Sofeashra atau lebih dikenali sebagai Sofea merupakan figura yang tidak asing lagi di aplikasi Tiktok yang sering mencipta kandungan fesyen, stail dan kecantikan sehingga kini digelar sebagai ‘TikTok Famous’.
Bermula sebagai hobi kini, mencipta kandungan (content creator) menjadi pekerjaan sepenuh masa bagi Sofea yang mempunyai personaliti disenangi iaitu seorang peramah, bersemangat dan juga cantik membuatkan dirinya mudah mengumpul pengikutnya yang tersendiri!
Namun, siapa sangka gadis ceria dan periang ini juga tidak terlepas dari mempunyai masalah kulit seperti hijabista diluar sana. Tapi menariknya, Sofea mempunyai sudut pandang serta ‘remedy’ yang tersendiri untuk mengatasi masalah kulitnya, disini Hijabista kongsikan sudut pandang Sofea untuk anda!
“Kulit Tak Perfect, Ada Hadapi Masalah Juga,” – Sofeashra
Meski sentiasa tampil menawan dan jelita dihadapan lensa kamera, siapa sangka bahawa gadis manis ini juga tidak terlepas dari mengalami masalah kulit wajah.
Menurut Sofea, kesan dari pemakaian Make-up setiap hari membuatkan kulit wajahnya juga mengalami masalah dan tidaklah halus licin sempurna atau memiliki glass skin. Ini respon beliau ketika MH bertanyakan adakah dia pernah mengalami masalah kulit wajah.
“Eh pernah! Tengok la, kulit Sofea tak perfect pun sekarang. Kita masih ada masalah tinybumps. Setiap hari kena pakai make-up apa semua kan terutamanya bila dihadapan kamera, mesti ada masalah kulit juga.
Ads
“Kalau kulit okay pun, dia hanya okay seminggu je, hari berikutnya tu kulit saya tak memberi kerjasama. Jadi, kalau Sofea pergi facial atau jaga macam mana pun, tinybumps ni tetap akan naik juga,” katanya.
Ketika disoal bagaimana dia mengatasi rasa malu untuk keluar atau berhadapan dengan khalayak umum ketika kulit wajahnya sedang bermasalah. Sofea menegaskan bahawa dia sering mengambil pendekatan positif dan tak pernah merasa malu terhadap apa jua kondisi kulitnya sebagai ‘remedy’ terbaik tanpa perlu merasa hilang keyakinan diri!
90 Peratus Wanita Malaysia Mempunyai Masalah Kulit, Buat Apa Nak Malu?
“Kalau ada masalah kulit, benda tu Sofea rasa tak perlu malu pun. Sebab 90 peratus, wanita di Malaysia memang ada masalah kulit. Lagi 10 peratus tu sangat bertuah sebab mempunyai genetik yang best!
Ads
“Tambahan dalam industri ini, bila semua orang selalu pakai make-up, memang semua orang akan ada masalah kulit. Jadi, ia perkara biasa. Bila Sofea rasa benda tu normal, saya tak rasa saya seorang sahaja yang tak cantik,” jelasnya.
Menurut Sofea, masalah sebenarnya berpunca dari cara berfikir dan cara kita melihat sesuatu masalah yang kita hadapi itu. Jika kita melihatnya dengan cara postif ia tidak akan memberi kesan kepada diri kita.
“Usually, we are our biggest critic. Jadi bila kita terlalu fokus pada satu masalah, contohnya maslaah kulit, kita akan rasa rendah diri, tak nak keluar rumah. Ini tak sepatutnya berlaku. Bagi Sofea, kita patut berlapang dada dan lepaskan semua perkata yang buat kita tertekan.
Ads
“Kita tak boleh lari dari ketidak seimbangan hormon, jadi mempunyai masalah kulit adalah normal. Just take comfort knowing that you’re not alone and that is the best remedy,” ujarnya.
Untuk rekod, Sofeashra merupakan seorang pempengaruh terkemuka di Tik Tok yang menghidangkan kandungan-kandungan tentang ‘Beauty & lifestyle’ dengan pengikut seramai 784.3 ribu dengan 51.2 juta tanda suka.
Jadi tidak hairanlah jika apa sahaja perkongsian berkenaan kecantikan dan stail yang dimuatnaik oleh wanita ini pasti menjadi sorotan para pengikutnya!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Rita Rudaini sekali lagi menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin Mohamad Aidil Zafuan memenangi pingat emas dan memecahkan rekod pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sukan Daerah (MSSD) Sabak Bernam bersama kuartet 4×400 meter Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, pada Khamis.
Airit Rayyan Rizqin bersama Raja Muhammad A’Yyash Raja Mohd Sidqi, Ammar Haziq Azlan Abdul Aziz dan Ilham Muqhriez Nurul Hisyam merekodkan larian terpantas dengan masa tiga minit 58.47 saat.
Kejayaan itu sekali gus meleburkan rekod selama 17 tahun yang mencatatkan masa empat minit 97 saat bagi kategori lelaki acara bawah 15 tahun lelaki.
Serentak dengan itu, luahkan rasa syukur turut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi hantaran terkininya di Instagram.
“Penutup MSSD hari ini, pecahkan rekod lagi, 17 tahun rekod 4x400m. Rayyan, Ammar, Ilham, Amin dan Ayyash. Rekod baru 2024, 3:58.57s. Rekod lama 2007, 4:0097s,” tulisnya.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Rita turut syukur atas rezeki yang diraih anak lelakinya itu.
“Ibu mana yang tak bangga, sedangkan anak dapat bertatih pun dah proud gila. Alhamdulillah rezeki anak yang bernama Airit Rayyan Rizqin,” kongsinya.
Perkongsian berkenaan nyata menerima reaksi positif warganet yang rata-ratanya memuji pencapaian yang dilakar anak kepada pelakon drama Racun Rihanna itu.
Terdahulu, Airit Rayyan turut meraih perhatian ramai apabila mengungguli acara pecut 100 dan 200 m lelaki bawah 15 tahun pada kejohanan sama.
Dalam pada itu, anak keduanya pula memenangi pingat emas dan perak masing-masing menerusi dua acara berbeza.
Setelah sekian lama berteka-teki, pelakon Scha Elinnea akhirnya mendedahkan hubungannya bersama aktor, Jazmy Juma hanyalah sekadar teman biasa.
Menurut Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, segala kemesraan yang dipamer dalam media sosial hanyalah sekadar konten bagi mempromosikan drama lakonan mereka ‘Nuh & Nayla’.
“Di sini saya mahu menerangkan segala kekeliruan, saya dan Jazmy memang hanya sekadar kawan sahaja. Selagi belum habis projek drama kami, saya tak boleh nak dedahkan apa-apa.
“Kini, drama kami pun sudah tamat. Hubungan kami kekal profesional sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, sebagai tunjang utama sesebuah drama, mereka juga mempunyai peranan dalam memastikan projek tersebut berjaya dan mendapat sambutan ramai.
“Pada saya, itu bukan gimik. Apa yang kami lakukan hanyalah disebabkan tuntutan kerja. Nak kata selesa atau tidak bila dikaitkan hal seperti ini, saya okay sahaja kerana ia urusan kerja semata.
“Saya rasa, orang di luar pun sudah tahu tugas saya untuk menaikkan sesebuah projek drama. Saya pun nak orang menonton drama ‘Nuh & Nayla’.
“Apapun, niat saya baik dan saya mahu menaikkan drama lakonan saya sendiri,” ujarnya lagi.
Jelas Scha lagi, dia juga tidak mahu terlibat dengan sebarang hal percintaan di set lokasi penggambaran.
“Pada saya, cara saya ini telah berjaya menarik hati para penonton dan membuatkan mereka percaya dengan konten-konten yang saya hasilkan di media sosial.
“Namun, saya hanya menjadi profesional. Saya tidak mahu bercinta di set penggambaran. Saya tak nak cerita-cerita yang tidak baik mengganggu urusan kerja saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Scha turut mengakui dirinya kini punyai hati yang perlu dijaga dan dalam proses mengenali seseorang.
“Susah saya nak jawab tapi ada hati yang perlu saya jaga. Saya masih single tapi ‘not available’. Saya kini sedang mengenali hati budi seseorang.
“Siapakah orangnya, saya tak boleh bagitahu lagi. Kami baru sahaja berkenalan dan setakat ini dia faham dengan cara kerja saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh Marissa Dania Hakim memilih untuk mengunci mulut mengenai dakwaan dirinya yang kini sedang hamil seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Marissa, 19, yang juga anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim bagaimanapun hanya meminta doa yang terbaik.
“Tiada apa yang boleh saya kongsikan. Apapun terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya.
“Itu saja yang boleh saya kongsikan sekarang ini,” katanya.
Marissa ditemui media pada majlis pelancaran produk terbaharu Avenys iaitu krim pelindung matahari Sun Spectrum+ 2 dalam 1 di Bamboo Hills, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Marissa yang hadir ditemani suaminya dikenali Aslam bagaimanapun bergegas pulang sejurus majlis selaisai
Aslam yang dilihat menggengam erat tangan isterinya sambil berjalan berkata, dia mahu segera beredar dan tidak mahu mengganggu majlis yang sedang berlangsung.
“Majlis sedang berlangsung di dalam, kalau boleh saya tak nak ganggu,” katanya ringkas.
Terdahulu spekulasi mengenai kehamilan Marissa timbul selepas netizen ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu.
Sebelum ini Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand bersama seorang lelaki bernama Ahmad Aslam yang juga berstatus suami orang pada 27 Disember tahun lalu.
Spekulasi itu kemudiannya disahkan sendiri oleh Abby pada 16 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...