Pelakon, Hanis Zalikha ada berkongsi beberapa keping foto dirinya ketika masih kecil menerusi akaun Instagram miliknya.
Menghiburkan, apabila Hanis telah membandingkan wajahnya ketika masih kecil dengan wajah anak keduanya, Alisa Aisyah.
“Hahahahaha orang selalu letak gambar baby dengan gambar mak masa baby sebelah-sebelah sebab sama.
“Tapi ni tak sama langsung sampai suami pun tergelak time tunjuk collage ni hahahahahahaha.,
Ads
“Mama pun cakap tak sama Alisa masa baby lagi cantik dari Hanis masa baby hahahaha kita perati je tau diorang ni. I love you so much @thealisaaisyah eee muah muah,” tulisnya.
Di samping itu, rata-rata peminat memuji kecomelan wajah dua beranak ini di ruangan komen entri tersebut.
Ads
Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 5 bulan.
Foto: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Fiza Halim ada menitipkan kata-kata ucapan manis buat Azza yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 tahun.
Titipan kata dari Fiza itu disampaikan menerusi Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fiza mendoakan agar Azza diberikan kesejahteraan yang baik.
“Happy birthday to my lovely sister kak @azzaelite moga allah sentiasa berikan rezeki yg melimpah ruah buat akk sekeluarga, kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat.
“Doaku selalu utkmu walapun kita jarang berjumpa. Fiza kenang budi dan jasa kak azza dr fiza mula dlm industri ni sampailah skrg.
“Jaga diri baik2 tau… jaga kesihatan sama… Love u forever… Allah always with u… Hug,love & kisses … from adikmu,Fiza Halim @azzaelite #happybirthday #november,” tulisnya.
A post shared by 🅵🅸🆉🅰 🅷🅰🅻🅸🅼 (@fizahalimofficial) on
Dalam pada itu, Azza juga dilihat turut memberi reaksi posting tersebut di akaun Instagram miliknya.
“masyaAllah tabarakallah tq adik syg .. bnyk kenangan manis kita bersama .. dari siap kan fiza nk pg show kak za make up kan..
“Dari paksa fiza tidoq umh kak za hari hari sb kak za boring kt umh.. pi mkn spek pulek jatuh dlm makanan .. pastu fiza siap kan kak za kak za siap kan fiza tukaq tukaq baju la skirt la.
“masak sardin pi bangsar makan pizza .. kita mcm Ratu ratu masa ni eh mcm lagu abg awie pulok ratu ku tq sb syg kak azza .. sedikit pun kak za x kan lupakan segala kebaikan fiza .. kenangan kita sama sama.
“semoga kita dapat bjln bersama sama masuk ke syurga Allah . maafkan kak azza kdg kdg kak za bz manjah manjah maklum lah demi mencari sesuap nasik gitu kak za dah sampai kl maka minggu ni kita cari time together tq sb wish kak za,” respon Azza pula.
Selain yang memuji, ada yang seolah-olah pesimis apabila memberi reaksi pelbagai berhubung ‘gaya kasar’ saat mengemudi Gegar Vaganza (GV), meski ia tidaklah keterlaluan.
Malah, timbul juga isu yang mempersoal kredibiliti pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad sewaktu berinteraksi dengan juri tetapnya, Datuk Ramli MS.
Lawak kasar yang sering menyentuh isu peribadi kerap diketengahkan setiap minggu, tanpa membuatkan pengarah muzik yang juga suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu terasa hati.
Lalu, ada yang memuji sifat spontan lelaki ini dan tertanya-tanya apakah ‘ilmu’ yang digunakan sehingga mampu membuatkan juri yang terkenal dengan sifat serius dan tegas itu bersikap lebih ‘mesra’.
“Kita semua kenal Datuk Ramli MS seorang yang berbeza di rancangan lain bukannya di Gegar Vaganza. Setiap orang punya gaya tersendiri menerusi setiap rancangan berbeza.
“Misalnya baru-baru ini saya menjadi hos program Maharaja Lawak Mega Hot Seat, saya tidak cuna untuk tidak buay lawak atau membahan lawak peserta yang tidak berapa menjadi kerana ia seolah-olah saya tidak menghormati idea yang di ketengahkan mereka,” jelasnya kepada MH.
Lalu, bintang ini turut mengakui cara pengacarannya berbeza saat mengendali GV.
“Manakala di GV, saya cuba menjadikannya rancangan hiburan yang santai dan menghiburkan. Berbalik ke Tok Ram, inilah perbezaannya.
“Jika di Akademi Fantasia, orang mengenalinya sebagai seorang yang serius namun di GV, dia cuba tonjolkan karakter kelakar. Inilah TV Show, kita harus versatil, barulah dapat bertahan.
“Dan untuk ‘menjinakkannya, saya gunakan dedak (ketawa). Tidak ramai yang boleh tackle Tok Ram, namun syukur saya dan Jihan dapat ruang tersebut.
“Lagipun kami sudah punya latihan, mana yang dia kata okay, kami akan teruskan. Kami hanya mahukan GV menjadi rancangan keluarga,” katanya.
Nabil ditemui pada majlis Pelancaran Astro Ultra Box di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Astro Ultra Box merupakan pengalaman ultra merangkumi ciri-ciri seperti 4K UHD, rakaman awan, paparan pengguna baharu yang lancar, dan keupayaan merakam pelbagai program serentak.
Foto : Instagram Nabil, Ramli MS & Astro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.