Lantas, Nelissa ada memuat naik status di Instagramnya.
“Inilah sebabnya mengapa saya tidak akan kembali bersamanya.
“Dia tidak menghormati saya dan anak saya. Dia curang dengan saya.
“Saya ditinggalkan untuk bercuti semasa saya dimasukkan ke hospital. Tertangkap mesej dengan perempuan lain semasa ‘baby shower’.
Ads
“Kembali dan berfikir dia boleh kembali kepada saya? Saya tidak fikir begitu.
“Awak muat naik gambar bersama tidak akan membuatkan saya kembali kepada awak. Sekarang awak berbuat demikian (muat naik gambar) untuk mendapatkan saya untuk berjumpa dengannya.
“Saya tidak akan tunduk pada kebohongan dan permainan anda. Jangan ganggu saya lagi,” tulisnya.
Ads
Menerusi Instagram Stories lainnya pula, wanita ini menjelaskan bahawa foto tersebut diambil hanya sekadar untuk tujuan kenangan anak.
“Foto itu diambil beberapa minggu yang lalu sebelum dia pergi bercuti untuk tujuan kenangan dengan anak.
“Ia juga sebelum dia ditangkap mesej dengan gadis-gadis lain sekali lagi.
Ads
“Semua gambar dan video saya yang dia muat naik adalah tanpa persetujuan saya untuk membuat ia kelihatan seperti kami kembali bersama. Kami tidak dan tidak akan sesekali bersama.
“Kekurangan rasa hormat itu terlalu jelas. Dia tidak boleh biarkan saya hidup dalam keadaan tertekan sebelum saya melahirkan anak,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Bagaimanapun, berlaku keretakan rumah tangga apabila Ammar didakwa berlaku curang dan ketika itu Nelissa sedang hamil enam bulan.
Foto : Instagram Nelissa, Ammar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha mengakui dia lebih rela menjadi ‘sombong’ demi keselamatan dalam menjaga anak-anak, terutamanya apabila berada di tempat awam.
Katanya kepada MH, dia tidak mahu berpura-pura di hadapan peminat dan layanan mesra terhadap mereka juga bukanlah di semua situasi, khasnya apabila bersama anak-anak.
“Saya tak suka berpura-pura atau nak tunjuk diri baik sangat, dengan peminat kena jadi diri sendiri. Mereka suka kalau kita melayan, tetapi bukan dalam semua situasi.
“Waktu saya dengan keluarga terutama anak-anak, saya akan secara automatik sedikit ‘sombong’.
“Bukan apa, sebab saya lebih pentingkan keselamatan anak-anak apabila berada di lokasi awam, bimbang andai ada apa-apa jadi berlaku jadi saya memang akan dahulu dan jaga mereka,” katanya jujur.
Pada masa sama, dia juga tidak kisah andai digelar sedemikian kerana dia sedia tahu peminat akan faham apabila dijelaskan sebabnya.
“Biar saya dikata sombong kerana anak-anak lebih penting dari segala-galanya. Bukan populariti semata-mata.
“Apabila dengan anak-anak keutamaan lebih pada mereka dahulu. Anak-anak penting dalam hidup saya.
“Tetapi saya akan cakap baik-baik dengan peminat, bukan buat muka sombong begitu sahaja. Alhamdulillah, mereka faham dengan situasi tersebut,”kongsi bintang Patah Sayang Bertongkat Paruh ini lagi.
Pada masa sama, Fasha buat masa sekarang cuba untuk mengisi masa lebih bersama keluarga dan terpaksa menolak beberapa tawaran cara baik.
“Saya buat yang terbaik bukan kerana soal bayaran, sebaliknya kerana minat. Tetapi tak semua yang saya terima tawaran yang datang kerana keadaan komitmen yang tidak mengizinkan. Demikian juga bab anak-anak.
“Kalau ada peluang akan masak untuk suami dan anak-anak. Sebab tu kalau tawaran yang siri terlalu panjang dan memerlukan komitmen tinggi jadi saya tolak dengan baik kerana takut tak boleh bagi masa untuk keluarga,” akhirinya.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata ini ditemui pada majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Kuala Lumpur, hari ini. Fasha merupakan duta kepada produk berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam pastinya menjadi malam paling bermakna buat penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah serta para peminat atas sambutan ulang tahun ke-20 penglibatan penyanyi asal Sarawak itu dalam dunia seni tempatan.
Nyatanya sepanjang kerjaya jatuh bangun penyanyi ini dalam industri hingga berada dalam liganya sendiri kini, Dayang kekal menjadi antara penyanyi senior yang kekal relevan dan menjadi inspirasi kebanyakan pendatang baru.
Lalu, Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya menjadi saksi penghibur itu kekal punya aura dan personanya yang tersendiri.
Apa pun, jom ikuti beberapa trivia menarik sepanjang perjalanan konsert tersebut yang tiketnya sudah pun ‘sold out’ selang beberapa jam selepas ia dipromosi.
Sebagai intro Dayang memulakan persembahan menerusi lagu Tak Pernah Menyerah sebelum ia disusuli dengan lagu Seandainya masih ada cinta. Terdahulu, Dayang turut bertima kasih buat komposer lagu tersebut, Ajai atas kepercayaan hingga membuatkan dirinya mulai dikenali secara meluas sejurus lagu tersebut dilancarkan.
