Aktor Datuk Adi Putra berharap agar kontroversi kecurangan yang dicetuskan pelakon dan penyanyi berasal dari seberang tambak, Aliff Aziz tidak menjadi punca perbalahan dan ketegangan antara dua buah negara.
Menurut Adi yang juga merupakan pelakon kelahiran Singapura, dia tidak mahu isu ini menjadi penyebab wujudnya sentimen kasta terhadap penggiat industri seni dan kreatif tempatan.
“Kita tak mahu meletakkan satu sentimen kasta dalam industri perfileman. Sebagai pelakon, saya juga tak mahu mencalarkan imej industri hiburan.
“Ini semua merangkumi kesenian tak kira seseorang itu adalah pelakon, penyanyi atau pengacara. Mengenai isu dua negara ini, ia boleh mencetuskan kasta tidak diinginkan.
“Diharapkan kasta ini tidak akan wujud untuk imej negara,” katannya kepada MH.
Adi berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan episod akhir drama Lelaki Itu yang berlangsung di Hadramawt Kitchen, Ampang pada Isnin.
Ads
Bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata, rata-rata penggiat industri perlu merenung contoh dan teladan daripada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang menyatukan dua rumpun melalui bidang seni.
“Bagi saya, tak wajar menyentuh isu dua negara, Malaysia dan Singapura. Kalau imbas semula sejarah atau riwayat bagaimana kehidupan Allahyarham P Ramlee yang bermula di Singapura dan berbalik ke Merdeka Studio, sama juga dengan dua negara ini.
Ads
“Tapi, bila berpijak di bumi nyata, sebenarnya kita bekerja. Jadi, bagaimana kita hendak menepis kontroversi, itu berbalik kepada prinsip kita sendiri dan harus saling hormat menghormati,” katanya.
Ditanya mengenai tempias diterima, Adi berkata, itu adalah lumrah dan perlu dihadapi dengan tenang.
Ads
“Tempias itu biasa dan pasti wujud di mana-mana sekalipun. Bagaimana hendak atasi tempias dengan cara masuk kiri dan keluar kanan telinga,” katanya.
Dalam pada itu, Adi mengesyorkan supaya satu akta diwujudkan bagi menangkis segala permasalahan timbul membabitkan penggiat seni termasuk membendung kekeliruan dalam kalangan persatuan.
“Saya rasa kena wujudkan satu akta sebab kita dulu bermula dengan persatuan kecil, kemudiannya barulah lahir lebih banyak persatuan.
“Tapi, persatuan ini perlu diperjelaskan adakah ia di bawah satu bumbung akta kerana jika tidak, boleh menimbulkan kekeliruan sama ada persatuan ada akta dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) atau Kementerian Komunikasi.
“Jadi, perkara ini juga perlu diperjelaskan di Dewan Negara,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah melibatkan anak perempuan kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim masih lagi diperkatakan sehingga hari ini.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Norman dan Marissa dilihat bergandingan bersama di dalam sebuah iklan produk makanan popular.
Norman dilihat segak mengenakan Baju Melayu Johor rona kuning langsat manakala Marissa pula ayu dengan sepersalinan baju kurung.
Pada permulaan video, Norman dilihat tidak dapat menahan sebak lalu memeluk erat Marissa saat dia tiba di hadapan pintu.
Marissa juga turut melutut untuk bersalaman dan memohon maaf kepada Norman.
Lantas Norman menjawab, dia sudah lama memaafkan segala perbuatan Marissa selama ini.
“Tiada apa yang papa nak maafkan. Papa sudah lama maafkan,” jawab Norman yang teresak-esak menahan air mata.
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen sebab menonton perkongsian tersebut selain turut mendoakan yang terbaik buat Norman sekeluarga.
“Si papa tu tak puas jaga kau dik. Tiba-tiba hilang peluang dia nak jadi wali pernikahan. Sedih dik. Nanti bila ada anak, awak tahulah macam mana perasaannya.
“Ya Allah peliharalah hubungan kekeluargaan Abang Norman. Semoga baik-baik sahaja dan bahagia dunia akhirat.
“Ya Allah banjir. Bab mak ayah ni memang tak boleh tahan.
“Tangisan Norman itu boleh rasa sampai ke tulang. Tak kisahlah artis ke tidak.
“Mak ayah ni marah sekejap sahaja. Lama-lama mereka maafkan juga anak,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan hangat sejak Januari lalu apabila dikatakan sudah bernikah dengan lelaki berstatus suami orang Aslam di Songkhla, Thailand pada 26 Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Band indie, Monosterio akhirnya tampil dengan lagu Raya Tak Jadi selepas hampir dua dekad aktif dalam seni suara tempatan.
Menyifatkan ia adalah hadiah buat para peminat, Monosterio menganggap semua ini berlaku secara tidak sengaja apabila diberi peluang oleh pihak produksi untuk menghasilkan naskhah berkenaan.
“Semuanya bermula secara kebetulan apabila Anep yang juga pemain drum kami membintangi sebuah super-telefilem berjudul Raya Tak Jadi. Apabila projek bermula, Iskandar Jebat iaitu pengarah menyuarakan hasrat untuk mempunyai runut bunyi sendiri (OST).
“Hasil daripada perbincangan itulah yang akhirnya membawa kepada projek ini. Bila dikenangkan kami sendiri pun tidak pernah ada lagu raya, apa salahnya kami cuba setidaknya ia memberikan cabaran baharu kepada band seperti kami,” kata Izan selaku vokalis.
Selain Izan dan Anep, Monosterio juga dianggotai oleh Alan sekali pemain gitar.
Pada dasarnya, mereka baru sahaja menggunakan nama Monosterio setelah hampir dua dekad menggunakan nama O-TWO dalam scene indie.
Bercerita mengenai pemilihan lagu raya ini lagi, mereka menggunakan lagu hasil tulisan FJ Muzik dan muzik pula adalah hasil kerjasama antara FJ Muzik dan Monosterio sebagai taruhan.
Jelas Izan, mereka perlu memberi penekanan kepada banyak perkara termasuklah menggunakan melodi yang sesuai memandangkan lagu ini turut dijadikan OST supertelefilem Raya Tak Jadi.
“Dalam proses mencari idea pada peringkat awal, kami banyak membuat rujukan dengan mendengar lagu-lagu lama termasuklah daripada kumpulan Senario, R. Azmi dan lain-lain lagu.
“Kita mahu menghasilkan sebuah lagu yang bukan saja sedap didengar tetapi juga malar segar. Kalau boleh kita mahu sesiapa sahaja yang mendengar akan mengimbau semula kenangan beraya, lemang, ketupat dan sebagainya.
“Ini sebenarnya cabaran paling besar untuk mana-mana pemuzik bagi menghasilkan sesebuah karya,” jelasnya lagi.
Raya Tak Jadi mula dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac lalu dan uzik video pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Vevo.
Dalam perkembangan lain, Monosterio sedang dalam proses pembikinan album terkini yang mengandungi 10 buah lagu baharu Julai depan selain baharu sahaja terlibat dalam konsert Nidji di Miri, Sarawak, Februari yang lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...