Penyanyi Roy Kapilla tidak menafikan dia seolah-olah sudah boleh agak bakal menjadi peserta yang tersingkir pada minggu kedua saingan program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) susulan prestasi yang diberikan menerusi persembahannya.
Malam tadi, Roy yang juga vokalis kumpulan Kapilla itu membawakan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati nyanyian asal kumpulan EYE menerima markah paling rendah dalam kalangan 13 peserta yang bertanding iaitu sebanyak 53.20 peratus.
“Sebenarnya saya sudah tahu dan sudah nampak daripada awal-awal. Jadi saya keraskan semangat, datang juga (meneruskan persembahan). Itulah secara ringkasnya begitulah.
“Saya sudah tahu apa yang saya lakukan di atas pentas… Apabila saya ke belakang saya sudah tahu. Tak perlu tertanya-tanya, saya sudah tahu kemana saya akan pergi,” katanya kepada MH.
Ads
Berkongsi lanjut, Roy akui persembahannya nyanyiannya tidak berapa baik selain akui rasa gementar ketika membuat persembahan.
“Banyak yang tak okay, sebagaimana yang diberitahu Tok Ram (Ramli MS) adalah betul. Seratus peratus memang betul,” katanya lagi.
Tidak mahu menoleh ke belakang, Roy yang sinonim menerusi lagu seperti Merindu Tanpa Kata dan Dikir Rambong optimis untuk kembali aktif dalam gelangang dunia seni tempatan.
Disember tahun lalu, Roy pernah muncul dengan lagu genre dikir, Guano Demo dan Joget Dikir Menghibur Hati yang turut menampilkan penyanyi, Beby Acha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Erni Zakri yang diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Sinar Mata Hati di Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) menyifatkan trofi yang diraih sebagai sesuatu yang memberi makna tersendiri.
Selaian trofi tersebut, Ernie turut mengungguli kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi Goodbye Hello yang dinyanyikan bersama suaminya, Syamel.
Kemenangan itu sekaligus melayakkan mereka menerima sebuah trofi kemenangan beserta Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM500,000 yang disalurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).
“AIM adalah anugerah yang saya tunggu-tunggu. Impian saya, dari kecil menonton AIM dan saya ada bercakap dengan suami. Dia pernah merasa genggam trofi AIM sebelum ini tapi saya tak pernah.
“Bila dianjurkan kembali selepas beberapa tahun dan nama saya tercalon dengan rakan artis lain. Sudah tentu rasa gembira sebab sekurang-kurangnya ia bagi semangat untuk kita kerja lebih keras. Sekarang ada sebab mengapa kita perlu buat yang terbaik.
“Apa yang boleh saya katakan, kemenangan ini adalah sesuatu yang bermakna bagi saya pada tahun ini, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga terharu kerana anugerah yang diterima adalah hasil penilaian yang dilakukan lebih 100 juri profesional.
“Rasa bersyukur, juri yang menilai pun di kalangan mereka yang profesional dan saya gembiralah bika hasil kerja diiktiraf serta dihargai sebegini.
“Sejak usia saya 15 ke 16 tahun begitu, saya sudah berhasrat untuk genggam trofi AIM. Bagi saya, ia anugerah yang perlu saya ada dalam kerjaya. Hari ini (Ahad) Allah SWT makbulkan.
“Jujurnya banyak lagi perkara yang saya nak capai dan buat dengan lebih baik. InsyaAllah doa-doakan saya,” katanya lagi.
Terdahulu, AIM23 yang bertemakan Glam dan Sophisticated, telah dijurikan barisan juri profesional seperti Datuk Mokhzani Ismail, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz, Fauzi Marzuki dan ramai lagi.
Malam penuh bersejarah itu turut diserikan dengan persembahan antaranya daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Nikki Palikat, Aina Abdul, Marsha Milan dan ramai lagi.
Disenaraikan barisan lengkap para penerima trofi AIM edisi kali ini;
1. LAGU NASYID TERBAIK – Thank You Allah – Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris (Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris)
2. LAGU POP ETNIK TERBAIK – Adat Kasih – Ziha Salleh (Aubrey Suwito / Tinta)
3. ARTIS BARU TERBAIK – Vanessa Reynauld – Buat Ku Sempurna
4. KULIT SINGLE / ALBUM TERBAIK – Adat Kasih – Ziha Salleh (Patrick Leong Kok Soong)
5. LAGU PALING TINGGI DISTRIM – Lotus – ForceParkBois
6. RUNUT BUNYI (OST) TERBAIK DI DALAM FILEM / DRAMA – Bahagiakan Dia – Shila Amzah & Liza Hanim (Aliff Iskandar & Que Afiq)
7. VIDEO MUZIK TERBAIK – Gatal – Janna Nick (Chuan Looi)
8. RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Belagu – Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
9. RAKAMAN LAGU TERBAIK – Tudung Periuk – Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
10. SUSUNAN TERBAIK DALAM LAGU – Tudung Periuk – Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito)
11. LAGU R&B / HIP HOP TERBAIK – CIAO – Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions)
12. LAGU POP ELEKTRONIK / DANCE TERBAIK – Fun, Lust, Love – Late Night Frequency (Mojan LNF)
13. VIDEO MUZIK RASMI MALAYSIA PALING TINGGI DITONTON DI YOUTUBE – Malam Semakin Dingin – Tajul & Afieq Shazwan (FMC Music Sdn Bhd)
14. LAGU NADA DERING JUALAN PALING TINGGI – Adakah Ini Mimpi (Reedzwann)
15. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK – Game of Charades – Sophia Zuhri (Sophia Zuhri)
16. LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK – Wu Ren Qian Shou De Xin Fu – Uriah (Uriah, Jia Wang / Hong Jian Rui)
17. LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Tak Ingin Usai – Keisya Levronka
18. LAGU ROCK TERBAIK – Tugu Ugut – Sekumpulan Orang Gila (Nazrin / Ajim Juxta)
19. LAGU POP TERBAIK – Goodbye, Hello – Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
20. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN) – V.E – Tunggu
21. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU – Shila Amzah & Liza Hanim – Bahagiakan Dia
22. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Arddley Nicholas – Pilu
23. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Ernie Zakri – Sinar Mata Hati
24. ANUGERAH SRI WIRAMA – Tan Su Loke
25. ALBUM TERBAIK – Yonny (Deluxe Version) – Yonnyboii (Wolfy)
26. LAGU TERBAIK – Goodbye Hello – Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
AIM 23 menemui penonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada jam 9.00 malam tadi membawa gandingan tiga pengacara terkemuka tanah air iaitu Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pembaca berita dan pengacara, Izwan Azir Saleh akui kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang dikatakan kurang rasa simpati diatas kemangkatakan Ratu Elizabeth II pagi tadi.
Menurut Izwan, ada diantara kita juga yang berasa kurang senang apabila ad rakyat Malaysia yang turut menzahirkan rasa sedih diatas pemergian monarki paling lama memerintah dalam sejarah British itu.
“’Dah mangkat tu, mangkat sajalah, bukan Raja kita pun, apa nak kecoh-kecoh?’ ‘Sibuk kesian dia mangkat, harga barang kita turun ke?’
“Itu antara secebis komen segelintir rakyat Malaysia apabila mendengar khabar kemangkatan Ratu Elizabeth ke-II awal pagi tadi.
“Komen-komem begitu bukan sahaja menunjukkan kita miskin rasa simpati, tapi tak habis belajar Sejarah,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Buletin FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia, kita patut menghargai jasa Ratu Elizabeth II kerana telah mengurniakan kemerdekaam buat negara ini.
“Bayangkan jika pemergian Tunku Abdul Rahman ke London dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan, ditolak Ratu Elizabeth, agak-agaknya kita boleh hidup bebas ke hari ni?
“Daripada kaitkan harga barang dengan kemangkatan baginda, kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita.
“Boleh saja jika Baginda menolak untuk mengurniakan kemerdekaan, tapi kerana baginda merasakan Malaya sudah boleh mengurus negaranya sendiri, baginda sanggup melepaskan satu daripada tanah jajahannya.
“Oh ye, Baginda adalah kata ganti nama kepada golongan Raja/Ratu, bukan beliau. Itupun orang kita nak buat isu,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar cara pemikiran tersebut dapat diubah.
“Setuju sangat.
“Well said bro.
“Sedih dengan pemikiran begitu. Semuanya nak dipandang negatif.
“Orang tak tahu sejarah memang akan cakap macam tu.
“Yang kritik tu hanya tahu hentap tanpa fakta pun,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, anak sulung baginda, Charles akan menggantikannya sebagai raja.
Sebelum ini, keluarga diraja dikhabarkan sudah berkumpul di Scotland kerana tahap kesihatan Ratu dikatakan kurang stabil.
Istana Buckingham memaklumkan kemangkatan tersebut dalam satu kenyataan rasmi seperti yang dilapor media-media di seluruh dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Izwan Azir Saleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui rumah tangga pelakon Anzalna Nasir kini diserikan dengan kehadiran dua anak lelakinya, Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.
Baru-baru ini, Anzalna dan suami, Hanif Zaki turut menggunakan kesempatan yang ada meluangkan masa bersama kedua-dua putera mereka dengan bercuti di sebuah pusat peranginan di Johor.
Yang menarik perhatian netizen ialah kecomelan anak kedua Anzalna iaitu Emirhan yang kini genap berusia empat bulan.
Rata-rata pengikut Instagram Anzalna suka melihat kecomelan Emirhan yang disifatkan mereka mempunyai raut wajah seperti bayi kacukan berasal dari negara Timur Tengah.
“Happy 4 months old Emirhan! Kesian kena paksa ambil gambar tengah panas, nak buka mata pun payah demi content mak dia! I surrender katanya.. hahahaha.
“Jangan risau, mommy tak kejam masih di bawah payung under my umbrella ella ella ella eh eh eh,” tulis Anzalna berseloroh menerusi perkongsian foto Emirhan yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat mahukan Anzalna melahirkan lebih banyak ‘junior’ Anzalna dan Hanif kerana terpikat dengan kecomelan anak-anak aktres tersebut.
“Tolonglah beranak ramai-ramai sis, yang keluar makin comel.
“MasyaAllah comelnya kamu Emirhan.
“Ya Allah, anak Turki ni kan.
“Ya Allah, macam pak Arab, mancung gebu putih gila comelll.
“Comel macam baby mat saleh,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, Anzalna berkahwin dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan, empat bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...