Baru-baru ini penyanyi dan chef celebriti, Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik sebuah video teaser mengenai kehidupan keluarganya yang akan disiarkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Datuk Fazley tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila ada peniaga online telah bertindak mengkritik fizikal isterinya yang dikatakan tidak langsing.

Bengang dengan komen tersebut, ini respon balas daripada Datuk Fazley;

“Tak Perlu Pinggang Macam Kerengga,”- Kritik Fizikal Isteri, Datuk Fazley Yaakob ‘Sekolahkan’ Peniaga Online

IKLAN

“Tak perlulah, saya suka isteri saya macam ni. Terlalu cantik dah di mata saya. Tak perlu pinggang macam kerengga,” tulisnya.

Di ruangan komen rata-rata peminat bersetuju dengan reaksi yang diberikan oleh penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Asmara Ini.

“Tak Perlu Pinggang Macam Kerengga,”- Kritik Fizikal Isteri, Datuk Fazley Yaakob ‘Sekolahkan’ Peniaga Online

IKLAN

“Tak Perlu Pinggang Macam Kerengga,”- Kritik Fizikal Isteri, Datuk Fazley Yaakob ‘Sekolahkan’ Peniaga Online

Tidak lama kemudian, Datuk Fazley tampil semula untuk menjernihkan keadaan dan meminta supaya peniaga online agar lebih sensitif dan menghormati perasaan pengguna.

IKLAN

“Tidak mengapa saya tidak marah. Cuma promosi tak kena dengan caranya. Apa pun selamat meniaga. Jangan serik dengan teguran membina ini.

“Silalah berniaga cuma pastikan tidak melangar adab dan sopan santun meniaga. Semoga rezeki anda murah saya doakan,” katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Fazley telah melansungkan perkahwinannya bersama Datin Azrene Soraya pada 2007 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma, satu tahun

Foto: Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI