Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman ‘menjemput’ para usahawan malah netizen di luar sana berjumpa dan bercakap depan-depan tentang bagaimana menyediakan bisnes untuk bertahan sepanjang fasa mencabar ini.
Menurutnya, pasukan RichWorks bakal menganjurkan program 10x Bina Bisnes Berjaya 2022 – Bangkit Bisnes Dari Krisis supaya dapat menyokong bangsa usahawan ketika ini.
“Program ini tiada online langsung, 100 peratus diadakan secara fizikal di mana anda perlu hadir ke dewan.
“Tak ada lari-lari, sembunyi dalam kereta atau gua. Tak puas hati datang cakap berdepan, jangan pakai akaun palsu, nama entah apa-apa komen, ini semua loser,” jelasnya langsung dari Amerika Syarikat baru-baru ini.
Terdahulu, tular bila seorang YouTuber, Jebat Derhaka mempersoalkan RichWorks sebagai tempat melahirkan usahawan jutawan malah skim cepat kaya hingga menimbulkan pelbagai komen netizen termasuk artis rap terkenal, Caprice.
Komen-komen diterima hingga mempersoalkan keberkesanan bimbingan dan latihan diberikan RichWorks malah dikatakan mahal, soal kekayaan, berniaga air liur malah membangkitkan mengenai produk Jajan Jijan.
Tambah Azizan, program itu ditaja sepenuhnya sempena ulang tahun ke-14 RichWorks bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC).
Ads
“Bangsa usahawan bakal dipersiapkan dengan strategi dan panduan secara langsung bagi menyediakan mereka menguruskan bisnes semasa tempoh mencabar ini.
“Ini bukan kelas motivasi, ini kelas strategi yang mana mereka akan belajar tentang apa saya lalui di sini (Columbia Business School) agar mampu urus keadaan krisis ekonomi dalaman malah luaran,” tegasnya.
Sehubungan itu, Azizan nak bercakap dengan usahawan, pengasas perniagaan, pengilang, pengeluar tidak kira peniaga mikro, kecil dan sederhana, selagi melakukan bisnes dalam pelbagai industri.
“Mereka akan lebih jelas, nampak dan tahu apa pelan segera yang perlu dibuat sekurang-kurang dapat survive dalam tempoh mencabar ini.
“Bagi bangsa usahawan yang tak boleh tidur malam disebabkan bisnes bila memikirkan soal jualan, pelanggan, kos barangan dan tak tahu macam mana nak urus situasi ketika ini, anda dijemput pohon untuk sertai,” jelasnya.
Ads
Jelas Azizan lagi, bukan mengenai betapa ramai orang yang sertai program itu nanti, tapi betapa ramai orang betul-betul berniaga yang kami boleh sokong dan hasilkan pencapaian mereka.
“Akhirnya, benda kita pentingkan adalah result matters. Kita sembang results boleh, kita tak sembang kari,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai produk Jajan Jijan, Azizan memberitahu, ia dikeluarkan sebagai kajian kes bagaimana nak mengeluarkan produk dalam program dijalankan sebelum ini.
“Haters suka nak spin, masa itu saya keluarkan produk keropok pedas untuk buat demonstrasi dalam kelas Marketing Power.
Ads
“Kami tempah 3,000 keropok dibawa dalam dewan dan tak sampai 5 minit sudah habis. Kami minta tambah lagi, namun pembekal tak mampu nak hantar disebabkan ikan dan pekerja tak cukup yang kemudian dijadikan kajian kes kepada peserta kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, usahawan berminat boleh pohon segera di laman web binabisnesberjaya.com malah RichWork juga akan sediakan sesi bonus secara online nanti.
“Program ini juga bagi usahawan-usahawan yang hadiri program RichWorks secara virtual sejak pandemik 2 tahun lalu,” ujarnya lagi.
Usahawan dan jurusolek popular, MUA Bellaz, menzahirkan rasa syukur selepas sekali lagi diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah.
Menurut Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini, selain suami dan anak-anak, ibadah umrahnya pada kali ini turut disertai oleh kesemua staff syarikatnya.
Katanya lagi, kejutan tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan buat staffnya yang telah berkerja keras selama ini.
“Salam selamat pagi semua, Alhamdulilahh Alhamdulilahh syukur kepada Allah S.W.T. Tahun ni berpeluang lagi jejak ke tanah suci.
“Benda ni tak plan pun. Secara tiba-tiba, lima hari sebelum berangkat dapat berita ke sini lagi syukur Alhamdulilahh Bellaz datang bersama suami dan anak-anak.
“Lepas tu memandangkan datang sini saya dan suami memang niat dalam hati nak bawak ke semua team-team @bellazbeautyhq ke sini.
“Impian saya dan suami nak bwak depa Alhamdulilahh tercapai. Semua pakat terkejut sebak semua tak percaya depa jejak ke sini,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelasnya lagi, dia juga berasa amat bertuah kerana mempunyai pekerja yang amanah dan tidak berkira sewaktu menjalankan tugas.
