Bintang versatil, Sharifah Shahira seperti biasa tidak pernah lekang daripada berkongsi status humor yang sering mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram.
Awal hari ini misalnya, penyampai radio berkenaan ada memuat naik foto jari sebelah kirinya tanpa cincin perkahwinan yang sebelum ini sedia tersarung.
Menyedari kesilapan yang berlaku dan memohon maaf kepada semua atas kekhilafannya, Mamat Exists mengakui sedang menjalani sesi kaunseling di pusat pemulihan bagi permasalahan yang dilalui.
Baru memulakan sesi pertama selepas dibebaskan, dia bagaimanapun kesal dengan berita yang sengaja disensasikan.
Mamat berkata demikian sewaktu ditemui pada sidang media Konsert Exists Reunion di Stadium Malawati Shah Alam, pada Khamis.
“Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Sewaktu penangkapan berlaku, saya telah memaklumkan kepada pihak berkaitan.
"Mereka hanya ingin menjalankan siasatan. Perkara ini pula menjadi tular di media sosial.
“Saya kena terima hakikat ini bermakna saya masih popular kerana berita tersebut tersebar secara meluas. Namun saya kurang gemar kerana ia disensasikan. Sedangkan tindakan masih belum diputuskan,” katanya.
Menafikan hal sama sering terjadi, Mamat menjelaskan hanya disebabkan dia dikenali, berita tersebut tular dengan pantas.
“Sebenarnya tidak sekerap mana, cuma kerana orang mengenali saya dan disebabkan itu ia menjadi besar.
"Namun saya tidak menyalahkan mana-mana pihak atas keadaan yang berlaku.
“Saya minta maaf atas apa yang berlaku dan saya sendiri tidak menyangka ini akan terjadi,” tuturnya lagi.
Kini sedang menjalani pemulihan bagi mengatasi masalah yang dialami, jelas Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, setakat ini hanya sesi suai kenal dijalankan dan dia bakal meneruskan sesi berikut selama tiga bulan.
“Saya baru sahaja menjalani sesi kaunseling. Sepatutnya sesi ini bermula selepas konsert namun pihak pengurusan mahu lakukan secepat mungkin.
“Baru satu sesi dan setakat ini belum ada sebarang impak lagi kepada diri. Saya dan kaunselor baru memulakan sesi suai kenal.
“Semua artis yang terlibat dengan kes serupa akan menjalani sesi kaunseling di tempat yang serupa. Sokongan yang diberikan ahli kumpulan lain menjadikan saya lebih bersemangat untuk berubah,” katanya lagi.
Mamat sebelum ini ditahan pihak polis di Johor Bahru selepas disahkan positif dadah dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam pada itu, Konsert Exists Reunion bakal berlangsung Sabtu di Stadium Malawati Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengalaman menjadi ibu buat pertama kali cukup bermakna bagi bekas penyanyi, Tasha Manshahar.
Mengabadi setiap detik perkembangan anak di laman Instagram, wanita ini berkongsi kisah vaksin tambahan untuk si anak Muammar Rafiqi.
Jelasnya, vaksin tambahan merupakan perlindungan tambahan bagi mencegah penyakit merbahaya yang menyerang bayi kecil.
“Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil vaksin Pneumococcal 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, boleh ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada beberapa kali suntikan ikut tempoh tertentu.
“Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease.
“Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni.
“Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak.
“Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni
“Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal,” tulisnya.
Sementara itu, Tasha turut berkongsi cerita lucu bagaimana cara untuk menenangkan hati putera tercinta.
“Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “peganggg tangan dedi!”. #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy,” tambahnya lagi.
Wany Hasrita mengakui dirinya percaya rezeki dan positif meski tuah tidak menyebelahinya untuk sekali lagi menggenggam trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) baru-baru ini.
Tahun lalu, bintang yang baru sahaja muncul menerusi single duet bersama Datuk Jamal Abdillah berjudul Belenggu Rindu itu dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, mengetepikan calon kegemaran lainnya.
“Menang atau tidak itu adatlah di dalam sesebuah pertandingan. Tahun lalu rezeki saya dan tahun ini rezeki orang lain.
“Mungkin tahun depan rezeki saya balik, kalau tahun ini tidak berjaya ada yang lagi baik untuk saya, insyaAllah.
“Jadi saya percaya Dia ambil sesuatu dari kita untuk berikan yang lebih baik. Saya positif,” katanya yang mengakui dirinya tidak pernah meletakkan harapan tinggi andai dicalonkan menerusi mana-mana anugerah.
Mengulas mengenai kemenangan Mira Filzah yang meraih lebih enam juta undian peminat lalu dijulang sebagai bintang paling popular, Wany menyifatkan selayak bintang berusia 26 tahun itu diberikan pengiktirafan.
“Bagi saya Mira layak atas kemenangannya itu. Akhir-akhir ini pun peminat dapat lihat dia punya banyak naskhah lakonan dan pengacaraan.
“Bagi saya setiap individu tu, Tuhan sudah tetapkan rezeki masing-masing,” jelasnya lagi kepada MH.
Tahun lalu, Wany meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan lebih dua juta undian, mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya ketika itu, Khai Bahar.
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...