Pelakon, Puteri Sarah Liyana menganggap komen-komen nakal yang mengatakan kemelut rumah tangga yang sedang dilalui oleh bekas madunya, Ira Kazar dan pengarah, Syamsul Yusof sebagai kifarah adalah satu tindakan yang keterlaluan.
Menurut Puteri Sarah, sebagai individu yang mempunyai pertalian keluarga, dia tetap mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Ira.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu. Tak baik kita kata sebegitu (kifarah). Saya pun sebenarnya tidak mengambil tahu tentang mereka.
“Saya, ahli keluarga dan keluarga mentua pun tahu mengenai kisah mereka ini daripada Instagram. Kami memang tidak tahu apa-apa.
“Sebagai keluarga, kita doakan sahaja yang terbaik untuk mereka berdua,” katanya kepada MH.
Ibu kepada dua orang cahaya ini berkata sedemikian ketika ditemui sewaktu menghadiri prosiding di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pada masa sama, Puteri Sarah turut menegaskan dirinya tidak akan kembali semula ke pangkuan Syamsul meskipun ada pihak yang mengharapkan sedemikian.
Ads
“Saya hanya mampu ketawa sahaja. Untuk kembali semula, tidak akan berlaku kot. Cukuplah sekadar berkawan sahaja dan sama-sama menjaga anak-anak.
“Kalau boleh, saya tidak mahu dikaitkan lagi untuk punyai hubungan dengan Syamsul,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia bersimpati dengan nasib yang menimpa rumah tangga pasangan itu, Puteri Sarah terkedu seketika.
Ads
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Simpati itu ada dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka,” katanya lagi.
Meskipun berdepan dengan masalah rumah tangga, dia memaklumkan Syamsul tidak cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.
“Syamsul ada jumpa anak-anak. Itu tetap tanggungjawab dia. Apa yang berlaku pada dia, itu saya tak masuk campur,” jelas Puteri Sarah.
Ads
Pada 13 Jun tahun lalu, kemelut yang melanda rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.
Terbaharu, Syamsul melalui peguam pula telah pun mfailkan permohonan cerai terharap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 19 Ogos lalu.
Bagaimanapun, prosiding cerai yang sepatutnya berlangsung pada 27 Ogos lalu telah ditunda ke 25 September depan kerana Ira tidak hadir ke mahkamah.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebut sahaja nama Bienda atau pemilik nama penuh Nor Razlinda Razli pasti ramai akan terkenangkan suara lunak merdu bekas penyanyi nasyid kumpulan Solehah pada era 90-an ini yang juga pernah dianggotai oleh isteri usahawan terlajak laris, Datin Nur Shahida Mohd.
Sekadar recap, Bienda memulakan kerjaya nyanyiannya seawal usia 12 tahun dengan menganggotai sebuah kumpulan nasyid wanita Solehah selama 5 tahun, bermula dari tahun 1998 hingga 2002. Pada tahun berikutnya, Bienda telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Solehah dan mula bergerak secara solo.
Pasti ramai diantara peminat Bienda mahupun ‘Biendalovers’ yang tertanya-tanya apakah perkembangan terkini artis versatil yang pernah diangkat sebagai ikon fesyen, sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej berhijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy satu ketika dahulu.
Kini MH, tumpang gembira melihat bisnes pau yang diusahakan Bienda mendapat sambutan ramai. Pernah menjadi penyanyi kumpulan nasyid, Bienda bagaimana pun tidak segan berniaga di tepi jalan dan mencari pelbagai peluang rezeki halal demi kelangsungan hidup.
Sejak perniagaan pau viral sekitar tahun 2022, Bienda berkata perniagaan ‘Papapau’ yang diusahakan bersama suami tercinta iaitu Kamarul Zariman Abdul Rahman pada hujung Disember 2021 masih mendapat sambutan dan mempunyai penggemar tersendiri.
Pau yang dijual selain gebu dan berinti penuh, terdapat pelbagai perisa ditawarkan termasuklah Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Kacang, Pau Coklat Beryls, Pau Kari Ayam Dara dan Pau Kari Daging Empuk.
Paling rare, perisa Pau Bolognese Mozarella Cheese dan Pau Carbonara Cendawan Subur.
Akui wanita cantik dan anak kepada penyanyi Sheeda ini, gerai jualan mereka dikunjungi ramai sejak gambarnya menjual pau di tepi jalan bertebaran di media sosial.
Malah, menurut Bienda sebelum memulakan perniagaan menjual pau, dia sememangnya sudah bergiat aktif hingga bidang perniagaan bukanlah satu perkara asing baginya. Bienda mula menceburi dunia perniagaan dengan menjual tudung dan inner.
Selain rancak berniaga pau aneka perisa, Bienda juga menjual koleksi jubah dan busana wanita. Sampai hampir licin di pasaran. Alhamdulillah!
Malah ketika ditanya, adakah dia merasa kekok keluar dari dunia ‘glamour’ dan kini bergelar oarang kebanyakkan, Bienda menegaskan bahawa dia langsung tidak kisah berniaga di tepi jalan seperti yang diusahakannya bersama suami ketika ini. Asalkan produk yang dijual berkualiti dan sedap.
Untuk rekod, Bienda berkahwin dengan suaminya yang merupakan bekas penerbit sebuah stesen televisyen pada pada 10 Oktober 2009.
Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun itu, kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pempengaruh Marissa Dania Hakim tampil bersuara menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengundang fitnah.
Anak kepada pasangan selebriti, pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim berusia 19 tahun itu berkata, orang ramai seharusnya menjaga setiap pertuturan dan mengelak sebarang pemikiran negatif.
“Berhenti sebarkan khabar angin dengan pelbagai spekulasi yang akan membawa kepada fitnah.
“Berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan dan berfikir,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Marissa menerusi hantaran di Insta Stories, hari ini.
Marissa turut mengingatkan supaya orang ramai seharusnya bersyukur bahawa segala aib mereka masih tersimpan rapi.
“Bersyukurlah aib kita masih dijaga Allah SWT,” ujarnya ringkas.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama atau isu yang diperkatakan, luahan Marissa dipercayai ditujukan kepada khabar angin yang bertebaran mengenai diri dan keluarganya.
Minggu lalu, suaminya iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan Marissa meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.
Bahkan dalam kenyataan itu, Aslam berkata hanya orang tertentu sahaja tahu mengenai perkara berkenaan termasuk bapa mentuanya.
Rentetan daripada berita duka itu, terdapat netizen yang melemparkan kecaman selain menganggap perkara tersebut sebagai kifarah kepada tindakannya berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan keluarga. –
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertandingan penuh berprestij, Miss USA 2024 baru sahaja melabuhkan tirai sebentar dengan pemahkotaan juara baharunya hari ini.
Alma Cooper yang mewakili negeri Michigan membuat kejutan sebagai peserta bukan piihan ramai sekaligus mengetepikan saingan 50 peserta lain yang datang dari dari seluruh negara.
Tempat kedua pertandingan ini dimemangi oleh Connor Perry dari Kentucky manakala tempat ketiga disandang oleh Danika Christoherson yang mewakili Oklahoma.
Alma,22, merupakan seorang pegawai tentera dan graduan Akademi Tentera Amerika Syarikat yang kini sedang menyambung pengajian peringkat sarajana dalam bidang statistik di Universiti Stanford.
Ketika menjawab soalan sebelum kemenangannya, gadis pintar ini berkongsi serba sedikit tentang latar belakang dirinya.
“Sebagai anak perempuan pekerja migran, wanita Afro-Latina yang bangga dan seorang pegawai dalam tentera Amerika Syarikat, saya menjalani impian Amerika saya,” katanya.
Membawa mesej ‘food insecurity’ dalam misinya sepanjang bergelar ratu cantik seperti yang diletakkan dimaklumat Instagram. Alma mahu bergerak membawa kesedaran untuk menjadikan makanan sihat mudah diakses oleh seluruh masyarakat AS.
Alma kini akan mewakili Amerika Syarikat pada pertandingan Miss Universe 2024 yang dijangka akan berlangsung di Mexico pada akhir tahun ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...