. Kalau rajin kami edit ler…,” tulis Janna panjang lebar.
Pelakon Yatt Hamzah menasihati golongan wanita agar berpada-pada dalam mencantikkan diri.
Jelasnya semakin ramai yang mengikut trend menyambung bulu mata palsu namun tidak tahu hukum disebaliknya.
Pada masa sama Yatt turut menjelaskan, hukum memasang bulu mata palsu adalah haram andai menggunakan bahan bernajis selepas bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat.
Ulasnya lebih selamat sekiranya menggunakan maskara untuk melebatkan bulu mata.
“Makin ramai yg buat. Yg tak pernah2 pakai pun tiba2 pakai masa hari perkahwinan atau majlis makan malam Syarikat.
Mungkin masih ada yg x tahu so marilah share ilmu ni dg mrk yg x tahu. Kpd yg dah tahu, TOLONGLAH JGN BUAT2 TAK TAHU. Kita ni pahala x banyak, so janganlah tambah dosa pula.
“Umpama kita x bersyukur dg kejadian Allah kpd kita. Boleh je nak cantik, Allah x larang cuma jgnlah sampai memudaratkan ibadat dan kesihatan.
“Pakai gam bulu mata dan extention tu memudaratkan. Pakai mascara yg bersifat sementara dan lbh selamat adalah penyelesaian kalau nak bulu mata cantik lebat.
“Macam mana rezeki nak berkat bila buat apa yg Allah haramkan.. NAUDZUBILLAH..
“Hukum menyambung bulu mata palsu yang kini turut menjadi trend d kalangan wanita ;
“Dalam isu pemakaian bulu mata palsu ini juga, perlulah dilihat daripada beberapa sudut:
“Kesucian
Memasang bulu mata palsu adalah haram jika menggunakan bahan bernajis seperti bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat dan jika di luar, haram kerana sengaja menajis badan tanpa ada keperluan (al-tadammukh bi al-najasah). Jika menggunakan bulu mata palsu separa kekal dengan menggunakan gam yang akan menghalang air daripada sampai ke kulit dan setiap bulu mata, mata hukumnya juga adalah haram kerana menghalang sahnya wudhu’ dan mandi wajib.
“Qias dengan larangan menyambung rambut
“Ini kerana rambut dan bulu mata adalah bulu-bulu yang tumbuh pada badan manusia yang menjadi perhiasan tubuh badan dan tidak disunatkan untuk mencabutnya.
“Justeru, haram hukum menyambung bulu mata sama seperti haram menyambung rambut yang dilaknat dan tindakan mengubah ciptaan Allah SWT,” kongsinya.
Malah, proses kecantikan tersebut juga seolah-olah mengubah ciptaan Allah.
“Kesihatan
“Haram memakai bulu mata palsu yang menggunakan bahan-bahan yang memudaratkan nyawa dan tubuh badan manusia sedangkan tujuan Syarak adalah hifz al-nafs (menjaga nyawa manusia). Ini berdasarkan firman Allah Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)
“Kecantikan
“Haram hukumnya memasang bulu mata palsu sementara dan separa kekal bagi tujuan kecantikan dengan menggunakan bulu atau rambut manusia, haiwan, bulu sintetik, tanpa keizinan suami. Ini kerana terdapat unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah SWT.
“Namun dibolehkan memakai bulu mata palsu yang menggunakan selain rambut manusia atau bulu najis, dengan keizinan suami, dan tidak menggunakan bulu mata palsu separa kekal yang menghalang air untuk bersuci. Ini kerana bercantik dan berhias untuk suami itu digalakkan dalam Syarak. Rujuk al-Majmu’ (3/141).
“Begitu juga sekiranya terdapat keperluan mendesak seperti seseorang yang ditimpa penyakit, ditimpa kemalangan, terbakar atau yang seumpamanya daripada perkara-perkara kecacatan lalu menyebabkan bulu matanya rosak atau cacat, maka pemakaiannya adalah dibolehkan pada ketika itu, tanpa menggunakan bulu manusia, bahan bernajis dan tidak menghalang air untuk bersuci. Daripada Sayyidina Ali RA, katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan pangkal rambut daripada terkena air ketika mandi janabah walaupun sehelai, Allah akan melakukan begini-begini dengan api neraka.” Ali berkata: Sejak itu aku tidak menyukai rambutku.
Riwayat Abu Daud (249).
Tegas Yatt lagi, bulu mata yang ditanam ke dalam kulit akan menyebabkan wuduk terhalang dan menyebabkan solat tidak sah.
“Adapun bulu mata yang ditanam ke dalam kulit, maka ia tidak menghalang sahnya wuduk.
“Berdasarkan kesimpulan di atas, kami menyeru agar mereka yang memakai bulu mata palsu yang diharamkan Hukum Syarak meninggalkan perbuatan berkenaan dan bertaubat kepada Allah SWT dan melakukan perkara-perkara berikut:
“Hendaklah bulu mata palsu itu dicabut dan gamnya dilunturkan untuk membenarkan air sampai ke bulu dan kulit semasa bersuci.
“Jika bulu mata palsu itu tidak boleh dicabut, melainkan akan menyebabkan kecacatan kepada bulu mata dan mata, maka dibenarkan mengekalkannya sehingga dia gugur sendiri setelah tamat tempohnya. Dalam tempoh tersebut, wajiblah pemakainya berwudhu’ dan mandi wajib seperti biasa dan solat hormat waktu.
“Namun setelah tamat tempoh bulu mata tersebut, maka wajib dia mengulangi kembali mandi wajib dan semua solat-solatnya yang dilakukan dalam tempoh memakai bulu mata palsu tersebut kerana mengambil hukum faqid al-tohurain (orang yang tidak boleh bersuci dengan air atau tanah).
“Ini juga sebagai taghlizan (pengajaran yang berat) agar tidak cuai lagi dalam isu-isu kebersihan dalam Islam. Ini adalah pendapat yang lebih berhati-hati.
“Namun, jika seseorang itu lemah imannya dan ditakuti akan terjerumus ke lembah kekufuran kerana tidak mampu mengqadha’ semua solat yang ditinggalkan dalam tempoh pemakaian bulu mata palsu tersebut, maka dalam keadaan darurat seperti ini diharuskan untuk bertaqlid dengan pendapat Imam al-Nawawi bahawa apabila solat itu sudah dilaksanakan pada waktunya maka tidak perlu mengulangi semula.
“Rujuk Tuhfatul Muhtaj (1/379) oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami. Ini juga merupakan pendapat yang sahih dalam mazhab Hanbali. Rujuk al-Mughni (1/184) oleh Imam Ibn Qudamah. Begitu juga dalam soal mandi wajib, terdapat pendapat lemah ulama Syafieyyah yang menganggap kotoran di bawah kuku dan ruang bahagian dalam simpulan rambut, yang menghalang air, adalah dimaafkan kerana terlalu sedikit. Rujuk Kifayah al-Akhyar (hlm. 43); Hasyiah al-Syirwani (1/187).
“Semoga jawapan ini memberi kefahaman yang jelas kepada kita semua yang bahawa isu halal dan haram dirujuk kepada nas dan para ulama’ agar segala tindakan kita berbetulan dengan neraca Syarak.
“Kami nasihatkan kepada semua pihak khususnya para wanita agar berhias dan mencantikkan diri dengan kadar yang sederhana, tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak mengubah ciptaan Allah seperti mana yang dilakukan oleh kaum Jahiliyyah.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Farah Lee menerusi ruang komen turut mengulas isu ini dan menyatakan seseorang yang membuat penyambungan bulu mata sewaktu sedang melakukan umrah, tawafnya tidak sah.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat kita semua.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Eyka Farhana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini. Perkata itu dikongsikan bintang Juvana 3: Perhitungan Terakhir ini menerusi Instagram.
Mengenakan persalinan gaun potongan bahu rona biru, Eyka atau nama sebenarnya, Atiqa farhana Sarmizi ada memuat naik foto bersama jambangan bunga selain gambar yang dirakam berdua.
Dipercayai, foto yang diambil dari arah belakang itu dirakam bersama bintang bola sepak, Akhyar Rashid.
Meski tidak memberi sebarang penjelasan mengenai hubungan di antara keduanya secara terbuka, namun foto sama yang dikongsi Eyka turut dimuat naik di IG Stories pemain bola sepak pasukan JDT itu.
Malah, panorama serupa yang melatari majlis hari jadi Eyka turut sama dimuat naik atlet berkenaan.
Sebagai seorang sahabat baik, pelakon dan pelawak Achey meluahkan rasa berbaur apabila pelbagai isu timbul membabitkan keluarga arwah Abam Bocey selepas pemergiannya.
Katanya lagi, dia agak terkilan atas apa yang berlaku.
“Saya agak terkilan tu sebab cerita kebaikan dia ditutup kerana perkara yang boleh diselesaikan secara damai.
“Sebab apa saya rasa terkilan dengan pihak terlibat kerana tidak menyelesaikan secara damai dan bagi saya ia mudah untuk diselesaikan,” jelasnya kepada MH.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata isu permasalahan atau konflik kekeluargaan sepatutnya diselesaikan secara baik bersama ahli keluarga lainnya.
“Saya ralat sikit sebab tengah kemuncak kebaikannya diceritakan orang ramai, bagaimanapun ia terjadi hal sedemikian pula.
“Jadi kalau tengok apa yang saya dan Fad lakukan, kami tak ambil tindakan apa-apa pun. Saya hanya teruskan menceritakan tentang kebaikan arwah supaya orang terus mendoakan arwah.
“Sebab pada saya bila satu individu bermasalah dengan satu individu lain, selesaikan dengan individu itu secara baik.
“Keluarga dengan keluarga selesaikan sebab itu adalah cerita dalam selimut.
“Saya sendiri pun sebagai kawan baik tak boleh nak campur cerita dalam selimut apatah lagi orang luar,” tulisnya.
Terdahulu, Achey ditemui pada Majlis Tahlil anjuran Astro Warna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.
Jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
#MHLive Allahuakbar, ini sekitar majlis Bacaan Yaaasin & Tahlil Allahyarham Abam Bocey. Alhamdulillah
Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 27 February 2020
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.