
Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro mengakui apabila terjun dalam industri makan dan minuman (f&b), dia tidak dapat lari daripada kritikan dan kecaman pelanggan di media sosial mengenai perniagaan makanan yang diusahakan.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, 40, dia menyifatkan setiap kritikan dan komen yang diterima sebagai satu bentuk promosi dalam perniagaan dan tidak akan patah semangat untuk terus berniaga.
“Dalam yang suka, ada juga beri komen tentang macam-macam perkara seperti status sijil halal, kualiti maka, berkaitan kakitangan dan sebagainya.
”Apa pun bagi saya, ini semua asam garam dalam perniagaan. Saya tak boleh nak tutup mulut dan puaskan hati semua orang.
“Bagaimanapun, saya suka dengan pandangan orang tapi bukan dalam bentuk hinaan. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya ada orang terus bercakap tentang perniagaan saya ini,” katanya.
Ajak ditemui pada majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) untuk restoran Bumbu Babah yang berjaya mencatatkan Jualan Tertinggi Hidangan Nasi Padang Dalam Tempoh Satu Hari di MyTown, Kuala Lumpur pada Jumaat.


Cipta Rekod MBOR
Bercakap tentang kejayaan yang diraih, Ajak menyifatkan ia sebagai di luar jangkaan memandangkan perniagaannya itu masih baharu.
“Sejujurnya memang tak jangka semua ini akan berlaku, sudah sejauh ini. Sebenarnya idea asal pembukaan restoran ini pun demi memenuhi permintaan anak untuk buka kedai makan.
“Syukur atas kejayaan dalam tempoh singkat ini. Pencapaian ini bukan sekadar angka. Ia adalah bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami.
“Apa yang bermula sebagai percubaan kecil kini menjadi suatu yang jauh lebih besar Alhamdulillahhh,” katanya lagi.
Restoran berkenaan sukses mencatatkan jualan 23,674 hidangan nasi padang dalam operasi mereka pada 1 Januari lalu (sehari).
Kejayaan tersebut direkodkan menerusi jualan di 40 rangkaian restoran seluruh Malaysia.
Bumbu Babah bermula sebagai sebuah gerai kecil di medan selera Giant Batu Caves pada akhir tahun 2024.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