Apabila ditanya peminat mengapa sudah lama tidak lakukan gerakan yang sinonim dipanggil sebagai ‘tarik gear’ pada awal kemunculannya dulu, Dayang sejujurnya memberitahu dia terpaksa berlatih lama bagi mengelakkan dari terus melakukan tabit tersebut kerana ada yang tak suka. Jadi apabila ia sudah boleh dikikis dalam diri, Dayang meminta peminat supaya jangan tanya lagi, terus move on.
Menjadikan ‘Jampi’ sebagai lagu penanda aras yang menjadikan muziknya lebih segar dan berbeza daripada sebelumnnya, kemunculan rakan duet Hael Husaini nyata membuatkan audiens teruja.
Sepanjang konsert, Dayang tampil dengan empat persalinan dan tentunya semua dari Datuk Rizalman!
Selain peminat, konsert Dayang Dua Dekad turut dihadiri rakan artis yang turut sama tidak mahu lepas peluang untuk memberikan sokongan. Antaranya Misha Omar, Ziana Zain, Fauziah Latiff dan Neelofa.
Pada sidang media, Dayang turut berterima kasih atas semua yang hadir dan turut mengakui dia kian selesa berinteraksi dengan penonton kerana semuanya wajah yang pernah dilihat selain mahu ia dilakukan secara bersahaja.
Apabila berkongsi mengenai kisah selebri yang kekal hidup harmoni dalam berpoligami, bahtera perkahwinan pelakon, Ashraf Muslim bersama dua isteri sering menjadi contoh terdekat.
Dua isterinya yang hidup bermadu, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi tetap hidup bahagia bersama suami tercinta di samping pertama hati yang kini meningkat dewasa.
Perkongsian mengenai perkahwinan itu dikongsikan tuan punya badan bersama Majalah Nona.
“Dayana dan Sakinah adalah amanah Allah SWT buat saya agar dapat mendidik mereka sebaik mungkin untuk menjadi isteri yang solehah. Sebagai hamba-Nya yang terpilih saya perlu memikul amanah ini sebaik mungkin hingga dipandang tinggi oleh Allah.
“Salah satu detik paling bermakna buat saya ialah dapat membawa Dayana, Sakinah serta anak-anak yang masih kecil ketika itu menunaikan umrah bersama di tanah suci Mekah.
“Selain itu, dapat pergi bercuti satu keluarga antaranya ke Korea. Saya percaya Allah SWT masih sayangkan keluarga saya, ini adalah ukhwah terhebat dalam hidup saya,” kata Ashraf seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Ashrafs Legacy yang diusahakan menjadi salah satu cara Allah SWT menyatukan dua isteri tersayang. Mereka kini bekerjasama menguruskan perniagaan homemade lasagna yang dilakukan secara atas talian.
“Idea tersebut datangnya daripada mereka berdua dan sebagai suami saya memberikan sokongan sepenuhnya terhadap apa yang mereka suka buat. Alhamdulillah bisnes ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Paling saya rasa syukur ialah Dayana dan Sakinah terus akrab hari demi hari,” kongsi Ashraf lagi.
Sementara itu, Sakinah juga turut memberitahu bahawa bisnes yang diusahakan adalah secara spontan dan mereka fokus pada perniagaan pada hari minggu.
“Buat online business ni memang banyak cabarannya seperti masa. Kami hanya fokuskan bisnes ini pada hujung minggu sahaja memandangkan Dayana bertugas di Klinik Kesihatan pada hari biasa.
“Setelah mengambil pesanan, kami sendiri yang akan melakukan cash on delivery (COD) kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Banting.
Kami turut dibantu adik kepada suami yang baru sahaja tamat pengajiannya dalam bidang kulinari. Maka kami serahkan kepadanya untuk ubah suai mana yang perlu mengikut kepakarannya” ujar Sakinah.
Berkongsi mengenai peranannya sebagai isteri pertama pula, Dayana seperti yang dipetik menjelaskan dia perlu menjadi individu yang perlu belajar untuk memberi dan menerima.
Malah, dia juga cuba menjadi isteri yang terbaik, sebagai isteri solehah.
“Bergelar isteri pertama saya harus belajar untuk memberi dan menerima. Kebahagiaan suami adalah kebahagiaan kami juga sebagai isteri. Berpaksikan kepada matlamat untuk menjadi isteri yang solehah saya cuba lakukan yang terbaik buat suami.
“Saya dan Sakinah mengambil masa lebih kurang setahun untuk rapat seperti hari ini. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya. Kami tidak boleh mementingkan diri apatah lagi terlalu mengikut emosi.
“Sabar itu paling penting yang seringkali suami ingatkan kepada kami berdua,” akui Dayana
Terdahulu, Ashraf dan Daya diijabkabulkan pada pada Ogos 2011 lalu. Sementara pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya pada Julai 2013.
Dalam pada itu, Sakinah pula mendedahkan, menggalas status isteri kedua bukan mudah kerana untuk digalas sementelah ia sering dipandang serong segelintir masyarakat.
Bagi wanita ini, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.
“Saya lebih fokus terhadap kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Alhamdulillah perjalanan hidup bermadu semakin membahagiakan kami. Biarpun usia saya lebih tua daripada Dayana namun saya menghormatinya sebagai isteri pertama.
“Saya kagum dengan sikap Dayana yang tenang serta tidak mudah melatah. Apabila bermadu masing-masing perlu faham peranan termasuklah berkaitan dengan giliran.
“Saya dan Dayana tidak akan mengganggu privasi masing-masing terutama ketika giliran,” kongsi Sakinah.
Sumber/Foto: Majalah Nona/Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.