“Jasa pergorbanan keringat depa tidak berkira berkerja dengan syarikat Bellaz.
“Buat macam syarikat depa sendiri jaga amanah syukur Alhamdulilahh. Itu adalah satu rezeki orang sekeliling,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Bella memaklumkan dia berhasrat untuk membawa para pengikutnya pula ke Mekkah pada masa akan datang.
“Insyallah ada rezeki Nanti Bellaz nak bawak followers Bellaz lagi. Tahun lepas Bellaz ada menaja bawa dua orang suami isteri ke sini,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Bella dan rombongannya bakal mendapat umrah yang mabrur.
“Allah, semoga bertambah rezeki.
“MasyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan dan mendapat umrah yang maqbullah. Amin.
“Semoga murah rezeki Bellaz sekeluarga.
“Doakan satu hari nanti saya juga dapat ke tanah suci bersama keluarga saya.
“Semoga dapat menjalani ibadah dengan terbaik,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Bellaz dan suaminya, Anuar Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Disember 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mua Bellaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Ain Sufia yang selamat melahirkan anak keduanya pada jam 10.17 malam, 25 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Senawang, Negeri Sembilan berkongsi perkembangan terkini.
Dalam hantaran di Instagram, Ain yang juga anggota kumpulan Awok di Maharaja Lawak Mega itu rindui bayinya selepas dia terlebih dulu dibenarkan pulang.
“Ibu balik dulu petang tadi, adik kene tinggal dulu. Bila Ibu cakap ibu balik dulu, dia terus nangis. Padahal dia tengah tidur.
“Allah.. lagi rasa nak pecah dada ni teringat anak, rindu anak malam-malam ni. Besok (hari ini) harapnya boleh balik. Besok ibu datang ye sayang. Doa anak ibu kuat, sihat @matnor_leeb @indah.nufa,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Tabung Bantuan Yasin Sulaiman yang dilancarkan keluarga penyanyi itu mendapat sambutan baik dan positif daripada orang ramai sejak ia mula dilancarkan pada 27 April lalu.
Menurut abang kepada penyanyi tersebut, Dr Zain Sulaiman, 50, dia masih belum boleh mendedahkan jumlah kutipan sumbangan berikutan ia masih belum dikira dan diaudit setakat ini.
Apa yang saya boleh katakan sekarang adalah sokongan setakat ini sangat positif. Malah apa yang membuat kami sangat terharu adalah ada sampai yang menyumbang RM1 atau RM2. Walaupun hanya seringgit, dua ringgit, nilainya amat besar bagi kami.
“Ia menunjukkan sokongan yang amat berharga bagi kami. Yasin dan keluarga mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyumbang. Semoga Allah memberi berkat dan ganjaran yang berlipat ganda.
“Tabung masa ini masih di peringkat awal dan semakan terhadap jumlah terkumpul akan dibuat tidak lama lagi.
“Apabila semakan dibuat dan satu penyata akaun yang rasmi sudah disediakan kami akan maklumkan. Ini kerana kami perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi setiap sen yang disumbangkan. Oleh itu ia perlu dilaporkan dengan teliti dan tepat,” katanya ketika dihubungi Media Hiburan.
Sementara itu ketika ditanya mengenai sasaran yang ditetapkan pihak keluarga, Zain berkata ia bergantung kepada perkembangan kes adiknya dari masa ke semasa.
“Berkenaan dengan sasaran kutipan, kami masih belum pasti, kerana ia bergantung kepada bagaimana kes ini akan bergerak ke hadapan dan sejauh mana proses perundangan ini akan berlanjutan.
“Mungkin pada sebutan kes pada 18 Mei ini kami akan dapat sedikit gambaran bagaimana kes ini akan proceed. Namun, kami dinasihatkan oleh peguam-peguan Yasin untuk sentiasa bersedia untuk menghadapi satu proses yang mungkin memakan masa yang panjang,” katanya lagi.
Berbicara mengenai perkembangan terkini Yasin, Zain menjelaskan adiknya dalam keadaan baik dan keluarga sentiasa meluangkan masa melawatnya pada setiap minggu di Penjara Sungai Buloh.
“Setakat ini Yasin berada dalam keadaan baik. Dia mengambil ubat-ubatannya secara konsisten. Keluarga melawatnya setiap minggu di Sungai Buloh.
“Semangatnya nampak positif Alhamdulillah. Rabu depan, 18 Mei ini insyaAllah keluarga, teman-teman dan sahabat-sahabat Yasin akan ke mahkamah untuk sebutan kesnya.
“Semoga dipermudahkan Allah perjalanan kes ini dan semoga ada sinar harapan tidak lama lagi,” katanya.
Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa atas pertuduhan mengedar jenis ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.
Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada 24 Mac lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yasin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...