Penyanyi Sufie Rashid telah pun selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan ahli perniagaan, Nurulain Md Yusod pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, ibu kepada juara Akademi Fantasia (AF)2015 iaitu Irma Suriana Mahamud ada menyuarakan pendapatnya mengenai majlis tersebut menerusi akaun Facebook miliknya baru-baru ini.
Ads
Malah, Irma turut memuat naik beberapa posting lain, dipercayai ada kaitan dengan majlis yang baru berlangsung di Negeri Sembilan itu.
Ads
Ads
Facebook: Irma Suriana Mahamud
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wah seronok betul MH bila mana ramai rakan selebriti kita pun turun padang bagi menyaksikan perlawanan bola sepak seterusnya menyokong pasukan Harimau Malaya menentang Vietnam di final Piala AFF Suzuki, malam tadi.
Antara kelibat artis yang hadir ke stadium misalnya Fasha Sandha bersama tunang, Aidil Aziz, Datuk Farid Kamil bersama Isteri Datin Diana Danielle, Fizo Omar bersama isteri dan ramai lagi.
Tidak kurang, kelibat selebriti muda pun turut sama memeriahkan stadium. MH pun sempat juga stalk di media sosial para artis, saja mahu rasai juga kehangatan perlawanan bola sepak semalam.
Lalu, sedang asyik stalk tiba-tiba MH menerima sekeping foto dari peminat berkenaan gambar pelakon dan peserta Hero Remaja terbaru, Ikmal Amry yang kelihatan duduk di sebelah dengan seorang gadis manis.
Ehem, siapa tu Ikmal? Lawa pun boleh tahan.
Apapun, namapun tengok game bola. Mestilah pergi beramai-ramai dan mungkin gadis itu hanyalah kawan biasa. Boleh jadi juga kan?
Sebab kalau tengok di IG Ikmal, tak ada pula foto gadis berkenaan di muat naik. Jadi kita fikir yang baik-baik sahajalah…
Instafamous, Atisha Khan berkongsi detik saat dia terpaksa hadapi kehilangan datuknya seorang diri sewaktu melanjutkan pengajiannya di luar negara.
Dia yang juga merupakan adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa mengakui dia tidak pernah kehilangan ahli keluarga dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya seorag diri di negara asing.
“Saya tak tahu jika korang semua tahu tapi saya kehilangan datuk saya baru-baru ini. Saya tak perna hilang sesiapa yang dekat dengan sasya apatah lagi ahli keluarga, tak tahu bagaimana nak menghadapinya.
“Bukanlah bermakna jika ia akan jadi lebih mudah jika dah laluinya untuk kali kedua atau ketiga, ia tak pernah mudah cuma saya tak pernah hilang sesiapa.
“Saya tak tahu macam mana nak hadapi rasa kehilangan ii, saya seorang diri kat sini, saya tiada ahli keluarga kat sini dan saya tak boleh balik sebab terikat dengan komitmen belajar di sini.
“Sejujurnya, saya rasa lebih baik apabila saya ‘post’ sesuatu di laman meda sosial, ramia sangat diantara kamu yang sangat baik dan memberikan kata-kata semangat kepada saya.
“Apa yang korang semua cakap membuat saya rasa lebih baik,” katanya.
Atisha berkongsi perasaannya itu di dalam vlognya, baru-baru ini.
Sebelum ini, datuknya, Noor Mohamed meninggal dunia jam 11.20 malam di sebuah hospital di Kota Baru, Kelantan. Allahyarham meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman akui walaupun sering menjadi sasaran kecaman di media sosial, namun dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan komen negatif yang dilemparkan oleh segelintir netizen.