Ads

‘Tak Kelakar’- Harith Iskandar Dikecam Kerana Gurau Nama ‘Dua Lipa’

Kecoh baru-baru ini apabila segelintir netizen Malaysia dikatakan menjadi punca kepada penyanyi, Dua Lipa menukar kapsyen Instagram yang ditulis buat ayahnya itu.

Berikutan itu, ramai netizen lain yang meluahkan rasa malu atas sikap ‘biadab’ tersebut apatah lagi penyanyi tersebut bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia, Mei ini.

Dalam pada itu, selebriti, Harith Iskander yang mungkin cuba menenangkan suasana dengan ‘lawak’ berkaitan penyanyi tersebut mendapat kecaman ramai.

“Instead of telling Dua Lipa Off about calling her dad #babi, Malaysia citizen should be more concerned that her dad gave her a name that sound like she’s forgotten something…twice,” tulis Harith di laman Twitter miliknya.

Percubaannya itu membawa padah apabila dia pula yang mendapat kecaman ramai mengatakan ‘lawak’nya itu tidak kelakar serta meninggalkan video komen kepadanya.

Ads

Ads

Namun begitu, menerusi pemerhatian MH, ada juga netizen yang terhibur dengan gurauannya itu.

Ads

‘Sometime, all we need is a good laugh’. Pada MH, tidak perlulah kita panjangkan perkara yang sudah lepas.

Apa-apapun MH tidak sabar untuk menonton konsert Dua Lipa di KL, nanti!

sumber: Twitter Harith Iskander

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nama Yang Sama Muncul Dalam Bentuk Fizikal,” – Kebetulan 10 Tahun...

Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...
error: Hello. Cannot.