Sekarang ni, populariti drama Melayu bersiri memang tak boleh disangkal. Artis-artis yang jadi watak utama hampir pasti akan mencanak naik kalau dapat pukau die-hard fans slot drama, lagi-lagi kalau kisah cintanya manis tahap potong kaki. Hebat tak hebat penangan on-screen couples ni, tengok sajalah contoh #lofattah yang super trending tak lama dulu.

Tapi mesti ramai juga yang perasan, plot-plot drama popular ni kebanyakannya hampir sama, sampai tahap boleh diteka. Tak kiralah cerita tu pasal abang pilot ke, abang bomba ke, semua I love you lah, tak pun suami ku itu ini lah bagai dan trend sekarang pasal kena kahwin paksa. Oh, no!

Tak Habis-Habis Kisah Cinta Tak Setaraf & Kahwin Paksa, Beto Kusyairy Dah Bosan

 

Asyik disajikan genre drama yang sama, pelakon, Beto Kusyairy meluahkan isi hatinya di Twitter baru-baru ini.

IKLAN

Tak Habis-Habis Kisah Cinta Tak Setaraf & Kahwin Paksa, Beto Kusyairy Dah Bosan

 

“Tak sudah-sudah dengan kisah cinta berlainan taraf & kahwin paksa untuk gabung/selamatkan empayar perniagaan ni. Sampai bila eh kita nak duduk kat takuk ni? ke ini yang majoriti penonton kita nak?

“Skrip/sinopsis yang ditawar asyik pusing benda sama, nama watak dan bisnes aje yang lain. Boring gila!” katanya

Hmmm… MH pun perasan jugak memang drama-drama sekarang ini banyak yang sepesen, tapi kalau itu yang penonton nak, kita nak buat macam mana kan?

IKLAN

Tak Habis-Habis Kisah Cinta Tak Setaraf & Kahwin Paksa, Beto Kusyairy Dah Bosan

 

IKLAN

“Konsep demand dan supply? Cinta sweet-sweet yang jauh dari realiti, hidup kita ni memang dengan fantasi dongeng semata aje ke?

“Isu pokok di sini adalah content. Content is king!” luahnya lagi.

 

Selain itu, Beto juga mengakui bahawa ada rakan-rakan aktor yang meluahkan mengenai perkara ini tapi…

“Sebenarnya ramai aje dari kalangan kami yang tidak berkenan dengan hal ini tapi tak berdaya sebab ada mulut yang nak disuap & bil yang perlu dilangsaikan.

“Nak tak nak terpaksa juga buat bila itu je tawaran yang ada,” katanya lagi.

Tak apalah Beto, kalau kat situ rezekinya buat sajalah kan? MH pun suka tengok Beto berlakon, bagus sangat!

Pada masa yang sama, diharap para penerbit pun fikirkan juga content untuk audien yang lebih diverse walaupun keuntungan tak semewah bikin drama. Yalah, para pelakon kita ramai yang berbakat besar, takkan asyik nak bagi watak anak orang kaya spoiled yang bertaubat, eh?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI