Penyanyi dan usahawan, Noraniza Idris, meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti perkhidmatan penghantaran yang didakwa menjejaskan urusan perniagaan produk jenamanya, Che Ani Premium.

Dalam satu video yang tular di TikTok rasmi @cheanipremium, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani menegur sikap cuai dan tidak bertanggungjawab segelintir pihak penghantaran yang menguruskan parcel pelanggan mereka.

“Tahu tak, lebih 50 peratus barang-barang yang dipulangkan semula kepada kami perlu diberikan refund sebab rosak hanya disebabkan kamu orang.

“Habis korang campak walaupun dah ada sticker ‘fragile’ tu. Tak reti bacakah?,” katanya.

Penyanyi lagu Layar Batutta itu turut mendakwa, ia turut melibatkan kehilangan barang daripada bungkusan, walaupun parcel telah dibalut dengan rapi dan lengkap oleh pihaknya sebelum dihantar.

“Bos-bos syarikat penghantaran sekalian, kamu tahu tak, ada staf korang yang dah curi barang dekat parcel Che Ani Premium? Kami dah balut cantik-cantik, tahu tak ia banyak hilang, sedar tak?

Ads

“Kita balut pakai plastik kita, bila sampai pada pembeli lain pula plastiknya. Bila tengok dekat dalam, rupanya barang tak cukup,” katanya.

“Apabila customer kami complaint, apa yang mereka kata? ‘tapi bukan salah rider, seller tak balut betul-betul’.Cuma bila saya ambil, saya akan inform customer atau saya akan balut balik dan bagi tahu customer.’

“Banyak cantik muka. Macam mana korang buat kerja macam ni? Tak amanah,” tambahnya lagi.

“Tahu Tak, Lebih 50% Yang Dipulangkan Semula…,” – Noraniza Kecewa! Parcel Che Ani Premium Rosak & Hilang?

Ads

Mungkin Ada Yang Senasib

Kak Ani percaya bahawa insiden sebegini bukan hanya berlaku kepada pihaknya sahaja bahkan mungkin pernah melibatkan usahawan lain.

“Aku yakin bukan kami saja yang kena. Ramai lagi usahawan lain yang senasib. Tengoklah nanti, sekali lagi kena macam ni, buat laporan. Kau siap!” tegasnya.

Che Ani Premium ialah jenama yang memfokuskan kepada produk makanan warisan muruku, hasil usaha gigih Noraniza Idris untuk melestarikan tradisi melalui pendekatan keusahawanan.

Ads

Namun, insiden seumpama ini yang didakwa berlaku, mampu memberi kesan terhadap kepercayaan pelanggan kepada jenamanya dan aliran kewangan perniagaan kecil.

Sehubungan itu, Kak Ani menyeru agar pihak-pihak berkaitan untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil ringan terhadap amanah yang diberikan oleh para peniaga, khususnya usahawan kecil yang banyak bergantung kepada sistem penghantaran sebagai nadi operasi.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun meraih hampir 1 juta tontonan di TikTok dengan beribu komen pelbagai yang ditinggalkan warganet.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@cheanipremium Siapa lagi yang kena macam kami? Cuba Tag di comment.. Wahai pihak atasan J&T.. apa nak jadi dengan kualiti yang korang bagi ni? Tegur staff elok2, di maki balik.. macam mana nak maju business kalau pihak tengah menghancurkan perkembangan nya?! Mintak tolong boss2 J&T turun padang sikit! #jnt #fyp #fypシ #viral #trending ♬ original sound – CHE ANI PREMIUM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads