Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan mengakui dirinya mahu buat kelainan untuk melancarkan album terbarunya yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Kongsi penyanyi yang popular dengan lagu Harus Terpisah ini, dia mengambil keputusan untuk tidak menyanyikan lagu-lagu ‘patah hati’ seperti barisan lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini.
“Jika album pertama saya ada banyak lagu-lagu yang berunsur patah hati, tetapi kali ini untuk album baru semuanya berunsur lagu-lagu positif dan kebahagiaan.
“Saya sudah tidak mahu lagi mengeluarkan lagi lagu berunsur patah hati.
“Jika kita sentiasa rasa bahagia dan gembira pastinya ia juga akan mempengaruhi minda kita. Itu antara mesej yang saya mahu ketengahkan dalam lagu baru akan datang ini,” katanya kepada MH.
Ads
Cakra, 27, ketika ditemui di sidang media Big Stage 2019 di Damasara Utama pada Selasa berkata, dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pasaran menerusi aplikasi digital.
“Album ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya pada hujung tahun ini. Kalau diikutkan situasi pasaran muzik sekarang, memang saya akan lebih beri perhatian kepada jualan lagu menerusi aplikasi digital kerana jualan album fizikal kurang mendapat sambutan,” jelas Cakra atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman.
Dalam perkembangan lain, Cakra turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap program realiti, Big Stage 2019 bagi mencungkil bakat-bakat ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU).
Big Stage 2019 akan bersiaran mulai 18 Ogos ini di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Ads
Seramai 12 peserta akan bersaing dalam program realiti tersebut iaitu Santesh, Adzrin, Irfan Harris, Kucaimars, Neeta, Syada Amzah, Fieya Julia, Sheryl Shazwanie.
Sementara empat peserta luar negara yang turut bersaing ialah Aziz Harun (Brunei), Jang Han-Byul (Korea Selatan), Chaleeda Gilbert (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia).
Foto : Instagram Cakra Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Adat pertandingan.” Itu kata pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang menyifatkan ketiadaan namanya dalam senarai penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) bukan rezeki buat dirinya pada kali ini.
Meskti tidak tercalon, penyanyi Temberang ini bagaimanapun tetap akan memberi sokongan penuh terhadap acara gilang-gemilang tahunan berkenaan.
“Ini semua adat pertandingan.Saya anggap ketiadaan nama saya dalam senarai penuhnya bukan rezeki namun akan tetap memberikan sokongan kepada penganjuran anugerah itu.
“Lagipun prinsip saya bukan nak kejar trofi tapi karya yang berkualiti untuk terus menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakonan. Itu lebih penting,” jelas Ayda.
Tambahnya lagi, sesebuah anugerah yang diraih tidak semestinya mampu menjamin seseorang artis itu untuk terus kekal berada dalam industri seni.
Sebaliknya, bagaimana seseorang artis itu mampu untuk terus merencana perjalanan seninya.
“Anugerah bukan tiket untuk melayakkan diri berada di dalam industri seni buat selama-lamanya.
“Saya pernah menang anugerah, tapi saya juga pada masa sama masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah yang terbaik serta lagu-lagu yang mesra pendengar bagi menambat hati peminat.
“Apapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang tercalon dalam lima senarai akhir ABP tahun ini,” ucap Ayda.
Sekadar informasi, ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9.00 malam.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ceria Megastar Ministar 2019 telahpun melabuhkan tirai semalam dan serentak dengan itu, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu penambahan hadiah wang tunai RM5,000 pemberiannya sejurus sidang media.
Ulas hos senior ini, umum sedia tahu pemenang tempat ke-4 sepatutnya hanya mendapat trofi sahaja, namun dia hanya mahu mengukir senyuman di wajah Putri dengan hadiah kemenangan, sumbangan Yayasan Pesona miliknya.
“Sebelum ia menjadi isu, biar #paknil terangkan di sini.
“Iya, Paknil di sidang akhbar selepas konsert akhir Ceria Megastar Ministar ada mengumumkan untuk menghadiahkan pemenang tempat ke 4 Puteri dgn wang tunai RM5,000.
“Semua tahu yg di pertandingan itu pemenang ke empat hanya beroleh trofi sahaja tanpa hadiah wang tunai.
“Jadi Paknil mengambil peranan sebagai Pengerusi Yayasan Pesona yg Paknil tubuhkan untuk memberikan senyuman kepada Puteri. Harap isu ini tidak disalahtafsirkan oleh mana2 pihak,” ulasnya menerusi Instagram.
Program realiti Ceria Megastar Ministar 2019 menyaksikan Ministar Eiffel muncul juara dengan membawa lagu Talking To The Moon dan Bohemian Rhapsody.
Tempat kedua disandang oleh Ministar Cici manakala tempat ketiga dimenangi oleh Ministar Aliff.
Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil sendiri) dan pelawak dan pelakon, Zizan Razak bertindak sebagai juri tetap manakala Ratu Dangdut, Mas Idayu sebagai juri jemputan.
Foto : Instagram Datuk Aznil Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Nazim Othman baru-baru ini telah menikmati percutian di kepulauan Maldives selama beberapa hari.
Bagaimanapun, berlaku insiden kecil telah menimpa bintang Monalisa itu apabila kaca mata bahagian cakuk sedikit bengkok akibat dari tindakannya terduduk di atas kaca mata hitam berkenaan secara tak sengaja.
“I wanna share something with U.. Baru-baru ni on the way to Maldives, saya terduduk atas spek mata saya dalam flight.
“Habis la bengkok dia punya cangkuk. Saya pun terkial-kial la nak kasi elok balik, tapi after awhile I gave up sebab takut kang patah pulak, sia-sia je,” kongsi Nazim.
Bagaimanapun, Nazim terus ke kedai cermin mata setibanya transit di Colombo, Sri Lanka untuk membaiki bahagian kaca mata yang rosak itu.
“Dipendekkan cerita , masa transit kat Colombo, saya terus pegi carik kedai cermin mata dengan harapan, boleh la kot mintak tolong staff situ betulkan.
“Staff yang jaga tu sorang pakcik dalam umur 50-an. Saya pun tunjuk la cermin mata saya pastu tanya sama ada dia boleh tolong.
“Digodek-godeknya spek mata saya dalam 5 minit and wallllllllllaaaaaah, elok balik. Yey! Saya nak bayar dia boleh cakap “it’s ok, keep your money, it’s just a small matter” I replied “thank U sir, may God bless U” . “May God bless U too” he said,” maklumnya.
Namun situasi yang berlaku di antaranya bersama insan berkenaan di lihat jauh lebih dari hanya sekadar bantuan membetulkan kaca mata.
“I know it sounds just like an ordinary simple story. However if U look from another perspective, it clearly shows that genuine and kind people still exist.
“U have no idea how I was smiling cheek to cheek after that.It’s wonderful how a simple act of kindness could make someone’s day. He made my day and I believe he felt glad he helped a stranger like me too.
“Dalam dunia hari ni di mana kita selalu dengar / baca berita pasal keganasan, negativiti, gosip dan sebagainya yang tak elok, it’s a relief to know that our world isn’t just that. Kind and genuine people still exist. If U can’t find one, be one,” tulis Nazim panjang lebar.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.