Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.
Menurut Intan, dia sentiasa berada di sisi anaknya, malah sentiasa memastikan Imane bersamanya meski ketika menjalankan kerja-kerja rumah.
“Kepada sesiapa cakap saya tiada bonding dengan anak tu, kau tahu tak, kita ni pergi kedai runcit 10 meter depan rumah pun aku angkut anak tau.
Ads
“Tak pernah ku tinggal budak dobot ini. Tengah masak pun dia duduk dapur tau sebelah mommy,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Enggan Terus Dituduh
Dalam pada itu, bintang drama Racun Rihanna ini turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan hanya bertujuan memburukkan imejnya sebagai seorang ibu.
Ads
“Ish, jahat ya mulut acik. Ingat kita tak sayang anak ke? Kalau boleh nak masuk perut balik ni ha senang bawa pergi mana-mana, tak nak jauh,” luahnya lagi.
Ads
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara, yang dilahirkan pada 15 Disember 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memulakan kerjaya sebagai doktor pakar dalam bidang audiologi, Dr. Shasa Aziz kini mengorak langkah ke dunia penerbitan filem.
Walaupun berkecimpung dalam bidang perubatan dan memiliki tujuh cawangan klinik di Semenanjung Malaysia, seni sebenarnya sudah sebati dalam jiwanya sejak kecil.
“Sejujurnya saya memang selesa dengan dunia hiburan. Sejak kecil, saya terlibat dalam bidang tarian, menyanyi, dan teater. Saya juga pernah bersama dengan Tunas Budaya di bawah Kementerian Kebudayaan dan Warisan.
“Namun, selepas tamat sekolah menengah, saya menduduki peperiksaan A-Level dan mula serius dalam pelajaran hingga menjadi seorang doktor.
“Jika saya tidak berkecimpung dalam dunia perubatan, seni pasti menjadi bidang saya,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis berbuka filem 6 Jilake di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini.
Menurut Dr. Shasa, keputusannya untuk menerbitkan 6 Jilake hadir selepas dipujuk oleh pengarah yang juga sahabatnya, Aziz M. Osman.
“Perkara ini memang terjadi secara tiba-tiba. Abang Aziz yang paksa saya. Sebelum filem 6 Jilake, saya sudah biasa menerbitkan program travelogue dan animasi di TV3. Ini adalah satu penanda aras baharu.
“Saya anggap ini sebagai rezeki. Pada mulanya saya takut, tetapi selepas membaca skrip, saya yakin dengan kehebatan karya ini,” ujarnya.
Meski tidak terlibat dalam pemilihan pelakon, Dr. Shasa berpuas hati dengan komitmen dan disiplin semua pihak sepanjang penggambaran.
“Saya serahkan 100 peratus kepada Abang Aziz. Beliau lebih tahu apa yang diperlukan untuk filem ini.
“Saya juga kagum dengan kerja keras para pelakon yang sanggup bangun awal, berhujan, dan berpanas demi menjayakan watak mereka,” tambahnya.
Mengulas mengenai tajuk 6 Jilake, Dr. Shasa yakin ia mampu menarik perhatian ramai kerana keunikan dan maksudnya.
“Abang Aziz mahukan sesuatu yang unik dan catchy. Jika tajuknya terlalu biasa, mungkin kurang menarik perhatian.
“Malah 6 Jilake membawa maksud ‘scoundrel’, dan filem ini juga sarat dengan nilai-nilai murni,” jelasnya lagi
Filem 6 Jilake yang menelan belanja sekitar RM2.8 juta dan menerima peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Kementerian Komunikasi dan FINAS, bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 April ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian dengan aksi di luar kotak apabila dia memilih untuk berbuka puasa di atas platform papan iklan gergasi pasar raya di Jalan Kebun, Shah Alam, kelmarin.
Menerusi video yang dikongsikan, aktor berkaliber itu berkongsi detik mencabar apabila dia memanjat untuk ke papan iklan berkenaan sebelum menikmati juadah berbuka bersama beberapa pekerja.
“Sekarang ni aku buat kerja gila sikitlah. Nak pergi buka puasa dekat atas ni. Aku lagi ada tujuh minit untuk berbuka puasa dekat atas. Mengah juga dah tua-tua ni,” katanya.
Rosyam turut berkongsi satu lagi video yang kini sudah pun tular di media sosial.
“Korang buka puasa di mana? Kat rumah? Huh! Lemau,” selorohnya sambil menikmati panorama senja.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan konten yang dikongsikan.
Malah tidak kurang yang mengaitkannya dengan watak Iman yang dibawanya dalam drama Keluarga Itu. Antaranya;
“Cane dia rekod? Cameraman terbang ke?”
“Selagi tak menggigit, biarkan ia memanjat.”
“Sempat lagi promo tu.”
“Ni baru betul Tailong, tak goyang.”
“Padu konten. Tak berani saya nak panjat. Pernah panjat separuh jalan. Insaf, turun balik.”
Sehingga kini, kedua-dua video yang dimuat naik masing-masing sudah menerima lebih 500,000 tontonan pengguna TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim, memberi amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa telah memuat naik kandungan rakaman konsert anjurannya di media sosial tanpa kebenaran.
Malah pihaknya turut difahamkan, ada yang mengenakan caj langganan dan tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi sekiranya aktiviti ini masih lagi berterusan.
“Apa yang mereka buat adalah membeli tiket Wings di tempat paling hadapan dan membuat rakaman penuh. Malah, ada juga yang mengadakan sesi siaran langsung.
“Kemudian, mereka mengenakan caj langganan bulanan antara RM16 hingga RM60. Ini adalah cetak rompak alaf baru.
“Jika tidak dibendung, ia akan memberi kesan kepada industri muzik,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa RPM di Baba Nyonya House, Petaling Jaya, Khamis lalu.
Menurut Eddy, tindakan sedemikian bukan sahaja membolehkan pihak tersebut mengaut keuntungan besar secara haram, sebaliknya turut menjejaskan reputasi pihak penganjur dan pemegang hak cipta rasmi.
Bagi menangani isu ini dengan lebih serius, RPM berhasrat membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Ini bukan isu baharu. Sudah banyak konsert lain yang menjadi mangsa. Kami ingin mengadakan pertemuan bagi mencari jalan penyelesaian dan mengekang masalah ini daripada terus berleluasa.
“Sebenarnya, kami boleh mengambil tindakan berdasarkan amaran di tiket yang melarang sebarang rakaman sepanjang konsert. Tetapi, buat masa ini, kami masih memberi peluang untuk mereka menurunkan video tersebut,” jelas Eddy.
Eddy turut menekankan, aktiviti haram ini mengganggu proses syarikatnya dalam menjual kandungan konsert kepada pihak berlesen, sekaligus merugikan pihak yang menjalankan perniagaan secara sah.
Terangnya lagi, beberapa konsert anjuran RPM termasuk Wings Rock Emperor turut didakwa menjadi mangsa cetak rompak digital ini.
Barangan Eksklusif Turut Dicetak Rompak!
Selain rakaman konsert, barangan eksklusif kumpulan Wings turut menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.
Vokalis Wings, Awie, dalam pada itu turut sama meluahkan kekecewaannya apabila mendapati barangan eksklusif Wings telah dicetak rompak dan dijual secara haram.
“RPM adalah pengeluar sah barangan eksklusif Wings, tetapi masih ada pihak yang menciplak dan menjual produk tiruan.
“Ini bukan sahaja merugikan kami, tetapi juga merosakkan industri. Namun, pihak kami telah mengenal pasti mereka yang terlibat,” katanya.
Dengan pelbagai isu cetak rompak yang semakin berleluasa, RPM kini bersedia untuk mengambil tindakan lebih tegas bagi melindungi hak cipta serta kepentingan industri hiburan tempatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...