Pelawak, Shahrol Shiro mendedahkan penghantar surat yang satu ketika dahulu pernah tular gara-gara isu melastik seekor anjing di sebuah kawasan kejiranan kini difahamkan sudah kembali bertugas.
Jelas Shahrul, penghantar surat yang dikenali dengan panggillan Dollah Posmen itu nyata gembira kerana dia dapat kembali menjalani rutin hariannya seperti sedia kala.
Katanya lagi, dia juga amat berterima kasih kepada Shahrol kerana telah membantunya menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Terserempak dengan Dollah posmen yg pernah viral dahulu pasal lastik anjing kini sudah menyarung baju posmen kembali.
“Tak henti mulut melafazkan syukur dan terima kasih atas bantuan termasuk doa-doa dari semua beliau tidak diberhentikan kerja.
Ads
“Kita cuma bantu apa yang mampu. Semoga Allah swt merahmati kita semua.
Lepas menteri umum boleh duk kat kedai makan nanti kita ngeteh yer Dollah.,” tulisnya.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Shahrol turut menambah, dia sememangnya berasa amat senang apabila dapat membantu lebih-lebih buat mereka yang ketika ini terkesan hidupnya dek kerana penularan wabak Covid-19.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur selain turut berharap agar insiden seumpama ni dapat dijadikan pengajaran.
“Semoga murah rezeki Encik Dollah dan kerjalah dengan jujur dan amanah. Kepada Encik Shahrol diucapkan syabas.
Ads
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan kerja Dollah. Terima kasih Shahrol yang bantu selesaikan masalah ni dulu.
“Terbaikl bang. Mai jadi wakil union Pos Malaysia la,” antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Instagram.
Sumber: Instagram Shahrol Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon cantik, Anzalna Nasir berkongsi beberapa foto serta video bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Mohamad Eidrees yang kedua, hari ini.
Bintang drama Dendam Aurora itu berkongsi momen indah tersebut menerusi Insta Stories.
“Dulu waktu pregnant, memang suka buat rambut curly. Alhamdulillah lekat juga kat Eidrees,” tulisnya.
Selain itu, bekas peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini juga ada berkongsi cerita detik bersalin anak pertamanya itu.
Malah dia pada masa turut menzahirkan rasa syukur kerana kelahiran permata hati menjadi pelengkap hidupnya bersama suami, Hanif Zaki.
Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersyukur diberikan Allah kesempatan untuk kembali bertemu bulan yang penuh keberkatan buat umat Islam itu, penyanyi Ameng mengakui Ramadan kali ini istimewa apabila dia turut berpeluang mendekati peminat dengan buah tangan terbaru.
Muncul dengan lagu raya berjudul Aidilfitri Yang Ku Rindu, ia pastinya menjadi hadiah berharga buat peminat yang sentiasa menanti kemunculan terbarunya.
Menurut Ameng, lagu itu juga menjadi simbolik silaturahim antara dirinya dan peminat kerana ia dihasilkan oleh peminat setia yang mengikuti perjalanan karier seninya sejak bersama Spring lebih tiga dekad lalu, dikenali sebagai Rash.
“Memang saya pernah merakamkan lagu raya, tetapi usaha sebelum ini tidak memberikan kepuasan jitu kepada diri saya sebagai penyanyi. Dalam projek itu, saya berganding bahu dengan barisan penyanyi popular yang bernaung di bawah pengurusan Sony Music Entertainment, sedikit masa lalu.
“Secara peribadi, saya melihat ada ruang baharu untuk saya teroka kerana saya masih belum mempunyai lagu raya yang betul-betul popular. Di samping itu, saya juga ingin kembali mendekati peminat yang mungkin merindui kemunculan terbaru saya.
“Saya ambil peluang itu dengan merakamkan lagu raya kerana mahu memberikan sedikit kelainan. Secara tidak langsung, usaha saya itu turut memberikan lebih pilihan kepada peminat, selain menambah khazanah komposisi lagu raya baharu untuk dinikmati pencinta muzik,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu masih mengekalkan genre muzik yang sinonim dengan dirinya iaitu pop balada.
“Sebagai peminat fanatik kumpulan Spring, Rash sangat memahami cara nyanyian dan genre lagu yang saya hasilkan ketika bersama kumpulan itu.
“Untuk memastikan sentuhan ini memenuhi kriteria yang saya inginkan, saya turut memberikan idea dari segi komposisi melodi kerana saya mahukan keselesaan ketika rakaman.
“Dengan pengalaman yang ada, saya dan Rash berkongsi idea serta mencari titik tengah kerana mahukan proses penghasilan lagu ini memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Ameng juga percaya, lagu ini bakal menjadi pilihan peminat setia yang merindui kemunculan terbarunya, meskipun dia menghadirkan karya yang sedikit berbeza.
“Kebanyakan lagu raya menyuntik elemen nostalgia dan kemelayuan dengan mengetengahkan genre muzik tradisional dan seperti asli, joget serta keroncong.
“Saya pula memilih untuk tampil dengan genre balada kerana muzik seperti itu adalah cerminan jiwa saya,” katanya lagi.
Sebagai penyanyi yang sudah lama bertapak, dia juga begitu teliti dalam pemilihan lagu. Namun pada satu sudut, dia juga perlu mengimbangi antara kemahuan peribadi dan kehendak peminat.
“Saya perlu akur dengan selera peminat, tetapi pada masa sama cuba menghasilkan karya yang mengikut peredaran zaman, tanpa mengetepikan identiti muzik yang sinonim dengan diri.
“Pada asalnya, melodi lagu ini kedengaran sangat berbeza dengan apa yang dirakamkan.
“Memandangkan saya agak teliti dalam pemilihan lagu, saya tidak kisah mengambil sedikit masa untuk memastikan lagu ini memenuhi kriteria yang saya inginkan.
“Kerja penghasilan lagu ini mengambil masa hampir setahun kerana ia melalui beberapa proses tambah baik. Hanya selepas betul-betul berpuas hati, baru saya mengambil keputusan untuk merakamkannya,” katanya.
Tidak menafikan, tempoh promosi untuk lagu raya agak terbatas memandangkan ia hanya diputarkan pada musim perayaan.
Ameng bagaimanapun yakin, Aidilfitri Yang Ku Rindu bakal bertahan, seterusnya menjadi pilihan peminat setiap kali lebaran menjelma.
“Aidilfitri Yang Ku Rindu mempunyai nilai sentimenal yang tersendiri dan saya percaya, ia mampu merentas sempadan masa untuk terus menjadi pilihan peminat setiap kali musim perayaan tiba.
“Saya berharap pencinta industri muzik bersikap lebih terbuka dan terus memberikan sokongan terhadap karya terbaru saya, meskipun lagu raya nostalgia lebih mendapat tempat kerana sudah sebati di pendengaran ramai.
“Lagu baharu akan tetap ada kerana sebagai pengkarya, kami perlu sentiasa mencuba dan menghasilkan karya untuk terus memajukan industri muzik.
“Secara peribadi, saya tidak terlalu mengharapkan penerimaan yang luar biasa, tetapi saya percaya sudah memberikan yang terbaik seperti yang dimahukan peminat,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu boleh didengari menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pengasas kosmetik yang didakwa mempersenda dan mempermainkan agama Islam.
Usahawan itu dikatakan mengeluarkan kenyataan ‘tidak suka sembahyang dan semua orang tidak sembahyang pada tahun 2021’ menerusi satu rakaman video yang tular.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, menerusi Sinar Harian memberitahu, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 52 tahun dari Jalan Salor, di sini pada jam 10.25 pagi Ahad.
“Lelaki berkenaan melihat rakaman itu selepas dikongsi di aplikasi kumpulan WhatsApp pada jam 8 malam.
“Tindakan suspek dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Selain itu katanya, berdasarkan semakan terhadap rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan percakapan suspek seolah-olah mempersendakan solat dan bacaan surah Yasin.
“Kes disiasat mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Video berkenaan turut dikongsikan pengguna media sosial lain dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...