Kontroversi yang melanda penyanyi Sufi Rashid dan bekas pengurusnya, Arif Dollah mendapat publisiti meluas daripada media tempatan mengenai kes gangguan seksual yang menjadi bualan hangat sekali lagi selepas penyanyi itu mengungkit kembali kisah pada tahun 2015 yang lalu.

Memandangkan kes tersebut dilaporkan telah ditutup oleh pihak polis Singapura pada 18 September dua tahun lalu, Arif bagaimanapun masih belum dapat menutup pandangan orang yang kini menyaksikan dia terpaksa berdepan dengan kejian masyarakat yang melabel dirinya sebagai pelaku seks pedofilia kerana kes tersebut.

Meski dianggap bebas daripada dakwaan yang dibuat usai siasatan polis, Arif ketika ditemui dalam sesi sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini tampil untuk menjelaskan keadaan dengan terperinci sebagai usaha untuk membersihkan nama baiknya.

Menerusi temu bual video Sufi yang disiarkan oleh satu akaun Facebook di Singapura, penyanyi kelahiran negara itu mengungkit kembali kisah dirinya dengan menyebut dia dirogol individu yang merujuk kepada bapa tirinya.

IKLAN

“Sudah-sudahlah tu nak tuduh saya liwat. Tak penat ke nak ungkin kisah lapuk. Gunalah cara lain untuk naikkan nama sendiri. Kes tersebut pun dah tutup dua tahun lalu sebab tak ada bukti yang mengatakan saya mencabul dia.”

 

“Namun, saya tahu dia memang suka dan tidak akan berhenti cipta kontroversi atau membuat isu panas. Ini juga adalah cara dan strategi yang dia dah atur untuk mempromosikan lagu terbaru dan dia bakal sertai program AF All Stars.

 

 

“Saya sudah menonton video tersebut dan saya lihat dia seperti keliru dengan kenyataannya sendiri. Sebelum ini kata diliwat dan kemudian gangguan seksual.

“Kali ini, dia kata dirogol pula. Saya hairan, dia tak rasa malu ke asyik cakap benda yang sama dan mengaibkan diri sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Sufi ketika dihubungi sebuah media pada hari Selasa lalu, menafikan bahawa dia sengaja membangkitkan semula kisah tersebut hanya kerana mahukan populariti tetapi ingin jadikan motivasi kepada peminat.

IKLAN

“Saya tak pernah cari kontroversi seperti yang diperkatakan. Malah, ia bukan salah saya sebab semuanya datang dengan sendiri,” ujarnya.

Sumber : Mstar Online

 

IKLAN

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI