Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup mendera kanak-kanak.

Katanya, sebagai seorang ibu dia tidak faham bagaimana ada yang sanggup mendera kanak-kanak kecil yang tidak berdaya itu.

“Baru tinggalkan anak sekejap fya rasa subhanallah rindunyer bukan main. Tak fahamlah ada sesetengah orang yang tak ada perasaan mendera anak secara fizikal mahupun emosi anak.

 

“Lebih2 lagi yang masih kecil atau masih bayi lagi. Menendang,memukul,menjerit2 adakah itu penyelesaian bagi masalah tekanan orang sebegini?

 

“Sama sekali tidak layak untuk menjadi manusia yang dihormati. Kalau stress sangat pun kat tempat keje ataupun hutang, kamu kan manusia bukan binatang yang takde perasaan.

 

“Haiwan pun ada rasa belas kasihan dan sayangkan anak. Kamu??? Akhir zaman ni banyak sangat kes2 penderaan.Bila hati telah hitam,” tulisnya.

IKLAN

Sebelum ini, sudah banyak kes penderaan kanak-kanak dilaporkan media malah, ada juga kes dimana kanak-kanak itu menemui ajal mereka.

IKLAN

Ada betulnya apa yang diperkatakan Lufya itu, lagipun sudah terlampau banyak melibatkan kanak-kanak, ini sangatlah merisaukan.

IKLAN

Apa-apapun, MH harap perkongsian Lufya sedikit sebanyak dapatlah membuka mata masyarakat supaya isu ini dapat dibendung. Sedih hati ini saat membaca kes-kes kanak-kanak didera setiap hari kan?

Foto/Instagram: Lufya Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI