Penyanyi Afieq Shazwan menyatakan rasa syukur apabila berjaya memiliki kereta baru jenis Honda Civic RS, baru-baru ini.
Menerusi Instagram, bintang berusia 24 tahun itu teruja kerana sekurang-kurangnya, kereta yang baru dimilikinya itu buat keselesaan ibu tersayang.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas rezekiMu yang tak terhingga, tak pernah termimpi walaupun tidaklah sehebat mana, tapi cukup memadai untuk Afieq bersama mama.
“Usaha, sabar, dan tawaqqal. Alhamdulillah Allah makbulkan jugak. Walaupun berbagai ujian tempuh sama-sama, akhirnya bahagia pun kecapi bersama,” tulisnya.
Penyanyi lagu Resah Kerinduan ini turut menitipkan dedikasi buat ibunya.
Ads
“Thank you mama, sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang walaupun pernah rasa give up tapi mama lah penaik semangat Afieq.
“InsyaAllah more to come. Thank you semua yang sentiasa mendoakan afieq dengan mama. Semoga mama sentiasa sihat dapat tengok Apit kawin pulak,” tulisnya lagi.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Langkah Hariz Hamdan dalam bidang lakonan semakin menyinar selepas menyertai pertandingan Hero Remaja 2020 apabila wajahnya kini dilihat banyak menghiasi drama tempatan.
Berbekalkan dua tahun pengalaman, Hariz atau nama sebenarnya, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 20, berkata ada pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tempoh tersebut.
Menceritakan pengalaman pahit yang pernah dilaluinya, Hariz mendakwa dia sebelum ini dia pernah dilayan buruk oleh beberapa pelakon senior hanya kerana umurnya yang masih muda.
“Sebelum ini ada segelintir artis yang layan saya buruk kalau saya dedahkan umur.
“Bila saya masuk set pada hari pertama, saya borak macam biasa dengan dia tapi bila start saya beritahu umur saya, mereka macam kurang berinteraksi dengan saya.
“Boleh kata ibaratnya macam saya tak sama level dengan mereka.
“Benda ini beri kesan pada emosi saya sebagai pelakon sebab kita nak sparring dan kita nak jadi selesa dalam set penggambaran.
“Bila mereka buat macam itu ia sedikit sebanyak beri kesan kepada saya.
“Sebab itu sekarang bila setiap kali saya masuk set sahaja, selagi orang (pelakon lain) tak tanya umur, memang saya tidak akan beritahu. Itu tips saya sekarang,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam perkembangan terbaharu, Hariz kini sedang sibuk dengan penggambaran filem seram, Jemputan Ke Neraka arahan Amor Rizan.
Selain Hariz, filem terbitan AN Universal itu turut dibintangi Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Jasper Supayah, Amy Nur Tinie dan Nick Syaf.
Menceritakan pengalamannya, Hariz berkata dia selesa bergandingan dengan nama-nama besar seperti Janna, Sakinah dan Hafreez yang tidak lokek dalam memberikan ilmu lakonan.
“Sebelum ini saya dah banyak kali pegang watak Mr. Charming, takkan asyik nak pegang karakter sama sahaja kan.
“Sebab itu saya ambil watak ini, nak step up dalam karier lakonan saya. Watak saya dalam filem ini memang sangat-sangat lain daripada yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Kalau nak tahu, kena tengok filem ini nanti,” katanya.
Jemputan Ke Neraka mengisahkan tentang Ivy (Janna) seorang kurator balai seni, mendapat satu kad jemputan ke perkahwinan Lisa (Jasper), sahabat lamanya dari universiti. Ivy memujuk
tunangnya, Norman (Hafreez) untuk menemaninya ke majlis perkahwinan tersebut.
Majlis perkahwinan mewah itu dibuat di sebuah banglo jauh di atas bukit kawasan peranginan yang terasing.
Tiba di sana, Norman bertemu dengan rakan sekolahnya Rania (Sakinah), Sofia (Tinie) dan Adam (Nick Syaf).
Merasakan pengunjung lain belum tiba, mereka memutuskan untuk mencari Lisa di dalam banglo. Kejadian ngeri lima sahabat itu bermula apabila mereka menjumpai mayat Lisa
tergantung dalam sebuah bilik.
Dalam keadaan panik mereka cuba ingin mendapatkan bantuan tetapi kesemuanya kereta mereka tidak dapat dihidupkan dan hari mulai gelap.
Mereka terpaksa memutuskan untuk tinggal di dalam banglo tersebut.
Satu demi satu kejadian ngeri berlaku, seorang demi orang mati dalam keadaan ngeri.
Apakah sebenarnya misteri yang menyelubungi kematian Lisa dan lain-lain? Sama-sama nantikan Jemputan Ke Neraka yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hariz Hamdan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi isu kontroversi, pelakon Lana Nodin berkata ada ketikanya dia perlu tampil ke hadapan untuk ‘mengajar’ netizen yang sering kali mengecamnya tanpa sebab.
Terbaharu, timbul pula isu apabila dirinya dikecam tidak memakai sarung tangan ketika sedang mengguli tepung untuk roti.
Pelakon berusia 42 tahun itu kini giat mengusahakan Lana’s Bakery Land yang baru sahaja beroperasi baru-baru ini.
“Saya sebenarnya okay je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.
“Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.
“Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik… Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri.
“Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex (pewarna kuku).
“Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan… Yang mana perlu saya tegur saya tegur, saya nak educate supaya mereka tahu,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Tokan itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Lana’s Bakery Land di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Lana pada masa sama bersyukur kerana perniagaannya itu kini mampu direalisasikan selepas dua tahun tertangguh.
“Saya usahakannya sendirian, saya belajar dari bawah. Masuk kedai bakeri orang, belajar masak, buat pastri dan sebagainya. Tiada orang nak berikan ilmu perniagaan ini.
“Saya masih dalam proses pembelajaran, selalu bertanyakan kehendak pelanggan. Macam suami saya selalu cakap, kalau nak sesuatu benda, saya perlu usahakan dari A to Z,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kejayaan pengacara dan usahawan popular, Neelofa banyak menjadi inspirasi buat semua peminat serta pengikut laman sosialnya.
Rata-ratanya kagum dengan cara Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dalam membangunkan empayar perniagaannya sendiri.
Baru-baru ini menerusi sesi perkongsian IG Live bersama ibunya, Neelofa mendedahkan cerita restu ibu, Datin Noor Kartini Mohamed paling penting dalam kehidupannya malah dia sangat mengagumi ibunya yang dijadikan sebagai inspirasi untuknya berjaya dunia akhirat.
Menceritakan pengalamannya, Neelofa berkata dia pernah menghadiahkan ibunya sebuah sejadah berharga RM2,500 ketika pertama kali mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2012.
“Masa itu umur saya 23 tahun, pada tahun 2012. Saya pergi umrah untuk kali pertama. Masa itu berlakon drama tak banyak lagi.
“Sejadah itu berharga RM2,500 dan sangat berat.
“Gigih nak bawa balik untuk mama, saya hand carry. Lagi berharga sebab masa itu saya tak ada duit, RM2,500 rasa mahal sangat.
“Tapi saya fikir kalau bagi pada mama, nanti pahala mama sembahyang, dapat pada saya (seloroh Neelofa). Sampai ke hari ini, mama masih guna… masih ada dalam bilik tidur,” katanya dalam perkongsian IG Live itu.
Berkongsikan lagi mengenai peribadi ibunya yang juga merupakan seorang usahawan, Neelofa berkata sepanjang dirinya membesar, ibunya langsung tidak pernah memukul anak-anak dalam mendidik mereka.
“Selama ini, Neelofa tak pernah nampak mama pukul mana-mana anak. Saya pun tak pernah dipukul oleh mama walau macam mana situasi pun.
“Mama sangat menitikberatkan pelajaran. Bagi tuisyen, bagi perhatian, suruh buat homework dan tanya perkembangan sekolah,” kata Neelofa lagi.
Memulakan kerjaya seni selepas memenangi gelaran Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa berjaya menempatkan dirinya sebaris pelakon dan pengacara popular lain.
Setelah mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz pada 27 Mac 2021, Neelofa mengambil pendekatan memperlahankan kerjaya seni dan lebih menumpukan kepada perniagaan yang diusahakannya.
Hasil perkahwinan dengan PU Riz, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...