Baru-baru ini, kumpulan BTS telah ke Amerika Syarikat bagi menghadiri majlis Anugerah Billboard Music Awards di Los Angeles.

Namun begitu, salah seorang ahlinya, Jimin menerima ugutan bunuh semasa tiba di bumi Amerika itu membuatkan para peminatnya melahirkan kerisauan mereka terhadap keselamatan penyanyi tersebut.

Apa taknya, sejak media melaporkan berita tersebut, #SaveJimin trending di Twitter dan malah MH difahamkan bahawa ada juga petisyen bagi memastikan perlindungan Jimin di Amerika terjamin.

IKLAN

‘Tak Ada Masa Nak Ambil Kisah Mengenainya’ – Ini Respon Jimin [BTS] Bila Dapat Ancaman Bunuh

Sebuah swafoto memperlihatkan wajah Jimin yang keletihan turut menambahkan lagi kebimbangan peminat yang mendakwa ugutan bunuh tersebut membuatkan Jimin kelihatan sedemikian.

IKLAN

Setelah lama berdiam diri, akhirnya Jimin membuka mulut memberikan kenyataannya mengenai perkara tersebut seterusnya meredakan kebimbangan peminat.

“Mengenai foto tersebut, tak ada maksud apa-apapun. Saya buat memek muka begitu sebab letih je.

“Ini merupakan kali kedua saya menerima ugutan jadi memang agak bingung bila dapat tahu. Tapi saya rasa sebenarnya peminat lebih bimbang mengenai perkara ini.

“Secara peribadinya, saya tiada masa untuk berfikir mengenainya memandangkan ada ramai orang di sekeliling saya.

“Selain itu, staf-staf sangat mengambil berat mengenai saya jadi peminat tak perlu bimbang ya,” jelas Jimin dalam satu sidang media di Korea.

‘Tak Ada Masa Nak Ambil Kisah Mengenainya’ – Ini Respon Jimin [BTS] Bila Dapat Ancaman Bunuh

IKLAN

Susah ya jadi artis, tiba-tiba boleh dapat ancaman bunuh. Apa-apapun, MH yakin yang agensi Jimin akan menjaga artis mereka baik-baik.

Sumber: Soompi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI