Baru-baru ini, pelakon, Adam Corrie berkongsi bahawa isterinya, Fazema Mohd Fuad bakal dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan untuk melahirkan anak sulung mereka.

Bagaimanapun, semalam, Adam sekali lagi memberikan penjelasan bahawa isterinya tidak jadi dibedah dan anak mereka akan dilahirkan secara normal bulan ini.

“Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer untuk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital.

“Kalau bidadari saya bersalin semalam, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah… terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari saya dan Baby Lee.

“Doktor nasihatkan banyakkan berehat, tak boleh keluar rumah supaya darah tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak. Baby Lee nak bermanja lagi dalam rahim mak tu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Adam juga sempat meminta maaf kerana tidak sempat memberikan penjelasan dengan lebih terperinci mengenai keadaan kesihatan isterinya.

IKLAN

“Saya mewakili bidadari saya ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya. Dia tak dapat menjawab sebarang panggilan.

“Handphone dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat. Terima kasih murabi saya Ustaz @zulramli_mrazali dtg hospital ziarah kami smlm. #adamcorrie #babyLee #adamfazi,” tulisnya lagi.

Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital. . Kalau bidadari sy bersalin smlm, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee ?. . Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya Darah Tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak?. Baby Lee nak bermanja lagi dlm rahim mak tu ?… . Sy wakil bidadari sy ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dpt menjawab sebarang panggilan. Hp dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat. . . Terima kasih murabi saya Ustaz @zulramli_mrazali dtg hospital ziarah kami smlm. #adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️ . Ini ig sy, sy berhak utk delete komen dan block sesiapa sahaja yang tidak menjaga adab . Terima kasih ?

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

IKLAN

Terdahulu, Adam pernah berkongsi debarannya bergelar ayah setelah 10 tahun menanti kelahiran anak sulung mereka.

IKLAN

Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad,36, pada 2008.

Foto: Instagram Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI