Penyanyi Elizabeth Tan mencabar dirinya mendaki Bukit Broga baru-baru ini.
Kongsi penyanyi lagu Semua Sudah, aktiviti berkenaan merupakan pengalaman pertama yang dilakukannya.
“Broga! Lizzy tak pernah pergi hiking dan lizzy rasa hiking atas Broga ni merupakan kali pertama dan juga terakhir lizzy gi hiking hahahahaha.
“I’m too clumsy for this!! susah sikit nk amek footage sooo… ada ni je. heheh apa2 pun, hope u guys like this vlog! loll,” tulis Lizzy yang merakam momen di puncak Bukit Broga.
Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Pemilik nama lengkap Suhaiza Suhaimi ini ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya.
Difahamkan, Memey bakal menunaikan impian ibu tercinta untuk menunaikan ibadah umrah.
“Pejam celik mcm lama juga pinjam mak dr abah..Bawa mak kesana sini,Tunaikan permintaan mak,Apa saja yg keluar dr mulut mak akn sy usahakan demi keramat hidup sy ni..
“Sepanjang tu juga dpt lepas rindu..makan sedap2 air tangan mak..Terima kasih mak Semoga mak abah sentiasa dlm lindungan Allah..
“Kita jumpa lagi utk kursus umrah…Tak sabar nak bawa mak abah pergi umrah sesama Selamat berhujung minggu semua..
“Klu ada ruang & masa terluang jgn lupa gunakan masa sebaik mungkin utk dgn yg tersayang k..Sama2 menghargai antara 1 sama lain
Penyanyi, pelakon dan model Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) telah meraikan ulang tahun hari jadi suaminya, Ashraf Sinclair yang ke-40 tahun malam tadi.
Mengenakan tema rona putih, kedua-dua pasangan ini tampak bahagia saat meraikan momen indah bersama.
“Kepada cinta hidup saya .. Saya tahu hidup tidak begitu mudah .. Kita akan melalui banyak turun dan naik kehidupan.
“Tapi satu perkara yang pasti, saya di sini untuk awak selamanya.. Sejak hari pertama, saya akan sentiasa disisi, InsyaAllah.
“Selamat ulang tahun ke-40 my love .. Saya cinta awak!,”tulisnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...