Pelawak, Sharif Zero menjelaskan niatnya berkongsi mengenai pengalaman hitam yang pernah dilalui oleh adiknya yang juga pelawak, Atu Zero di sebuah program podcast adalah bertujuan untuk memberikan inspirasi buat masyarakat.
Menurut Sharif atau nama sebenarnya, Sharif Kadir Doli Sharif, Atu berhak untuk meluahkan rasa kecewa namun dia merasakan hal ini tidak perlu diperbesarkan sehingga pengetahuan orang luar.
“Kalau dia fikir saya sebarkan aib, terpulanglah. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman yang dia lalui untuk dijadikan inspirasi buat orang-orang di luar sana.
“Apapun, dia berhak untuk bersuara. Namun, pada saya, jika hal berkaitan keluarga ini, biarlah kami berbincang sesama sendiri.
“Tak perlulah dibawa sehingga ke platform media sosial,” katanya kepada MH.
Sharif berkata demikian ketika ditemui di konsert akhir Famili Duo 4 yang berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad.
Ads
Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka
perkongsiannya itu bakal menimbulkan rasa kurang senang di hati adiknya itu.
“Kalau nak bandingkan dengan kisah saya, tak banyak yang menyeronokkan. Saya ini kaki lepak sahaja di kampung satu ketika dahulu. Sebelum ini, mereka okay sahaja bila saya berkongsi kisah mereka.
“Mungkin ketika itu kami tidak buat podcast bersama kerana kami sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi, penerimaan kita berbeza.
“Kami juga sudah biasa membahan diri masing-masing. Ada kalanya, apa yang kita kongsikan di podcast itu hanyalah melawak tapi orang lain anggap ia serius.
Ads
“Dalam podcast, saya rasa hos juga memainkan peranan ketika memberikan reaksi terhadap sesuatu isu. Janganlah headline perkara lawak sahaja. Isinya juga harus ditekankan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Sharif memaklumkan hubungannya bersama Atu masih lagi baik dan berhubung seperti biasa.
“Hubungan kami tiada masalah dan kami masih berhubung seperti biasa. Kami ada bercakap juga mengenai isu baru-baru ini. Dia pun okay sahaja.
Ads
“Niat saya hanyalah untuk memberikan inspirasi tapi disalah anggap. Dia berhak bersuara sebab saya bercerita mengenai dia. Mungkin saya juga terlepas cakap. Kalau saya salah, saya mohon maaf.
“Saya sebenarnya bangga perjalanan hidup Atu selama ini. Tak mengapalah, jika banyak pihak yang terasa, selepas ini, saya akan berkongsi kisah saya sahaja,” akhirinya.
Sebelum ini, Sharif ada berkongsi kisah mengenai kehidupan Atu sebelum bergelar
pelawak.
Menurut Sharif, Atu pernah melalui fasa hidup yang sangat gelap dan tidak mempunyai harapan untuk hidup gara-gara terjerumus dengan gejala dadah.
Bagaimanapun, menerusi satu sesi temu bual, Atu memaklumkan dia tidak berkecil hati namun berharap abangnya hanya berkongsi kisah dirinya tanpa melibatkan orang lain selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran isterinya Zira Ayub yang ke-36.
Dalam ucapan tersebut, Nabil memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan pasangan hidup yang sentiasa sabar dan menerima baik buruknya sebagai seorang suami.
“Selamat hari lahir wahai bini ku Zira Ayub. Terima kasih terima aku sebagai suami. Kalau ikutkan hati awak, dah lama saya jadi duda tapi alhamdulillah Allah letak kesabaran dalam hati.
“Saya dan anak-anak syukur sangat kita masih bersama berlima dan in sha Allah kalau awak sabar sikit lagi, sampai kita tua ya,” tulisnya.
Nukilan penuh makna itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program Meletop itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Nabil turut memanjatkan doa agar isterinya itu sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga serta kedua ibu bapanya.
“Saya doakan Allah beri awak kesihatan berpanjangan supaya awak ada kekuatan untuk jaga mak dan abah awak dan boleh terus jadi adik kesayangan abang dan kakak awak.
“Dan semoga Allah terima semua amalan awak untuk jadi bekalan di akhirat,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terharu dengan ucapan manis tersebut selain turut mendoakan semoga Nabil dan isteri kekal bahagia hingga ke syurga.
“Ala, sweet betul apa yang awak tulis ni.
“Kalau sudah pelawak, apapun dia kongsikan tetap lawak bagi kita.
“Selamat hari lahir. Semoga kekal hingga ke syurga.
Sekadar informasi, Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medyna, dan Mishall Imani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Azhan Rani berkongsi situasi yang membawa kepada keadaan yang berlaku kepada Elly Mazlein yang terpaksa mengacarakan Gegar Vaganza 9 (GV9) dengan berkerusi roda, Ahad lalu.
Menurut Azhan Rani, lutut bintang berkenaan ‘meletup’ ketika mahu melakukan babak akhir drama Gila Viral yang bakal bersiaran tidak lama lagi.
“Gambar ni sebelum kejadian kaki Kepom (Elly) kesayangan Malaysia ni meletop. Time ni dah lewat malam jugak nak buat scene terakhir ni. Dia macam biasa la energy macam kat GV tu macam tu la jugak kat set ni.
“Tengah shoot scene ni masa dia buat step kuda bersorak tu tiba-tiba kaki dia meletop. Terduduk terus. Lepas bagi rehat, team produksi hembus-hembus sikit, bagi dia makan coklat pastu dia sambung lagi scene tu macam takde apa-apa,” jelasnya.
Aktor versatil itu berkongsi mengenai hal berkenaan menerusi salah satu entri di Instagram, pada Isnin.
“Semalam kat set ni dah terjingkut-jingkut. Produksi siap panggil team physiotherapist datang buat alignment balik kat kaki Kepom.
“Masa tu dah cakap dah macam mana nanti kat GV. Saja main-main cakap why not nanti pakai je wheelchair kalau susah sangat. Bukan senang nak tengok host live pakai wheelchair kat TV.
“On the way aku balik dari set drama #gilaviral ni dah nampak kat feed dia buat hal atas stage dengan wheelchair dah. Memang la budak ni. Kepom memang fighter, #salute.
#gws @iamellymazlein Kepom. All the best. Safety first. Ingat ni 2022 bukan 2007 lagi,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut mendoakan agar Elly yang mesra disapa Kak Lina cepat pulih.
Terdahulu, Elly turut memaklumkan perkara sama menerusi Instagram miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...