Ads

“Tak Lihat Persaingan, Hanya…,” – Irene Catalina & Nuim Lancar ‘Vibes Hari Raya’, Suntik Nafas Moden Dalam ‘Perang’ Lagu Raya 2026!

‘Perang’ lagu raya tahun ini nampaknya telah bermula, dan penyanyi Irene Catalina serta Nuim tidak terkecuali dalam mempertaruhkan karya terbaharu menerusi single duet bertajuk Vibes Hari Raya.

Lagu tersebut berjaya menyuntik mood ceria yang mampu menambah keseronokan dalam meraikan lebaran.

Menurut Irene, 48, dia berasa teruja dan dalam masa yang sama gementar kerana karya ciptaan serta tulisan Bendittho (Addiq Afdzal) itu merupakan lagu raya pertama yang dinyanyikannya.

“Lagu Vibes Hari Raya sangat istimewa buat saya, tambahan lagi ia menononjolkan bunyian yang segar, sesuai dengan generasi masa kini.

“Penceritaannya menggambarkan suasana sambutan Hari Raya generasi sekarang yang lebih moden dan meriah.

“Contohnya, tradisi seperti memberi duit raya masih diamalkan sehingga kini cuma ada yang sudah menggunakan teknologi memindahkan wang secara imbasan QR.

“Dari segi muziknya pula, ia rancak dan catchy, mudah diikuti serta sesuai untuk semua orang menyanyi bersama,” katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan Nuim sebagai rakan duet, Irene mengakui selesa bekerjasama dengan penyanyi tersebut, selain mengagumi keunikan suaranya.

“Nuim telah banyak memberi sokongan kepada saya sejak single pertama saya Mau Apa Lagi sebelum ini.

Ads

“Selain itu, Nuim mempunyai tone suara yang tinggi dan unik berbanding artis lelaki lain. Jadi, saya rasa memang sesuai untuk digandingkan dengan saya dalam lagu raya ini,” jelasnya lagi.

Mengulas tentang lambakan lagu raya yang mula dilancarkan artis tempatan, Irene melihat situasi tersebut dari sudut yang positif.

“Saya tidak melihatnya sebagai persaingan kerana lagu raya ini lebih kepada kepuasan diri kerana selama ini saya banyak menyanyikan lagu orang lain.

“Kali ini saya berpeluang membawakan lagu raya sendiri, Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dengan para pendengar,” kata artis naungan 78 Empire Records itu.

“Tak Lihat Persaingan, Hanya…,” – Irene Catalina & Nuim Lancar ‘Vibes Hari Raya’, Suntik Nafas Moden Dalam ‘Perang’ Lagu Raya 2026! “Tak Lihat Persaingan, Hanya…,” – Irene Catalina & Nuim Lancar ‘Vibes Hari Raya’, Suntik Nafas Moden Dalam ‘Perang’ Lagu Raya 2026! “Tak Lihat Persaingan, Hanya…,” – Irene Catalina & Nuim Lancar ‘Vibes Hari Raya’, Suntik Nafas Moden Dalam ‘Perang’ Lagu Raya 2026! “Tak Lihat Persaingan, Hanya…,” – Irene Catalina & Nuim Lancar ‘Vibes Hari Raya’, Suntik Nafas Moden Dalam ‘Perang’ Lagu Raya 2026! “Tak Lihat Persaingan, Hanya…,” – Irene Catalina & Nuim Lancar ‘Vibes Hari Raya’, Suntik Nafas Moden Dalam ‘Perang’ Lagu Raya 2026!

Proses Pembikinan & Harapan

Menyentuh proses pembikinan Vibes Hari Raya, Irene menjelaskan bahawa tempoh penghasilannya tidak mengambil masa yang lama, walaupun tetap mempunyai cabaran tersendiri.

Ads

“Proses menyiapkan lagu ini secara keseluruhan mengambil masa lebih kurang dua bulan. Lagu ini digubah oleh Bendittho, masih komposer yang sama seperti untuk lagu Mau Apa Lagi.

“Alhamdulillah, kerja jadi lebih mudah kerana dia sudah memahami karakter dan kesesuaian suara saya.

“Di sebalik keseronokan menghasilkan lagu raya ini, ada juga cabarannya iaitu untuk membawa karakter yang ceria dan fun. Lagu ini memerlukan saya tampil lebih bertenaga dan kedengaran playful.

“Untuk melakukannya, saya telah mengikuti latihan vokal secara profesional. Saya banyak belajar dan seronok menikmati proses rakaman lagu ini.

“Saya harap orang ramai dapat menikmati lagu ini dan sama-sama merasai semangat serta keceriaan Hari Raya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nuim turut meluahkan rasa syukur dan keterujaannya kerana berpeluang berduet dalam lagu berkenaan.

Ads

“Saya sangat bersyukur dan teruja dapat melancarkan lagu ini. Setiap proses daripada idea, rakaman hingga ke pelancaran memberi pengalaman yang sangat bermakna buat saya.

“Lagu ini bukan sekadar karya, tetapi juga refleksi perjalanan dan emosi yang ingin saya sampaikan kepada pendengar.

“Bekerjasama dengan Irene adalah satu pengalaman yang sangat menyenangkan kerana beliau seorang yang profesional dan komited. Irene juga sangat fokus ketika bekerja demi memastikan hasil yang terbaik.

“Dari segi kreativiti, beliau juga banyak memberi idea yang segar dan membantu menaikkan lagi kualiti lagu ini. Saya sangat menghargai peluang untuk bekerjasama dan berharap dapat berkolaborasi lagi pada masa akan datang.

“Semoga lagu raya ini dapat diterima baik dan memberi impak positif kepada semua yang mendengar, Insya-Allah,” katanya yang pernah menyertai pertandingan I Can See Your Voice Malaysia dan banyak lagi.

Vibes Hari Raya dilancarkan di beberapa platform digital termasuk Spotify bermula 21 Februari lalu dan lirik video rasmi oleh 78 Empire Records turut dilancarkan di YouTube pada tarikh sama.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Anak Saya Telah Pulang Ke Negeri Abadi…,” – Anak Sulung Amyza...

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi khabar duka apabila memaklumkan anak sulungnya, Andre Mikhail yang mengidap kanser paru-paru dilaporkan telah menghembuskan nafasnya terakhir pada, malam Isnin.
error: Hello. Cannot.