Uncategorized

Tak Hadir Ke Konsert Terakhir Big Bang, T.O.P Terima Kecaman Lagi!

Share

BARU sahaja memasuki tahun 2018, ahli kumpulan Big Bang, T.O.P sekali lagi dilanda kontroversi lapor Koreaboo.

Tahun lalu menyaksikan T.O.P menjadi bahan kecaman netizen apabila ‘kantoi’ menggunakan dadah hingga menyebabkan dia terpaksa keluar daripada latihan ketenteraannya, kemudian dimasukkan ke hospital dipercayai terlebih dos dadah.

Sehingga kini dia kekal berada di bawah radar jauh dari mata orang ramai hinggalah pada malam tahun baru lalu.

Foto dia bersama rakan-rakan keluar minum menyambut tahun baru tular di media sosial menyebabkan netizen mempersoalkan tindakannya itu.

Pada hari yang sama juga adalah konsert terakhir Big Bang sebelum Taeyang and G-Dragon memasuki tentera.

Peminat grup itu khususnya menyatakan rasa kecewa mereka kerana mengharapkan kehadiran T.O.P semasa konsert tersebut kemudian mendapati dia bersama rakan lain sedang meraikan malam tahun baru.

Rakan T.O.P yang memuat naik gambar tersebut segera menukar gambar itu tanpa selebriti itu di dalamnya setelah menyedari reaksi negatif netizen.

Setakat ini, agensi T.O.P, YG Entertainment ataupun rapper itu sendiri tidak memberikan apa-apa komen mengenai perkara ini.

IKLAN