Nampaknya sejak beberapa minggu kisah-kisah Fathia sudah kurang disebut-sebut di dada akhbar ataupun portal hiburan, namun terbaru Fathia Latiff telah bersuara dan berkongsi pandangannya tentang isu semasa membuatkan namanya menjadi topik hangat di media sosial semula.

Seperti yang kita tahu beberapa hari yang lalu netizen telah sebulat suara bersetuju dengan hukuman yang dikenakan kepada seorang penganggur yang telah dijatuhkan hukuman ke tali gantung kerana telah merogol, sembelih dan bunuh seorang suri rumah.

Bagaimanapun, pelakon yang sering terpalit dengan beberapa kontroversi ini bersuara tentang isu ini dan memberi sedikit padangannya.

Pada pandangan MH mungkin Fathia cuba maksudkan untuk mengurangkan sedikit hukuman kepada pesalah kerana percaya setiap orang akan belajar dari kesilapannya.

IKLAN

Namun apa yang telah dikongsikan oleh pelakon ini telah disalah ertikan sehingga menimbulkan kemarahan pengguna twitter.

IKLAN

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa pihak yang langsung tidak setuju dengan kenyataan Fathia dan ada berkata tindakan ini perlu di ambil serius agar orang ramai tidak ulangi kesilapan yang sama.

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI