Pelakon senior, Azhar Sulaiman berkongsi cerita sejak tahun lepas rezekinya cukup murah apabila dia tidak henti-henti menerima tawaran kerja daripada penerbit dan pengarah.
Secara berseloroh, Azhar menyifatkan rezeki mencurah-mencurah itu adalah disebabkan populariti anak bongsunya, pempengaruh (influencer) Kasih Iris Leona yang semakin mendapat perhatian netizen.
“Sejak setahun ini saya tak berhenti-henti berlakon.
“Saya rasa saya kena berterima kasih kepada anak saya, Leona sebab dia punya pasal, nama saya terpalit dan saya jadi hot,” kata Azhar memetik perkongsian video semasa dia diundang sebagai tetamu di stesen radio Buletin FM.
Sebelum ini, nama Leona sering kali menjadi perhatian netizen disebabkan gaya pemakaiannya yang seksi selain gemar berkongsi videonya menari menerusi aplikasi TikTok.
Ads
Azhar yang juga merupakan seorang arkitek cukup popular menerusi filem 90-an, Abang 92 dan namanya masih lagi kekal relevan sehingga kini.
Pelakon kelahiran Bentong, Pahang ini mendirikan rumah tangga dengan peguam, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan tiga cahaya iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 21 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kegagalan sekali hingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM2 juta saat kilang kosmetik dibuka bersama suami pada tahun 2016 tidak pernah membantutkan perjuangan usahawan viral, Eiyma Jalil.
Malah episod kegagalan akibat isu kesilapan teknikal bancuhan bahan digunakan dalam produk kosmetik tidak memenuhi piawaian pelanggan itu dilihat sebagai isyarat yang seterusnya menjadi iktibar berguna.
Bagi bekas pekerja bank dan bekas jurusolek artis dengan nama penuh Norazimah Jalil ini, kegagalan itu menjadi titik tolak kepada kejayaannya kini.
Dia hingga kini memiliki tiga kilang kosmetik sendiri dan jenama produk kecantikan, Haus Cosmetics dan banyak kisah suka duka dan perjalanan turun naik usahanya itu dikongsi di aplikasi TikTok bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada 5 Januari lalu.
“Hasil duit simpanan, saya berjaya dan nekad membuka kilang kosmetik sendiri sekitar 2016. Masa itu cita-cita besar dan melangit kerana kilang berkenaan menjanjikan formula halal tahap antarabangsa.
“Tapi malang tak berbau, kilang itu kerugian RM2 Juta pada tahun kedua operasi iaitu 2017. Saya termenung dan jatuh terduduk mengenangkan nasib diri. Jumlah kerugian itu bukan kecil anak.
“Namun gagal sekali, bukan bererti gagal selamanya. Tapi kita perlu bangkit, konsisten dan fokus dengan impian yang mahu digapai. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun setiap yang terjadi terselit hikmah bermakna,” kata Eiyma.
Menerusi video sama yang sudah pun menerima tontonan lebih 100,000 kali itu, Eiyma mengimbas kembali memori lama pada zaman mudanya.
“Memang rindu zaman dulu kala waktu remaja dan zaman kanak-kanak. Saya anak sulung daripada empat beradik, datang dari keluarga sederhana. Saya pernah belajar di sekolah agama. Lagak saya dulu macam ustazah, jangan main-main.
“Tahun 2000, saya menamatkan pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Kuantan, Pahang. Kemudian, terus dapat kerja di bank. Tahun 2018 saya berkahwin dengan Azizi Mohd dan dikurniakan tiga cahaya mata.
“Malah saya sempat sambung pengajian ijazah sarjana di UiTM, Shah Alam pada 2019. Masa itu, saya bekerja bank sambil belajar selain jadi jurusolek artis,” katanya yang ketika tempoh itu turut hamil tujuh bulan anak pertama.
Tambah pemilik syarikat GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd ini lagi, istilah putus asa tiada dalam kamus hidupnya.
“Saya berusaha bangkit semula memikirkan idea baharu. Allah bagi jalan keluarkan jenama kosmetik Haus pada 2017. Saya, suami, staf dan ejen bertungkus lumus menaikkan jenama ini siang dan malam.
“2020 saya juga mula memberanikan diri membuat lintas langsung di media sosial, walaupun muka saya tak lawa. Saya optimis mengajar masyarakat dan pengguna mengenai bahan, teknologi dan cara cari produk selamat.
“Siang malam lintas langsung, walaupun tak ada orang ‘view’. Selepas beberapa tahun konsisten, ia membuahkan hasil,” katanya lagi.
Eiyma menjelaskan rezeki Tuhan tidak pernah salah alamat.
“Tahun 2021, Tuhan beri nikmat terindah di era pandemik COVID-19 apabila bedak Magicpink Compact terjual 100,000 unit. Taruhan produk baharu, suplemen Beaubright juga berjaya dicetuskan dengan kolaborasi saintis dari Switzerland yang juga pengasas Mibelle Biochemistrry, Dr Fred Zullie.
“Lebih manis kembara perjalanan ini turut diiktiraf anugerah Superbrand dan Nona Superwoman Award. Harapnya akan ada banyak lagi kejayaan manis, kecemerlangan dan terus kaya menyusul selepas ini,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini, susulan konflik rumah tangga yang dihadapi.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, ia dilakukan atas persetujuan ahli keluarga.
“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera. Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.
“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.
“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.
“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya, lapor BH Online.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.
“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga. Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.
“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya lagi.
Terdahulu pada Khamis, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon itu akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana tetap dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof susulan konflik yang berlaku di dalam rumah tangganya.
Meski Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengan isteri pertamanya itu, namun Puteri Sarah menerusi Harian Metro menyifatkan mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah.
“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” katanya.
Terdahulu, di dalam temubual eksklusif di dalam akhbar sama, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.
Syamsul pada masa sama turut memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Sumber : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...