Categories: Uncategorized

“Tak Ada Soalan Lagi Bodoh Ke?,” -Soal DS Aliff Syukri Pada Netizen

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal apabila ada yang masih bertanya soalan yang ‘tidak masuk akal’ kepadanya.

Dia meluahkan perkara itu menerusi entri di laman Instagramnya, hari ini apabila ada yang bertanya bilakah dia pecah teruna.

“Tak ada soalan lagi bodoh ke?,” luahnya.

Aliff sering menggunakan aplikasi ‘Question’ di laman Instagramnya serta menjawab soalan-soalan netizen dan beliau juga rajin berkongsi bentuk-bentuk soalan yang diterimanya saban hari.

Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ada netizen yang meminta agar beliau tidak melayan soalan mengarut sebegitu.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang mengatakan bahawa soalan itu sudah banyak kali dikongsi oleh pelakon filem Badang itu.

Pada MH, tidak sepatutnya netizen bertanya soalan sedemikian walaupun untuk tujuan bergurau, lagipun perkara itu juga tidak seharusnya dibuat main kan?

Apa-apapun, mujur Aliff boleh menerima ‘gurauan’ tersebut walaupun terselit sedikit kekesalan di situ. Semoga perkara ini tidak akan berulang lagi.

Foto/Instagram: Datuk Seri Aliff Syukri

IKLAN