Personaliti media sosial, Ryan Bakery yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung pada tanggal 30 Disember lalu enggan terlalu memikirkan tanggapan segelintir pihak tentang pembikin konten yang dikatakan tidak menjaga privasi keluarga.
Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, konten-konten mengenai ragam keluarga dan masyarakat sememangnya sudah sinonim buat dirinya lantas, dia tidak melihat hal tersebut sebagai satu kesalahan.
“Saya memang ada dengar bila orang bangkitkan isu mengenai pempengaruh yang dikatakan menjual keluarga. Namun, saya tidak memandang ke arah itu.
“Saya bukan mempergunakan mereka tapi saya memang suka membuat konten berkaitan keluarga dan ragam masyarakat.
“Bila saya buat konten sebegitu, apa salahnya kalau saya bawa keluarga saya sekali.
“Ada juga yang melabelkan hal ini sebagai memperdagangkan keluarga tapi saya bukan sebegitu,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, Ryan yang kini memiliki jumlah pengikut seramai 4.1 juta di aplikasi Tik Tok mendedahkan dirinya juga sudah mempunyai perancangan untuk mencipta akaun media sosial buat anaknya itu.
“Saya tengok ramai yang buat sebegitu. Mungkin saya akan buat juga. Seronok bila tengok telatah-telatah anak orang lain di media sosial. Ada juga yang petah bercakap
“Perkara-perkara ini yang membuatkan saya dan isteri bertambah teruja untuk menimang cahaya mata. Seronok bila ada anak yang boleh jadi ‘geng’. Bila buat konten sekali mesti best.
Ads
“Jika anak saya nanti diberikan kelebihan petah bercakap, apa salahnya kita buat konten sekali. Mungkin konten-konten saya selepas ini berbeza contohnya berkisarkan tentang keluarga,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ryan akui bersyukur kerana di kelilingi orang-orang baik yang banyak berkongsi tips dan pengalaman bergelar bapa.
“Saya tak merujuk kepada sesiapa lagi tapi sudah ramai yang berkongsi. Itu yang seronok. Malah, penonton-penonton video saya pun ada berkongsi tips di media sosial atau bila jumpa bersemuka.
Ads
“Daripada keluarga sendiri pun ada juga terutamanya bapa dan abang saudara. Sedikit sebanyak bertambah juga ilmu saya.
“Ayah pun selalu nasihatkan saya untuk sentiasa kuat semangat dan kekal tenang bila sudah bergelar bapa,” akhirinya.
Terdahulu, isteri kepada Ryan, Elyia Ibrahim telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam Selangor dan telah diberi nama Ryan Ezra.
Sekadar informasi, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fathia Latiff terus mencuri perhatian apabila dia memuat naik dua hantaran berkaitan aktor, Aiman Hakim Ridza di Instagram miliiknya.
Menerusi foto pertama ialah dipercayai gambar lama yang dirakam berdua bersama Aiman dengan kapsyen;
“I know you still love me.”
Manakala hantaran kedua pula ialah, keratan akhbar luahan hati Aiman selepas putus cinta dengannya sebelun ini.
“Maaf ya bik!,” tertera kapsyen yang ditulis.
Bagaimanapun, kedua-dua hantaran berkenaan ditutup ruangan komen daripada interaksi dengan para pengikutnya.
Terdahulu, Fathia hangat diperkatakan netizen selepas didakwa mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.
Fathia juga menegaskan dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada tahun 2016.
Selepas Zahirah, Fathia berbalas respon berbaur sinis bersama bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira di Instagram, pertengahan Disember lalu.
Aiman dan Fathia sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sweet Qismina menyatakan rasa syukur kerana berjaya memiliki sebuah rumah dua tingkat di sebuah kawasan perumahan selepas bertahun mencari kediaman sesuai.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada aktor Adam Lee ini menerusi hantaran terbaharu di Instgaram.
“Bismillahirrahmanirrahim. Macam mana eh nak start? Rasa bersyukur tak terhingga sangat ni. Bertahun-tahun cari rumah. Bertahun juga lah tunggu nama lepas dekat bank.
“Kenangan yang paling tak boleh Sweet lupa rasanya satu tahun tu memang ke hulu ke hilir dengan mama pergi tengok show house. Thank you Mama for everything,” tulisnya menerusi kapsyen.
Malah menurutnya lagi, banyak rumah yang ditinjau, termasuk rumah lama dan baharu sepanjang tempoh pencarian.
“Baik rumah baharu atau rumah lama semua pergi tengok. Sampai rasanya banyak dah deposit kita keluarkan for booking. Tapi tu lah, Allah kata bukan rezeki kan. Kita reda.
“Rumah ni pun, patutnya last year dapat kunci tapi Alhamdulillah, Allah dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat.
“Yang penting, Allah bagi rezeki untuk kami berdua betul-betul waktu dah nak tunang. Rasanya niat tu penting kan?
“Still ingat bila we had a talk and I said: ‘Sayang, sebelum kahwin jom kita make sure masing-masing dapat beli aset dulu. Untuk keluarga. Let’s make this work together.’
“And see, we did it sayang. And we did it too mama. Terima kasih ya Allah atas pinjaman dunia ini,” kongsinya lagi.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 60,000 tanda suka sambil disusuli dengan ucapan tahniah rakan selebriti dan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Dr. Diddy Hirdy bukanlah asing dalam dunia seni tempatan. Bekas peserta Akademi Fantasia 4 ini mencipta namanya yang tersendiri apabila menjadi salah seorang selebriti tempatan yang memiliki gelaran Doktor Falsafah (Phd).
Kini berkhidmat di Universiti Utara Malaysia (UUM), pemilik nama penuh Syamsul Hirdi bin Muhid ini baru sahaja diangkat sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) bermula 1 Januari yang lalu.
Ketika ditemui di SCIMPA, terlihat ruang pejabatnya yang masih lagi kosong dan belum dihias kerana masih baru diduduki.
“Ini satu transisi yang sangat mengejutkan bagi saya sebagai ahli akademik yang masih baharu. Saya bergelar pensyarah kanan pada 2021 dan saya anggap pelantikan ini satu lonjakan yang sangat drastik dalam karier saya selain satu pencapaian yang sangat besar,” kongsinya kepada MH.
Diberi kepercayaan sebagai barisan pengurusan, Diddy menganggap bahawa lantikan tersebut sebagai satu tanggungjawab besar selain pencapaian bagi dirinya.
“Pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar. Saya perlu berurusan mengenai hal ehwal pelajar termasuklah berkaitan kebajikan dan akademik mereka.
“Saya jenis yang buat kerja dan biar hasil yang bercakap untuk kita dan orang akan melihat hasil kerja kita. Tak pernah dalam doa dan cita-cita saya untuk memegang jawatan tertinggi di pusat pengajian ini,” ujarnya apabila ditanya soal tanggungjawab yang digalas.
Walaupun sibuk dengan kerjaya dalam dunia akademik, dunia nyanyian tidak pernah dilupakan. Diddy masih lagi aktif menyanyi dan memenuhi undangan persembahan untuk majlis-majlis yang diadakan di sekitar negeri-negeri utara tanah air.
Apabila ditanya adakah akan ada buah tangan terbaharu darinya, pelantun lagu Hilang ini berkongsi yang dia masih dalam perancangan untuk menghasilkan lagu baharu.
“Saya masih lagi mencari formula atau strategi bersesuaian. Saya dah berbincang dengan rakan-rakan. Dr Azmeer pun ada beri satu lagu dan Dr Fitri Haris pun mahu hasilkan lagu untuk saya.
“Saya mungkin akan menampilkan lagu balada tetapi untuk comeback kalau ada peluang pengisiannya mungkin berbeza. Bukan sekadar tentang cinta tetapi perkara yang lebih holistik dan menyeluruh serta memberi impak yang positif kepada manusia,” jawabnya ringkas.
Imbas kembali, ahli akademik dan anak seni yang kini berusia 39 tahun ini memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Muzik pada 2022 dari University of Liverpool. Di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, dia merupakan lulusan UUM dalam jurusan Komunikasi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...